Tak Sempat Sampai Hospital, Bayi ‘Mat Triton’ Lahir Dalam Kereta, Bapa Sambut Kelahiran Anak!

Share

Pastinya satu kegembiraan berganda bagi yang menyambut kelahiran bayi di bulan Syawal ini. Tidak terkecuali pasangan suami isteri di Rembau yang menyambut kelahiran bayi Syawal mereka di dalam kereta.

Walaupun berdepan detik cemas, namun bayi kepada pasangan Mohd Safiq Jamaluddin, 36, dan Nor Anis Mohd Arif, 37 yang dilahirkan pada jam 9.45 malam Isnin lalu, ketika mereka dalam perjalanan ke hospital kini berada dalam keadaan baik dan stabil.

Uniknya bayi lelaki yang digelar ‘Mat Triton’ bersempena kenderaan kelahirannya itu seakan satu doa yang dimakbulkan bila mana ia menjadi permintaan ayahnya sendiri untuk menyambut kelahiran anak keempat mereka.

Ujar Mohd Safiq, dia memang berhasrat menyambut kelahiran anak keempat ini kerana tidak berkesempatan melakukannya dengan tiga anak lain.

Menurut Mohd Safiq lagi, isterinya dijangka bersalin pada 8 Mei ini namun tidak menjangkakan ia berlaku lebih awal malah lebih mencemaskan apabila keaadaan jalan ketika itu sesak ekoran musim perayaan.

“Sekitar jam 9.45 malam, kami ke Hospital Rembau dari rumah di Kampung Batu, di sini, dan jaraknya hanya kira-kira lapan kilometer (km) saja. Ketika dalam perjalanan, isteri memaklumkan bayi sudah keluar.

“Masa tu kami sudah melewati persimpangan lampu isyarat Pekan Rembau. Hanya kurang dua kilometer sahaja nak sampai ke hospital. Alhamdulilah, Allah tunaikan hajat saya dalam keadaan macam ni ” katanya berkongsi.

Bapa kepada empat cahaya mata ini bersyukur dapat merasai pengalaman indah itu walaupun terpaksa berdepan detik mencemaskan bagi mereka sekeluarga.

“Sebelum ini saya pernah beritahu kawan mengenai hasrat saya ini, namun mereka mendakwa dengan SOP (prosedur operasi standard) hospital ketika ini, agak mustahil menyambut anak sendiri.

“Beza umur anak keempat dan anak ketiga agak jauh, jadi ramai yang beritahu proses bersalin akan lebih lama dan sakit. Namun, ia dipermudahkan, malah lebih cepat dari tarikh ‘due’,” katanya.

Jelasnya lagi, susulan kejadian berkenaan, anaknya digelar ‘Mat Triton’ sempena kelahirannya dalam kenderaan pacuan empat roda berkenaan.

“Bagaimanapun, kami suami isteri sudah pun memilih nama yang sesuai buat anak kami yang buat masa ini dirahsiakan terlebih dahulu,” katanya.

Menarik: Kena Marah Dengan Daddy Conteng Pintu Bilik Air, Ramai Terhibur Dengan Jawapan Fatima!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.

Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.

Pa&Ma

Kredit: Kosmo Online & Mohd Safiq

Published by
SRM