Puding roti memang menjadi kegemaran seisi keluarga. Rasanya yang lembut dan lebih enak dimakan sejuk-sejuk membuatkan anak turut menyukai menu pencuci mulut ini.
Kalau sebelum ini anda hanya pernah mencuba resepi puding roti biasa, kali ini anda boleh cuba resepi puding roti coklat milo yang dikongsi wanita ini. Selamat mencuba!
Assalamualaikum hangpa. tak sempat nak tunggu tengahari dah licin..
Puding Roti Coklat Milo
1 paket agar-agar serbuk..bahagi 2. Untuk lapis atas bawah ye..loyang 6 inci..nak guna acuan pun boleh
Dalam 1 bekas atau periuk, masuk:
- 1/2paket agar-agar serbuk
- 450ml air
- 5sdb susu pekat
- 70g coklat masakkan
Campur dan sebatikan semua bahan dulu sebelum dimasak. Api sederhana, kacau hingga membuak-buak. Tutup api.
Ambil 1 sd adunan coklat renjiskan atas loyang dan biarkan seketika
Sediakan adunan milo. Blender semua bahan dibawah:
- 1/2paket agar-agar
- 2sdb milo 1sdk serbuk koko van houten. Bancuh dengan air suam tuang masuk dalam blender
- 2keping roti potong-potong atau carik je pun boleh
- 3sdb susu pekat
- 5sdb gula..kurang manis tambah je lagi
- 450ml susu cair atau susu segar
Blend semua bahan. Tapis masuk periuk dan masak hingga mendidih. Tutup api.
Tuang kedalam loyang yang dititis adunan coklat tadi.
Biarkan mengeras sekejap. Baki adunan coklat tadi dimasak kembali supaya mencair.
Kacau-kacau hingga adunan mencair
Bila cair tutup api. Tuang perlahan-lahan atas lapisan milo. Masuk dalam peti sejuk
Bila dah keras keluarkan perlahan-lahan dari loyang. Potong. Sedia untuk dinikmati
Kredit: Ieda jahaya
Artikel: Bagus Untuk Anak! Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik
Jom belajar rahsia ajar anak simpan sampai jadi jutawan di SINI
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI