Ibu hamil yang menanti saat-saat melahirkan tentu tidak sabar menanti cahaya mata setelah doktor memberi tarikh jangkaan bersalin. Namun, tidak semua melahirkan pada tarikh yang dijadualkan. Ada yang awal dan ada juga yang melebihi tarikh jangkaan. 

Tak Semua Yang Melahirkan Pada Tarikh Jangkaan! Ibu Hamil Perlu Tahu Risiko Kandungan Lebih Hari

Saat waktu bersalin hampir tiba, tentu pelbagai perasaan mula bercampur baur di kotak fikiran ibu-ibu hamil. Terutama bagi mereka yang baru hendak menjadi ibu. Perasaan gembira dan takut silih berganti.

Biarpun hampir 80% ibu  akan melahirkan kandungan lebih awal, empat hingga 14% akan mempunyai masalah lebih hari iaitu tidak melahirkan biarpun telah mencapai tarikh jangkaan.

Sudah pasti keadaan ini menimbulkan perasaan cemas, lebih-lebih lagi pada ibu-ibu yang kali pertama hamil. Apabila melihat keadaan kandungan agak berbahaya kerana si ibu bermasalah untuk melahirkan, doktor akan mengambil keputusan untuk memberi ubat cetusan (induce) bagi memulakan proses sakit bersalin. Biasanya ia akan dilakukan sekiranya tarikh jangkaan bersalin melebihi tujuh hari kerana bayi perlu dikeluarkan segera bagi mengelakkan masalah yang tidak diingini.

IKLAN

Tak Semua Yang Melahirkan Pada Tarikh Jangkaan! Ibu Hamil Perlu Tahu Risiko Kandungan Lebih Hari

Apabila seseorang ibu membuat pemeriksaan di klinik, doktor akan memberi tarikh jangkaan bersalin berdasarkan pengiraan mengikut tarikh haid terakhir ibu tersebut. Biasanya tarikh itu berdasarkan 40 minggu usia kandungan.

Biasa berlaku di dalam kebanyakan kes, berkaitan dengan kesilapan usia kandungan akibat salah makluman tentang tarikh kitaran haid. Jika ibu tersebut tidak dapat memberi tarikh terakhir haid dengan pasti, tarikh jangkaan diberi berdasarkan pemeriksaan imbasan ultra bunyi.

IKLAN

Tarikh jangkaan biasanya akan dibuat pada awal usia kehamilan kerana hasil pemeriksaan imbasan ultra bunyi pada masa itu adalah lebih tepat berbanding dengan pemeriksaan yang dibuat pada usia kandungan yang telah besar.

Para ibu hamil yang masih belum menunjukkan tanda-tanda didatangi sakit hendak bersalin, biasanya disarankan oleh doktor agar melahirkan bayi dalam tempoh sekitar tujuh hingga sepuluh hari selepas tarikh jangkaan bersalin. Ia bagi mengelakkan komplikasi bayi lemas.

Pemeriksaan berkala akan dilakukan untuk memastikan tiada masalah-masalah berkaitan kehamilan. Sekiranya ada, maka proses bersalin akan dilakukan lebih awal. Tempoh tujuh hingga sepuluh hari diberikan bagi ibu bersalin secara normal lebih tinggi. Ramai yang didatangi rasa sakit hendak bersalin sendirinya sementara menunggu tarikh induksi.

IKLAN

BAHAYA KEPADA BAYI

Biasanya sekiranya kandungan melebihi hari, secara tidak langsung ia boleh membahayakan nyawa bayi. Risiko-risiko seperti ini akan berlaku. Antaranya:

Tak Semua Yang Melahirkan Pada Tarikh Jangkaan! Ibu Hamil Perlu Tahu Risiko Kandungan Lebih Hari

  1. Kekurangan air ketuban.
  2. Bayi lemas di dalam kandungan.
  3. Najis yang bercampur dengan air ketuban.
  4. Saiz bayi semakin membesar.
  5. Kekurangan fungsi uri sehingga boleh menjejaskan bayi.
  6. Pembedahan caesarean.

Bila mendengar sahaja perkataan induce, pasti di kalangan ibu yang pernah mengalaminya berasa takut dan bimbang. Ada yang mengatakan induce menyakitkan dan tidak sanggup mengambilnya untuk mengelakkan kesakitan. Untuk makluman, penggunaan induce disebabkan overdue adalah perkara biasa. Ada yang risau kerana bila  induce menggunakan belon atau setelah induce tiada epidural  diberi.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI