Bila kita berkongsi hidup dengan seseorang, setiap kelebihan dan kekurangannya perlulah kita hargai. Terima seadanya supaya kita sentiasa bahagia dengan kehidupan berumah tangga. Ingatlah, kita juga manusia yang ada kekhilafan. Apabila saling melengkapi, perkahwinan akan lebih harmoni dan membahagiakan.
Ada masanya perkahwinan diuji dengan dugaan tertentu. Sesungguhnya untuk kita benar-benar mengenali pasangan kita adalah apabila kita sudah berkahwin dengannya. Kita tidak boleh mengharapkan yang sempurna kerana kita juga ada kekurangannya.
Tiada dunia yang lebih indah daripada dunia ketika bercinta. Pendek kata, kentut dia pun kita kata wangi!
Kalau bercakap, kita akan bercakap lemah lembut manja-manja. Kalau berjalan kita akan berpimpin tangan.
Masa kita dah kahwin, kita duduk bersama. Baru kita tahu banyak perkara rahsia. Banyak juga benda yang kita tak suka.
Itu tak cukup sempurna. Ini tak berkenan di mata. Macam-macam kekurangan yang kita mula rasa.
Nada suara pun dah makin meninggi. Tak kena sikit, terus tengking. Takde dah nak sweet-sweet.
Ads
Kalau berjalan bersama tu, 2, 3 tiang ditinggalkan isteri di belakang. Kalau dah ada anak, lagi la. Isteri sibuk dengan anak, kita sibuk hirup udara segar seorang diri.
Masa tu lah, kita mula rasa kalaulah kita tak tergesa-gesa berkahwin dulu, maybe kita boleh cari orang lain yang lebih bagus.
Tapi, itulah dia. Selagi kita tak kahwin dengan dia, kita tak akan nampak la apa kelemahan dan kekurangan dia.
Dan kalau kita kahwin dengan orang lain sekalipun, benda sama jugak yang kita akan rasa.
Kalau isteri kita suka kata kat kita macam-macam, tunggu bila dia dah tiada. Kata-kata dia tu akan jadi suatu kehilangan. Kita akan rindu.
Ads
Kalau isteri kita suka bergaduh dengan kita, tunggu bila dia dah tiada. Gaduh-gaduh dia tu akan jadi suatu kehilangan. Kita akan rindu.
Kalau isteri kita tidur berdengkur, tunggu bila dia dah tiada. Dengkuran itu akan jadi suatu kehilangan. Kita akan rindu.
Kalau isteri kita tidur gigi bergesel, tunggu bila dia dah tiada. Geselan itu akan jadi suatu kehilangan. Kita akan rindu.
Kalau isteri kita kuat mengigau masa tidur, tunggu bila dia dah tiada. Mengigau itu akan jadi suatu kehilangan. Kita akan rindu.
Kalau isteri kita selalu merajuk, tunggu bila dia tiada. Rajukan itu akan jadi suatu kehilangan. Kita akan rindu.
Kalau isteri kita kadang-kadang perangainya menyakitkan hati kita, tunggu bila dia dah tiada. Rasa sakit hati itu akan jadi suatu kehilangan. Kita akan rindu.
Allah… masa tu, kita akan minta dengan Allah supaya panjangkan lagi satu detik. Kita nak ucap sayang, cinta dan rindu pada isteri kita.
Kawan-kawan, daripada kita penat mencari kesempurnaan, baik kita jadi sebahagian daripada kesempurnaan pasangan kita.
Perkahwinan itu saling melengkapi.
Yang mana kita lebih, itulah yang akan menyempurnakan isteri kita. Yang mana dia lebih, itulah yang akan menyempurnakan diri kita sebagai suami.
Belajar berlapang dada. Belajar mensyukuri. Belajar cukup dengan apa yang ada.
Waktu yang kita ada tak banyak mana dah. Sama ada kita pergi dulu mengadap Ilahi atau isteri kita yang pergi dulu. Its just a matter of time.
Andai ini kesempatan terakhir yang kita miliki, manfaatkan sebaiknya. Jangan bila dah tiada baru nak bertindak.
Kerana selepas itu jarak antara perpisahan kita di dunia dengan pertemuan semula di syurga nanti adalah jarak yang tidak pasti…
Hidup berumahtangga, pasti ada ketidaksefahaman yang kadang kala melanda kehidupan kita. Namun paling utama, kala dilanda ujian ini, elakkan bertekak sehingga boleh menjejaskan emosi anak-anak.
Anak-anak orang yang paling terkesan bila melibatkan pergaduhan ibu dan bapa. Emosi anak terdera, anak mula berfikir dan mula mencari ketenangan di luar.
Menurut perkongsian Pakar Motivasi, Dr. Haji Tengku Asmadi Tengku Mohamad, usahakan ruang untuk elakkan ketegangan suami isteri agar anak-anak tak terjejas emosinya.
Dengarkan perkongsian beliau:
Kadang-kala kita lihat ada ibu bapa yang bergaduh depan anak. Memang sukar untuk kita elakkan seratus peratus sebab kita duduk dalam rumah yang sama. 24 jam sentiasa bersama.
Kalang kala kita terpaksa bertekak atas beberapa perkara yang mungkin anak ada terdengar.
Apa yang boleh saya katanya, sekiranya anak ada dalam rumah, nak bergaduh masuklah ke dalam bilik supaya anak tak dengar dek anak-anak.
Yang keduanya kalau kita marah sekalipun, elakkan dari menggunakan bahasa yang kasar sebab anak akan dengar dan anak akan ikut.
Contoh kalau kita maki hamun, mencarut dan sebagainya, elakkan perkara sebegitu sebab kesan jangka panjang pada anak yang melihat.
Sebaik-baiknya, kalau nak bergaduh sekalipun tunggu waktu anak pergi sekolah. Bergaduhlah masa itu.
Kalau tak dapat nak tahan, yang ayah bolehlah pergi keluar minum sekejap dengan kawan-kawan dan redakan keadaan supaya bila kita balik, kalau nak bergaduh pun keadaan dah tak setegang seperti sebelumnya.
Jadi tak adalah memberikan kesan negatif kepada kepada anak-anak. Sebaiknya kita elakkan.
Suami mana yang sanggup melihat isterinya menahan sakit. Lagi-lagi sakit yang mengundang bahaya kepada diri. Penyampai radio dan pelawak, Fad Bocey memuat naik satu video isterinya yang selamat menjalani pembedahan.
Menerusi Instagramnya, Fad turut memuat naik video disertakan dengan doa buat isterinya sebelum menjalani pembedahan.
“Bismillahirohmannirrohim. Ya Allah kau lindungilah isteriku, permudahkan urusanNya. Kurniakan kekuatan dan kesembuhan buat isteriku,” tulis Fad menerusi satu entri di Instagramnya.
Rupanya isteri Fad, Syaheera Rahman menjalani pembedahan bagi membuang cyst bersaiz 6cm yang selama ini menyerangnya.
Malah kongsi Syaheera sendiri di Insta Storynya, kesakitan yang dialaminya beberapa bulan kebelakangan ini disebabkan saiz Cyst yang semakin membesar dan memudaratkan dirinya.
“Banyak yang DM tanya sakit apa pulak kalini. Mesti pelik kan Sya dan penyakit berpisah tiada haritu baru warded, ni warded lagi.
“Ceritanya adalah yang haritu warded tu sebab memang attack dalam perut. Sakit yang i cuba untuk hadam dan tahan.
“Lagi power dari sakit nak bersalin tu. Any painkiller tak jalan. Makanya serah diri jugak and i went through ct scan semua.
“So doktor detect yang ada infection tapi scan pun ada detect cyst size 2cm. Which is tak perlu risau pun tapi dah discharged dan sakit tu datang kembali tanpa dijemput, tetap sakit yang kuat sangat.
“Bila check lagi dengan Dr Norleen cyst tu jadi 4cm. Eh dia makan apa ya mmbesar bagai juara. So after we decide untuk last check up with Dr Raja Arif(sangat la helpful and bagus sangat) and guess what, cyst tu dah bersize 6cm,” ceritanya berkongsi.
Malah disebabkan kesakitan itu, dia mula bimbangkan jika pecah dan menjadi penyebab kepada risiko kanser yang membahayakan nyawanya.
“Takkan nak tunggu besar ibrahim kan baru nak remove and tanpa cakap banyak saya bersedia untuk serah diri. Cyst ni yang paling risau adalah kalau dia pecah and rupanya cyst tu kanser memang sangat bahaya sebab boleh merebak.
“Dan i always doa not kanser insyaAllah. So inilah sebabnya saya di sini. Anyone yang ada cyst please check betul-betul and jangan ambik mudah,” tulisnya berkongsi.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Biar selama mana pun sesebuah perkahwinan itu, perlulah sentiasa ada usaha dari kedua-dua suami isteri untuk menyemarakkan rasa cinta antara mereka. Tidak bolehlah kalau berkahwin sudah lama, kononnya dah tiada apa lagi untuk dimanjakan atau nak romantik-romantik. Salah tu ya!
Menerusi perkongsian seorang suami, Mohd Fhais Salim, beliau berkongsi jika seseorang suami itu sentiasa ‘berkepit’ dengan si isteri maka rezeki juga akan semakin mendekat dengan mereka. Bukanlah sampai naik rimas isteri kita tu, tapi sekurang-kurangnya mereka tahu yang rasa cinta suami tidak pernah pudar buat mereka.
Berkepit dengan Isteri, Barulah Rezeki Sentiasa Berkepit Dengan Kita.
Perkahwinan sepatutnya membuka pintu rezeki seluas-luasnya tapi kerana hubungan suami isteri renggang pintu rezeki menjadi sempit. Mulalah jadi bibit bibit perpisahan apabila banyak musibah berlaku.
Ramai suami isteri berpecah belah kerana dah tak mahu berkepit macam masa mula-mula kahwin dulu. Anak ramai atau tak ramai bukan alasan malu nak berkepit nanti anak-anak pandang.
Menurut kata Pakar Motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, pelukan dan sentuhan suami kepada isterinya ada banyak kebaikan kepada si isteri juga kepada si suami.
6 Amalan suami isteri yang ada kebaikan dari segi psikologi dan saintifik :
𝟏. 𝐈𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐬𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐝𝐚𝐧 𝐜𝐢𝐮𝐦 𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐚𝐦𝐢 Isteri yang salam, cium dan peluk suami selama 10 saat setiap pagi menghasilkan banyak “hormon endorfin”. Hormon endorfin ini dapat membantu isteri turun berat badan dan mengurangkan keresahan.
Tak perlu ubat atau tahan lapar kalau nak kurus, beri suami sentuh anda dah cukup. Lebih kerap lebih baik, kurus dapat pahala pun dapat..
𝟐. 𝐓𝐢𝐝𝐮𝐫 𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐚𝐤 𝐬𝐮𝐚𝐦𝐢 Isteri yang ada masalah tidur boleh cuba cara ini, kerana tidur di bawah ketiak suami boleh beri anda tidur yang lena dan tenang kerana adanya “Hormon Bau Phero”.
Bukan itu sahaja bau phero suami dapat meredakan stress ada sepanjang hari buat kerja rumah. Cubalah, dapat pahala lagi..!
𝟑. 𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐥𝐮 𝐦𝐚𝐧𝐝𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 Mandi bersama suami isteri yang sah adalah sunnah dan dapat pahala. Selain dari itu proses mandi yang mesra dan intim dapat mengurangkan stress isteri dan suami.
Bukan sahaja dapat dibersihkan bahagian belakang badan malah dari segi saintifik proses mandi bersama akan membuat jantung lebih sihat.
𝟒. 𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐧𝐭𝐮𝐭 𝐝𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐬𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 Suami jadi yakin setia bersama isteri apabila pertama kali nampak dia kentut. Suami yakin berkompromi dengan “bencana” apa pun bersama isterinya selepas ini.
Suami isteri merasa lebih bebas melakukan apapun. Kerana hubungan yang sihat dalam keluarga asasnya adalah ketulusan dan kepercayaan.
Wanita selalu ingin tampil cantik. Lelaki selalu ingin tampil gagah. Satu kentut tidak akan mengubah keadaan itu menjadi sebaliknya.
𝟓. 𝐒𝐮𝐚𝐦𝐢 𝐩𝐞𝐥𝐮𝐤 𝐝𝐚𝐧 𝐜𝐢𝐮𝐦 𝐩𝐢𝐩𝐢 𝐢𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢 Ramai suami yang tidak tahu tapi setiap pelukan mesra suami dapat mengeluarkan “hormone oxytocin” ia mampu membuatkan isteri rasa bersemangat dan bertenaga.
Setiap sentuhan suami di pipi, pinggang, peha dan punggung dapat buat isteri kembali bertenaga walaupun setelah seharian bekerja.
𝟔. 𝐒𝐨𝐥𝐚𝐭 𝐛𝐞𝐫𝐣𝐞𝐦𝐚𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮 Lalukan solat berjemaah bersama sekerap yang boleh. Kerana satu jaminan yang kita boleh beri pada isteri iaitu kita mahu bawa mereka ke syurga bersama.
Solat berjemaah juga mengeratkan silaturrahim dan buat isteri lebih taat dan setia pada suami yang memimpin mereka ke jalan Allah. Suami layanlah isteri macam RATU, barulah rezeki yang datang macam RAJA.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.