Tak Sempat Sambut Orang Baru. Jenazah Suami Isteri & Bayi Dikebumikan Satu Liang Lahad

Share

Jenazah suami isteri dan bayi dalam kandungan yang maut akibat terkena renjatan elektrik di Sungai Buloh, Selangor, kelmarin, selamat dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Kampung Lembah di sini, semalam.

Kredit Gambar: Metro

Jenazah Wan Hasheliza Wan Ibrahim, 29, suaminya, Shahril Apipie Mokhtar, 29, serta janin berusia lapan bulan dikebumikan dalam satu liang jam 10.20 pagi. Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan apabila kira-kira 100 ahli keluarga dan penduduk hadir memberi penghormatan terakhir.

Terdahulu, ketiga-tiga jenazah yang dibawa dari Hospital Sungai Buloh, tiba pada jam 8.30 pagi sebelum disembahyangkan di rumah keluarga Allahyarham Wan Hasheliza di Kampung Sepulau, di sini.

Kredit Gambar: Metro

Sementara itu, bapa Allahyarham Wan Hasheliza, Wan Ibrahim Awang Kechik, 59, berkata, dia reda dengan pemergian anak kedua daripada lima beradik bersama menantu serta cucunya yang dijangka dilahirkan September ini.

“Siapa yang tidak sedih apabila kehilangan tiga orang tersayang serentak, tambahan pula anak sulung, Wan Hashimah meninggal dunia Ogos tahun lalu.

Kredit Gambar: Metro

“Bagaimanapun, pak cik terima ketentuan Illahi dan menganggap apa yang berlaku ini sudah takdir mereka,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lembah di sini, semalam.

ARTIKEL BERKAITAN [Cinta Hujung Nyawa. Lagi Sebulan Kelahiran Anak Sulung, Suami Isteri Maut Dalam Runtuhan]

Harian Metro kelmarin melaporkan empat termasuk suami isteri maut terkena renjatan elektrik selepas tangga separa siap di rumah sewa mereka runtuh di Kampung Matang Pagar, di sini.Dalam kejadian berlaku jam 12.50 tengah hari itu, pasangan itu, Shahril Apipie Mokhtar dan Wan Hasheliza yang sarat mengandung, masing-masing berusia 29 tahun, maut di lokasi kejadian.

Jiran mereka, Mohd Radezi Abdul Aziz, 35, dan warga Indonesia, Bambang Sulistio, 39, turut maut.

Sumber: Metro

Published by
Wan Amy