Hasrat seorang wanita untuk melihat jenazah arwah ibunya yang baru meninggal dunia tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan jalan raya yang berlaku di Setiu, Terengganu. Lebih menyayat hati apabila mangsa baru sahaja disahkan hamil selepas melangsungkan perkahwinan pada bulan Oktober lalu.
Memetik laporan Sinar Harian, arwah Nadia Fizatul Hanim Zamani berusia 23 tahun baru sahaja menerima berita gembira mengenai kehamilannya yang kini baru masuk usia tiga minggu.
Namun siapa sangka, Allah SWT lebih menyayanginya. Menurut ibu saudara mangsa iaitu Salmie Arshad, kemalangan maut itu berlaku semasa mangsa dan suaminya dalam perjalanan pulang dari Johor ke kampung di Kelantan untuk menzarahi jenazah ibunya.
Pulang nak ziarah jenazah ibu yang meninggal kerana sakit kronik di kampung di Machang, tetapi dia pula menyusul. Allah SWT menyayangi mereka berdua.
Menurut sumber, kereta Kancil yang dipandu suaminya, Muhamad Nazirul Rameli hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu kiri jalan. Mangsa yang duduk di tempat duduk penumpang bahagian depan tercampak keluar dari kenderaan itu.
Live location terhenti
Sementara itu, menurut Nurul Asiah Yacob iaitu ibu saudara mangsa memaklumkan mereka sekeluarga berasa tidak sedap hati selepas melihat ‘live location’ yang dikongsikan mangsa terhenti. Malah panggilan telefon juga tidak dijawab.
Kira-kira jam 4 pagi, ‘live location’ Nadia terhenti. Kami cuba menghubunginya tetapi gagal sebelum panggilan akhirnya dijawab oleh individu tidak dikenali dan memaklumkan Nadia bersama suaminya terbabit dalam kemalangan.
Difahamkan, mangsa sempat singgah berehat di sebuah stesen minyak kerana berasa pening disebabkan alahan mengandung. Pasangan ini kemudian meneruskan perjalanan sebelum kenderaan mereka terlibat dalam kemalangan.
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian berikutan daripada kecederaan parah di bahagian kepala. Difahamkan, jenazah mangsa dan ibunya disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Bukit Ajil, Machang, Kelantan.
Kredit: Sinar Harian, Harian Metro
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI