Benarlah kata orang, bersalinkan anak kedua dan seterusnya sememangnya amat mudah sehinggakan ibu sendiri tak dapat mengagak bila masanya waktu yang sesuai untuk ke hospital.
Pengalaman ibu ini, Farhain Azmi satu pengalaman manis tapi mendebarkan bila mana tanpa disangka telah melahirkan bayi ketiganya di rumahnya sendiri. Dia yang hanya bangun untuk membuang air besar tiba-tiba merasa kontraksi hebat sebelum bersalin sendiri sambil ditemani suami. Ikuti kisahnya.
PENGALAMAN BERSALIN DI RUMAH
Saja nak cerita semula pengalaman bersalinkan Nurfarah Zuhayra di rumah. Sebelum itu, saya nak tegaskan di sini saya bukan pengamal doula dan saya sendiri tak galakkan kalian bersalin di rumah.
Ceritanya begini, pada tarikh 23 April lalu saya seperti biasa ke klinik kesihatan untuk routine checkup minggu ke 39. Ini temujanji terakhir sebelum bersalin. Jangkaan bersalin saya pada 1 Mei 2019.
Nurse dah pesan sekiranya saya belum ada tanda bersalin pada 30 April, saya dikehendaki terus melapor diri di hospital berdekatan pada 1 Mei 2019. Sebabnya saya ada kencing manis ketika mengandung (GDM).
Balik dari klinik, saya sempat ke pasaraya untuk beli barang dapur. Saya sempat masak dan mengemas rumah. Tiada langsung tanda sakit bersalin. Ye saya masih aktif buat kerja.
Jam 4 pagi, saya terbangun dari tidur. Perut rasa memulas-mulas seperti mahu buang air besar. Memang saya masuk tandas dan buang air besar. Selesai buang air besar, perut masih memulas-mulas.
Ads
Masa ini, saya fikir keadaannya sama seperti sakit nak bersalinkan Firas. Firas anak kedua saya. Dilahirkan 2 tahun lepas pada usia kandungan 41 minggu.
Dalam pukul 4.30 pagi, keluar tompokan darah dan menitis pada lantai bilik. Masa ini, sudah berlaku kontraksi. Pinggang saya mula sakit. Saya cuba call suami. Suami saya seorang anggota polis, sedang bekerja 24 jam.
Suami Jadi Penyelamat
Suami saya bergegas pulang ke rumah. Malam itu, anak-anak tidur dengan saya di bilik saya. Saya masuk bilik anak saya dan berbaring atas katil sementara tunggu suami. Bimbang anak-anak terjaga. Masa ini, kontraksi makin kerap dan saya rasa dah tak boleh nak bangun dari katil.
Sekitar jam 5 begitu, suami sudah call talian 999 dan minta bantuan ambulans. Sementara tunggu ambulans sampai, ada seorang pegawai perubatan masih di talian bercakap dengan suami. Seingat saya, dia ada bertanyakan keadaan saya dan skala kesakitan saya.
Ads
Suami juga diminta menyediakan sebesen air dan sehelai kain. Poopss. Bunyi air ketuban pecah. Tak sempat suami sediakan barang, baby telah selamat keluar bersama air ketuban. Habis basah tilam anak saya dengan air ketuban dan darah. Saya sempat melihat jam dinding. Jam 5.45 saya selamat melahirkan anak perempuan. Anak yang ketiga.
“uweeeek.. uweeeek.. uweeek”
“Isteri saya dah bersalin, puan” Öh, kalau begitu cik cari tali kasut. Pusingkan baby. Biar mengadap punggung ibunya. Baby dah menangis ke?”
“Ye dah menangis terus lepas keluar”
Ads
Jiran-jiran pun datang masa ni. Terkejut makcik-makcik tu tengok saya dah terbaring dengan baby ada di bawah kangkang saya. Siap buat memek muka takut lagi. haha
10 minit lepas bersalin, ambulans sampai. Seorang Nurse potong tali pusat anak, seorang lagi cek tekanan darah saya. Mereka berusaha keluarkan uri. Tapi uri tak dapat dikeluarkan. Uri perlu dikeluarkan di hospital. Nurse minta saya berjalan turun ke bawah sebabnya “stretcher”tak dapat dibawa naik. Rumah saya tingkat 1. Tiada lift. Tangga pula sempit.
“Awak jalan slow2 ye”
“Mana beg awak dan anak?. Bagi IC sekali Saya bawa siap-siap”
Saya terus dibawa ke hospital Kuala Lumpur. Di sana, doctor terus keluarkan uri. Doktor beritahu saya tiada sebarang luka atau koyakan. Jadi tak perlu jahit. Ye sama, seperti bersalinkan anak no 2. Tiada luka, tiada koyakan dan tidak perlu dijahit. Bersalin ketika awal pagi. Bezanya anak no 2 saya sempat ke hospital. Anak pertama pula saya bersalin induce, ketika cukup 40 minggu kerana GDM juga dan melalui proses episotomi.
Saya bersalin Zuhayra pada 24 April, rabu dan tinggal di wad selama 4 hari untuk pemantauan jaundis.
Saya telah ditembual oleh nurse klinik kesihatan untuk tujuan Laporan Insiden Bersalin Tidak Selamat. Saya ceritakan kronologi bersalin seperti yang saya tulis ini.
Tapi selang beberapa hari, terdapat juga 2-3 orang nurse masih call saya untuk amik keterangan. Ada yang meragui saya. Mungkin sebab sekarang banyak kes doula dan orang memilih nak bersalin di rumah. Entahla.
Saya berulang kali tekankan saya tahu tanda-tanda sakit nak bersalin tu bagaimana. Cuma mungkin rezeki saya, saya dapat sakit bersalin yang sekejap je. Dari anak pertama hingga ke tiga. Setelah berpuas hati dengan keterangan saya, nurse pesan sekiranya saya bersalin anak ke empat kena terus cepat ke hospital. Risau jadi macam ni lagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas menjalani pembedahan bibir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada penghujung Mei lalu, penyanyiLan Solo memberitahu anak keempatnya, Nur Amna Quxandra berkemungkinan perlu menjalani pembedahan buat kali kedua.
Lan berkata dia perlu berbincang dengan doktor pakar sekiranya garisan di bahagian lelangit anaknya yang mesra dengan panggilan BabyXandra merekah.
Bagaimanapun, Lan berharap BabyXandra tidak perlu melalui pembedahan lagi kerana tidak sanggup untuk melihat bayinya itu berpuasa.
“Kalau keadaan lelangit itu merekah atau terbelah, kena ada perbincangan seterusnya dengan pakar.
“Tapi kalau boleh tak nak dia lalui pembedahan lagi. Tak sanggup nak puasakan dia.
“Namun, setakat ini lelangit tu masih okey. Sebab dia minum dan makan dah tak terkeluar melalui hidung,” katanya.
Sejak tahun lalu hingga sekarang, isteri yang bersalin musim pandemik Covid-19 perlu berjuang sendiri dalam labour room. Tetapi jika bersalin di hospital swasta, suami ada peluang untuk temankan selepas ujian swab dilakukan.
Bagi pelakon Nazrief Nazri, pengalaman dapat menemani isteri dan menyambut kelahiran cahaya mata sulung pada 1.12 pagi (19 Julai) di sebuah pusat perubatan di Putrajaya benar-benar pengalaman baru baginya.
Menurut Nazrief atau nama sebenarnya Mohamad Nazrief Mohamad Nazri, 30, kehadiran bayi lelaki ketika orang sibuk membuat persiapan Hari Raya Aidiladha lalu adalah hadiah sangat bermakna buatnya dan isteri, Aizatul Aqma Hamdan.
Urusan bersalin berjalan lancar dan ketika berada di labour room pun tak lama, kurang empat jam.
Syukur juga dapat temankan isteri bersalin sebab dah dapat suntikan vaksin dan melakukan ujian swab. Saat melihat isteri dah mula ada sikit-sikit kontraksi, gementar tu ada, tapi tak sangat cuma lebih kepada teruja nak jumpa bayi.
Bukan itu saja, Nazrief turut berkongsi perjalanan kelahiran bayi lelakinya di Youtube Nazrief & Qema. Babaknya membuat kejutan dengan menghias bilik telah membuatkan isterinya sangat terharu dan menitiskan air mata.
Nampak Nazrief benar-benar hargai pengorbanan isteri yang akan berjuang untuk bersalin dan tak putus-putus berikan semangat saat isteri sedang menahan sakit. Malah ketika hampir dah nak bersalin, Nazrief sentiasa bersama dan bantu menenangkan buah hatinya itu.
Boleh dilihat ketika proses kelahiran juga, mudah sangat. Nazrief akui isterinya memang banyak buat rujukan dan membaca buku, jadi dia tahu cara betul untuk push baby.
Apa yang membuatkannya terharu, Nazrief dapat memotong sendiri tali pusat anaknya sambil berselawat.
Tidak hanya setakat itu saja, selepas kelahiran bayinya, Nazrief juga turut membuat kejutan dengan memberi sejambak bunga buat isteri tercinta. Sweet sangat Nazrief!
Nazrief dan Aizatul mendirikan rumah tangga pada 15 November 2019.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini.
Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
PA&MA GALA MOMS yang diinspirasikan bersama CETAPHIL, sebuah program Anugerah Digital yang memberi penghargaan kepada 20 mama millennial yang bukan hanya mempunyai pengaruh yang kuat di media sosial malah memberi inspirasi buat ibu-ibu millennial di luar sana.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hati ibu mana yang tak risau saat dapat tahu anak yang dilahirkan sihat dan normal tiba-tiba disahkan mempunyai ketumbuhan dalam kepala sehingga perlu menjalani pembedahan segera.
Menurut ibu adik Muhammad Danish Raykarl, Noor Baizura Mohd Shariff, Danish bukan dari lahir lagi ada simptom ni. Semuanya berlaku tanpa dijangka.
Usia 11 bulan nampak kepala senget
Pada mulanya Danish aktif macam kanak-kanak lain. Perkembangannya tiap bulan normal. Makan minum, aktif, lasak semua okay. Sehinggalah masa umurnya 11 bulan, berubah sekelip mata., dan skrg dia setahun..
Ketika usianya 11bulan, nampak ada kelainan pada Danish. Kami perasan kepalanya senget sebelah kanan, lagi jelas kelihatan apabila dia sedang melihat televisyen. Tapi sengetnya tak berlarutan, ada masa dia ok.
Bukan setakat kami je perasan, orang luar pun tetap nampak kelainan pada Danish dan mereka bertanya kenapa kepala Danish senget. Apabila ramai yang bertanya sedemikian, saya dan suami tak sedap hati dan bawa ke klinik swasta.
Doktor di klinik cuma beritahu kemungkinan urat saraf pendek sebelah saintifik kepada (torticolis) teleng. Tapi apa pun doktor minta saya rujuk pada doktor pakar.
Ketumbuhan dalam kepala
Selepas itu saya dan suami bawa Danish ke doktor pakar hospital swasta. Masa tu doktor buat pemeriksaan secara lebih detail pada Danish dengan membuat ultrasound dan memasukkan kamera dalam hidung, telinga, mulut. Keputusannya okay tak ada apa-apa abnormal.
Tapi doktor pakar situ tetap tak puas hati, sebab dia nampak kelakuan Danish ni nampak sangat teleng dan mendongak masa menangis. Doktor minta untuk admit dan buat MRI. Hasil keputusan MRI baru nampak Danish ada ketumbuhan dan seterusnya doktor rujuk kes Danish ke Hospital Pakar Kanak-Kanak Children And Women Kuala Lumpur.
Selepas rujuk pada pihak pakar, doktor izinkan Danish discharge 12/12/20 dan diberi janji temu untuk pembedahan pada 28/12/20.
Seminggu selepas di rumah, pihak hospital telefon untuk tunda tarikh pembedahan Danish pada 11/1/2021..
Bagaimanapun tak sempat pada tarikh pembedahan, pada 24/12/20, hari Khamis jam 7.00 pagi, Danish di serang sawan kejang kaki dan tangan. Saya ke Hospital Alor Gajah dan Hospital Alor Gajah rujuk ke Hospital Melaka. Dari ICU Hospital Melaka, doktor buat ct scan di dapati ada air yang membengkak di kepala Danish. Itu yang menyebabkan dia sawan.
Danish di rujuk semula ke Hospital Kuala Lumpur untuk melakukan pembedahan segera mengeluarkan cecair yang membengkak di kepala Danish. Sekarang masih menunggu pembedahan untuk memasukkan shunt ke dalam kepala dia semula untuk salurkan air ke badannya kembali.
Untuk membuang ketumbuhan di kepalanya nanti, doktor akan menunggu selepas keadaan Danish kembali stabil.
Bagi yang ingin memberi sumbangan untuk meringankan beban keluarga adik Danish, boleh salurkan pada akaun 7616069081 (CIMB) NorBaizura Bt Mohd Shariff.
Semoga adik Danish kembali sihat seperti sedia kala. Harapan ibunya Danish walaupun tak dapat memberi sumbangan, doa orang ramai pun sangat-sangat dihargai untuk memberi kekuatan pada Danish.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sempena hari ulang tahun perkahwinan yang ke 10 tahun, penceramah bebas, PU Salman berkongsi cara Nabi Muhammad SAW menghargai isteri dan ini yang disarankan untuk para suami terhadap isteri mereka.