Apa yang dilakukan ibu ayah tidak semuanya betul. Periksa-Check & balance dalam mendidik anak, ibu ayah lakukan 4 perkara ini.

Tiada siapa yang dapat lari dari kesilapan. Dalam mendidik, ibu ayah juga perlu bercermin diri menilik kesalahan yang mungkin pernah berlaku, dengan harapan semoga ia boleh diperbaiki.

Anak-anak adalah amanah dan ibu bapa bukanlah sempurna. Sekiranya ada kesilapan, belum terlambat untuk periksa kembali diri dan melakukan perkara-perkara yang disarankan ini.

Bila ibu bapa buat silap, bagaimana mahu hukum diri sendiri?

Kadang kadang saya selalu terfikir, apabila anak anak melakukan kesalahan kita cepat sahaja untuk menghukum mereka.

Hukuman itu pula banyak jenis.

  • Ada masanya kita hukum mereka dengan menyekat masa mereka untuk menonton television.
  • Ada masanya juga masanya kita hukum mereka dengan mengurung mereka di dalam bilik.
  • Ada masanya juga kita hukum mereka dengan hukuman fizikal seperti merotan.

Namun, apabila kita sebagai ibu bapa melakukan kesalahan, siapa yang layak untuk hukum kita?

Atau, adakah sebab kita memegang title ibu dan bapa jadi kita jadi immune dan tidak perlu untuk dihukum?

Jangan Ego Dalam Mendidik! Kalau Buat Silap, Ibu Ayah Kena ‘Hukum Diri’ & Penuhkan Kembali Tangki Cinta!

Kalau anak menjerit dan mengamuk kita hukum mereka, dan kalau kita sebagai ibu dan bapa melakukan perkara yang sama kita juga sebenarnya ‘layak’ dihukum.

Cumanya, siapa yang layak menghukum kita? Tiada orang lain yang lebih layak untuk menghukum anda selain diri anda sendiri. Cara hukum diri kita pula bagaimana agak agaknya?

Adakah kena pukul diri sendiri?
Atau kena kurung diri dalam bilik kemudian kunci?  Tidak. Tak perlu sampai begitu.

Muhasabah diri kembali menjadi ibu bapa yang baik

Hukuman yang saya maksudkan ini fungsinya untuk anda muhasabah diri dan kembali berfungsi sebagai ibu bapa yang baik.

Cukuplah dengan melakukan beberapa perkara untuk menebus kembali kesalahan yang anda lakukan. Sama ada sengaja atau tidak itu jatuh kepada perkara kedua.

3 CARA IBU AYAH BOLEH LAKUKAN

Antara perkara yang anda boleh lakukan kepada diri anda adalah:

#1. MEMINTA MAAF

IKLAN

Mulakan dengan meminta maaf kepada anak anak jika anda ada melakukan kesalahan.

Katakanlah anda pulang dari rumah dalam keadaan penat. Anak anak pula datang berlari lari kepada anda.
Rimas dengan tindakan mereka anda tengking anak anak itu sehingga mereka terdiam.

Dalam situasi itu, tidak ada apa yang boleh dilakukan. Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya.

Jadi, tiada jalan pintas yang anda boleh lakukan selain memohon maaf.

Meminta maaf dan mengakui kesalahan sendiri adalah satu benda yang bukan senang untuk dilakukan. Jika ego and itu berlapis lapis sudah pasti anda akan merasakan tugas ini adalah satu perkara yang sangat sukar.

Jangan Ego Dalam Mendidik! Kalau Buat Silap, Ibu Ayah Kena ‘Hukum Diri’ & Penuhkan Kembali Tangki Cinta!

#2. KURANGKAN MASA DENGAN ALAT TEKNOLOGI, LEBIHKAN MASA DENGAN ANAK

Cara kedua adalah dengan ‘memotong’ atau mengurangkan masa anda bersama alat teknologi seperti handphone atau pun television.

Kemudian, masa yang lebih itu anda hadiahkanlah kembali kepada anak anak. Duduk bersama anak anak dan lakukan apa sahaja aktiviti bersama mereka. Anggap sahaja lah itu sebagai denda kepada kesalahan yang telah anda lakukan.

#3. PENUHKAN SEMULA TANGKI CINTA

IKLAN

Cara ketiga adalah memenuhkan semula TANGKI CINTA yang ada dalam diri anak anak.
Dalam setiap diri anak anak itu ada tangki cinta yang perlu diisi setiap hari.

Malangnya setiap kali kita tengking mereka, atau bertindak dengan penuh kekerasan tangki itu akan semakin surut.

Jadi, apa yang anda perlu lakukan untuk menebus kesalahan yang anda telah lakukan adalah berusaha untuk memenuhkan kembali tangki yang semakin surut.

Katakan kepada anak anak bahawa anda sayang mereka.

“Ibu sayang adik”
“Ibu sayang abang”

Peluk dan cium mereka dengan penuh keikhlaskan.

Rancanglah aktiviti yang istimewa untuk membuatkan anak anak kembali tersenyum dan merasa bahagia.

Paling paling tidak pun bawa anak ke taman dan berjalan jalan.

Apabila anda berusaha melakukan sesuatu yang istimewa dan meluangkan masa bersama anak anak, secara tidak langsung tangki cinta itu akan mula penuh kembali.

IKLAN

Jangan Ego Dalam Mendidik! Kalau Buat Silap, Ibu Ayah Kena ‘Hukum Diri’ & Penuhkan Kembali Tangki Cinta!

#4. TINGKATKAN KOMUNIKASI DENGAN ANAK

Cara yang terakhir yang anda boleh lakukan adalah dengan berbicara dengan anak anda.

Tanyalah kepada anak anak apa yang anda boleh lakukan untuk anda baiki kembali situasi itu. Walaupun kadang kadang kesalahan itu anda tidak dapat untuk undur kembali, tetapi pertanyaan itu perlu.

Jangan takut. Dengar apa yang anak anda bakal katakan. Mungkin sahaja jawapan anak anda itu begini

” Tak apa lah ibu, ibu tak perlu buat apa apa pun, adik ok je ni??

Jangan Ego Dalam Mendidik! Kalau Buat Silap, Ibu Ayah Kena ‘Hukum Diri’ & Penuhkan Kembali Tangki Cinta!

Kadang kadang pertanyaan itu sahaja sudah cukup untuk membuatkan anak anda rasa yang anda itu peka kepada perasaan mereka.

Mungkin ada yang merasakan bahawa kita tidak perlu menebus kembali kesalahan yang kita lakukan kepada anak anak. Maklumlah kita kan ibu bapa yang lebih berkuasa.

Namun ketahuilah, sebenarnya apabila kita berjaya menebus kesalahan yang kita lakukan itu pastinya akan membuatkan anak lebih hormat kepada kita.

Anak anak kita juga berhak dilayan sebagaimana kita layan orang sekeliling.

MENJADI IBU AYAH BUKAN LESEN UNTUK BERBUAT APA SAHAJA

Walaupun mereka kecil, tidak bermakna kita bebas melakukan apa sahaja yang kita suka.

Bila buat silap, mohon maaf usahlah ego
Bila buat silap, akuilah kesalahan itu
Bila buat silap,betulkan apa yang termampu
Bila buat silap, bukalah ruang untuk kembali damai
Kerana kita ini manusia biasa, setiap hari pasti ada salah dan silapnya.
Hanya yang kuat sahaja yang biasa mengakui dan membetulkan keadaan itu.

Sumber: Puan Farhan

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI