Jika ada yang beranggapan menggendong bayi amalan orang dulu-dulu, anda silap. Ini kerana banyak kebaikan yang ibu dan bayi peroleh kerana menggendong bayi.
Sembilan bulan di dalam kandungan, bayi memerlukan tempoh masa selama sembilan bulan lagi untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran.
Dalam tempoh itu, kebanyakan bayi masih memerlukan hubungan yang rapat dengan ibu sehingga mereka biasa dengan persekitaran dan menjadi lebih berdikari.
Perkongsian dari Puan Norashida Abd Rahman mengenai teknik menggendong bayi yang selamat dan selesa boleh dicuba oleh ibu.
Tulang bayi baru lahir ni lembut. Bukan semua jenis baby carrier sesuai. Yang paling saya suka cadangkan sebagai permulaan adalah wrap dan ring sling.
Yang penting bila kita dukung bayi kecil, tulang belakangnya tidak dipaksa lurus tegak. Tulang paha pula macam posisi mencangkung (posisi semulajadi -boleh dilihat masa nak salin lampin)
Kawan-kawan yang tengah mengandung atau baru bersalin dan tengah pening nak beli baby carrier apa, saya sangat anjurkan pergi belajar dengan individu berikut (join class atau book a private session for babywearing consultation)
Bangi : Dr Izam Suziani
Sg Buloh : Nurul Adha Othman
Ipoh : Liza Yaakup from SNUGGbaby
Penang : Dr Nurhaya Lactation Center
Perlis : Norashida Abd Rahman
So far yang ni saya ingat.
Kalau di Perlis, boleh hubungi saya untuk private class.
Boleh je nak belajar sendiri dengan tengok beratus-ratus video kat YouTube tu. Boleh tengok video ni untuk lihat cara saya gendong
Tapi bukankah lebih baik kalau ada seseorang yang dapat semak teknik kita? Betul ke tak? Yang paling penting, selamat ke tak?
Nah saya kongsikan perkara yang perlu diberi perhatian bila nak pilih baby carrier. Do some research ya.
TIP GENDONG 3S (SESUAI, SELESA, SELAMAT)
SESUAI?
-dengan umur bayi
-dengan berat bayi
SELESA?
-untuk bayi
-untuk ibuayah
-jangkamasa >1jam
-caregiver with medical challenge (eg: ibuayah ada sejarah sakit tulang belakang atau bersalin pembedahan/czer)
-baby with medical challenge (breast refusal/breastfeeding challenge, heart condition, down syndrome, colic and reflux issue)
SELAMAT?
-posisi gendongan
-posisi penyusuan
-posisi tidur
-suhu badan (hypothermia, hyperthermia)
Keterangan gambar :
Anak saya lahir awal. 37 weeks.
Berat lahir less than 2.5kg.
Lagi best guna wrap tapi cuaca Perlis sangat panas. Dalam rumah tak ada aircond. Maka saya pilih ring sling. Banyak gendong seperti posisi “nursing cradle”. Bila berat dah reach 3kg, baru selesa gendong cara menegak tanpa abaikan struktur tulang belakang yang semulajadi melengkuk seperti huruf C
Sumber: Norashida Abd Rahman