Bila anak semakin meningkat remaja, lain pula kisahnya. Lebih banyak soal hati yang perlu dikongsikan. Bagi personaliti media sosial, Irine Nadia, dia tidak lokek berkongsi apa sahaja dengan anak sulungnya yang kini sudah pun berusia sembilan tahun.
Menerusi Instagramnya, kata Irine anak perempuan sulungnya kini sering bercerita soal hati dan lebih menarik lagi, kini anak sulungnya itu sudah pandai bertanyakan pelbagai hal termasuklah soal perkahwinan.
“Lately ni ibu perasan ada beberapa soalan anak sulung ibu makin hari makin soalan berbentuk “dewasa”.
Ada soalan dia tanya,
“Kenapa ibu kawen dengan ayah”
“Macam mana ayah fall in love dengan ibu”
“Siapa yang approach siapa dulu, ibu ke ayah” lol
“Masa ayah datang tempat belajar ibu, ibu segan tak? Apa reaction ibu time tu?
“Kalau beberapa tahun dulu, bed time story fevret dia adalah Sang Kancil & Sang Buaya, tapi sekarang dia gemar selidik soalan-soalan lain.
Ads
“Dan ada juga beberapa soalan “personal” lain, yang bagi ibu ni pengalaman ibu nak lalui fasa besarkan anak perempuan yang nak membesar. Semestinya ibu kena pandai susun ayat, jawapan dan hujah-hujah yang mantap hihi.
“Yelahhh anak sulung ibu sikit hari lagi tahun depan dah umur 9 tahun. Umur 9 tahun kita dulu agak-agak banyak tak soalan dalam fikiran kita? Hehe,” tulis Irine panjang lebar.
Jadi orang kuat ibu
Paling menarik, tidak hanya soal hati, perasaan dan perkahwinan, malah kata Irine anak daranya itu kini menjadi orang ‘kuatnya’ malah turut mengawal pergerakan ayahnya.
Bukan sahaja pesanan yang diberikan kepada bapanya bahkan turut sama berpesan kepada ayah kesayangannya. Nak tahu apa?
“Macam malam semalam, ada kisah ayah dia nak keluar rumah, Kak Nina orang pertama jadi tak senang duduk bila ayah dia cakap nak keluar.
Ads
“Ibu ingat, ibu akan jadi orang terawal tak senang duduk kalau ayah nak tinggalkan kejap, rupanya ada lagi awal dari ibu lol😂
“Kak Nina pesan dekat ayah dia spontan :
“Ayah, don’t you dare find any girls, i don’t trust you, ada perempuan lain tak kat sana? Nina nak follow ayah”
“Ibu tak ajar, tapi maybe sebab dia meningkat besar, dia risau ayah dia pandang perempuan lain. Ada lah lebih 10 kali non stop call ayah tanya bila nak balik malam semalam. Senang kerja ibu, tak yah sebuk-sebuk tanya sebab dah ada wakil,” kongsi Irine lagi.
Tak perlu berahsia dengan anak
Namun apa yang penting kata Irine, dia tidak lokek malah tidak gemar berahsia dengan anak sulungnya itu dan akan cuba menjawab sebaik mungkin untuk anaknya. Inilah yang seharusnya dicontohi.
“Dan paling ibu perasan, anak perempuan ni makin dia besar, dia akan cenderung melekat dengan si ibu sebab tak semua soalan dia kena tanya dekat ayah sebab dah mula terbit perasaan malu.
Ads
“Layan je k, jangan biar ada rahsia antara ibu dan anak. BFF ibu Kak Nina ni,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Irine Nadia turut mempunyai empat orang cahaya mata yang kini semakin membesar.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @irine_nadia
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sama seperti bersekolah, bermain dan berkawan, melibatkan anak-anak dengan tugas harian di rumah juga penting. Bahkan sangat penting untuk membantu perkembangan kognitif, psikologi, dan emosi. Melakukan tugasan kecil di rumah dapat membantu kanak-kanak belajar tentang erti realiti kehidupan sebenar. Merekan perlu tahu dan perlu terlibat dalam melakukan kerja-kerja rumah untuk menjaga diri sendiri, keluarga dan rumah. Ia bermula dari rumah bak kata bijak pandai melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Antaranya tugasan kecil adalah seperti mengemas alat permainan, menyediakan pakaian sebelum mandi, menyidai tuala di tempat yang betul selepas menggunakannya, mahupun mengemas katil.
Pentingnya Melibatkan Anak Pada Tugasan di Rumah (Household chores)
Terdapat segilintir ibubapa yang tidak mahu mengajar kemahiran hidup seharian. Akhirnya, anak-anak ini mempunyai keterbatasan untuk berfungsi pada tahap yang sesuai dengan usia. Contohnya, anak yang berusia 5 tahun tidak mampu mengemas mainannya sendiri selepas bermain. Si anak tadi hanya bermain dan meninggalkan mainan bersepah tanpa dikemas sebelum beredar melakukan aktiviti lain. Si ibu yang akan mengemas mainan tanpa mengajak si anak melakukannya bersama.
Daripada sudut Islam, pendidikan merupakan satu bentuk pelajaran bagi kognitif, fizikal dan roh dalam melahirkan insan yang berperikemanusiaan, berakal dan berakhlak. Ibn Khaldun telah membahagikan ilmu kepada dua bentuk: fardhu ain dan fardhu kifayah. Ini mejelaskan bahawa Islam bukan hanya mementingkan pencapaian intelektual semata-mata bahkan perlu dilengkapi dengan ilmu lain.
Banyak perkara yang menakjubkan yang boleh dirungkai apabila kita melatih anak-anak melakukan tugasan kecil di rumah. Kajian menunjukkan bahawa anak-anak yang mempunyai set tugasan mempunyai harga diri yang lebih tinggi dan lebih mampu menangani kekecewaan. Kualiti ini menyumbang kepada kejayaan yang lebih besar apabila mereka berada di sekolah.
Kemahiran komunikasi dan berunding. Komunikasi boleh menjadi lisan mahupun bukan lisan. Contohnya, berbincang dengan tugasan secara verbal (lisan) atau memberikan senyuman sebagai tanda setuju atau gembira (bukan lisan).Komunikasi boleh menjadi berkesan atau tidak berkesan.
Apabila si anak terlibat dalam tugas, ia memberi anak pengalaman kemahiran berkomunikasi dengan jelas. Si anak belajar mendengar arahan dengan jelas. Selain itu, anak-anak dapat berunding, bekerjasama dan bekerja sebagai satu pasukan. Ibu bapa perlu sentiasa memberikan peluang untuk berunding dengan si anak. Jangan pernah mendominasi dalam membuat keputusan kerana ini akan membuat si anak memberontak dan enggan melakukan tugasan. Jadikan setiap tugasan sebagai win-win situation.
Apabila ibu bapa berkomunikasi dan berunding dengan berkesan dengan anak, mereka menunjukkan rasa hormat. Kanak-kanak kemudian mula merasa bahawa mereka didengar dan difahami oleh ibu bapa mereka.
Sikap Positif. Penglibatan dalam tugasan harian mengajar kanak-kanak tanggungjawab dan mengambil alih tugas. Meminta anak-anak bertanggungjawab terhadap tugas mereka dapat meningkatkan rasa diri mereka bertanggungjawab dan amanah. Anak-anak akan merasa lebih berkemampuan dan dipercayai dalam menyelesaikan tugas mereka.
Menyelesaikan tugasnya dan melakukannya dengan baik akan meningkatkan rasa harga dirinya serta memberinya rasa kecekapan. Ia menanamkan sikap positif seperti sabar, bertolak ansur, simpati dan empati di dalam diri anak-anak. Jangan pernah memandang rendah atas bantuan yang anda perolehi daipada sepasang tangan kecil!
Firman Allah s.w.t yang mafhumnya: “Dan Kami wajibkan berbuat kebaikan kepada kedua ibu- bapanya, ibunya mengandung dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun, bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu, (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan) “(Surah Luqman: ayat 14)
Ayuh, mulakan hari ini!
Model Peranan (Role-Modelling). Selain mempunyai keyakinan bahawa penting untuk memiliki dan melatih anak menyelesaikan tugas, sikap ibu bapa sendiri itu jauh lebih mustahak. Sikap ibu bapa mampu mencorakkan sikap anak anda seterusnya meningkatkan kemungkinan kerjasama dalam menyelesaikan tugasan. Contohnya, ajak anak membuang sampah bersama, mencuci kereta bersama, menvakum rumah bersama, ataupun memotong satur bersama. Pastikan setiap ahli keluarga menjalankan tugas. Jangan pernah ada yang curi tulang. Tunjukkan teladan yang baik kepada anak. Bukanlah menjadi hak mutlak ibu bapa untuk memerintah dan mengarahkan anak melakukan tugasan daripada A sehingga Z sedangkan si ibu atau ayah hanya duduk di sofa bersama telefon pintar. Ibu bapa mesti turun padang melakukan tugasan bersama. Ungkapan hikmah dan bijak dalam pepatah Melayu “bapa borek anak rintik” – harus diingat anak-anak kita akan memerhati dengan teliti, melihat apa yang kita lakukan.
Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh Tirmidzi, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Tiada suatu pemberian yang diberikan seorang ayah kepada anaknya lebih utama daripada mengajarnya adab yang mulia.”
Bersesuaian dengan umur. Sebaiknya mulakan dengan memilih tugas yang sesuai dengan usia dan kebolehan anak. Perlu diingat tugasan yang terlalu sukar boleh mengecewakan bahkan berbahaya. Tugas yang terlalu mudah pula mudah membosankan. Sebagai contoh, bagi anak berusia di bawah 2 tahun, ibu bapa boleh mulakan dengan tugasan seperti mengemas mainan. Tugasan ini menghantar mesej yang penting – sumbangan, kerjasama, kebersihan, dan kekemasan amat diperlukan untuk mencipta persekitaran dan suasana gembira. Ingatlah bahawa tidak semua kanak-kanak sama. Dikala anak dapat menangani tugasan mereka dengan mudah, yang lain mungkin memerlukan lebih banyak masa dan kesabaran. Bersiapsiagalah untuk memberi bantuan kepada mereka apabila diperlukan.
Rasulullah S.A.W bersabda: “Kegiatan anak pada masa kecilnya akan menambahkan akalnya pada waktu dia besar.” (Riwayat Tirmidzi).
Aktiviti yang melibatkan seluruh keluarga. Penting untuk memikirkan tugas yang membuat anak terlibat dalam mengurus keluarga secara keseluruhan. Tugasan seperti membentang sejadah sebelum solat berjemaah, mengatur meja makan atau bergotong-royong membersihkan laman rumah. Tugasan ini cenderung memberi anak rasa tanggungjawab dan penyertaan dalam tugasan seluruh keluarga dan bukan sebagai bentuk hukuman. Didik juga anak supaya sentiasa membantu ibu bapa.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).” (Surah al-Isra’: ayat 23)
Jelas dengan tugas. Melakukan tugas dengan rela dan ikhlas memerlukan penilaian matang, kurang impulsif, dan lebih banyak kesedaran mengenai perspektif keperluan orang lain. Anak-anak tidak dilahirkan dengan sifat-sifat ini. Perkembangan mereka berbeza dan beransur-ansur. Jadi, mereka perlu jelas dengan tugas mereka. Sebagai permulaan, ibu bapa boleh melakukannya bersama sebelum anak dapat melakukannya sendiri. Ibu bapa perlu meletakkan rutin kepada anak agar mereka mudah ingat akan tugasan mereka. Adalah perkara biasa untuk si anak mempunyai perasaan ingin tahu semua perkara. Maka, jelaskan mengapa mereka melakukan tugasan tersebut. Ini membantu kanak-kanak mempunyai pemikiran rasional dan penaakulan yang baik. Contohnya, “Baju yang kotor perlu dimasukkan ke dalam bakul. Jangan biarkan baju bersih dan kotor bercampur. Baju kotor dah ada kuman yang kita tak dapat lihat. Dan agama kita ajar kita sentiasa menjaga kebersihan.” Harus diingat, leteran tidak membantu perkembangan penaakulan dan pemikiran rasional malah membantutkannya.
Beri dorongan. Beri motivasi dan dorongan kepada anak secara berterusan. Sekiranya dia merasakan dia membantu ibu bapa dengan menyelesaikan tugasannya, dia akan merasa lebih ikhlas melakukannya. Sebaliknya, mereka mungkin berasa terpaksa atau lebih buruk sekiranya mereka melihatnya sebagai hukuman. Pujian juga penting. Pujilah kerja dan usaha anak yang baik agar dia terus merasa bertanggungjawab dan gembira. Contohnya, “Wow! Cantik dan kemas anak mama susun buku-buku di rak buku ni.” Dan sertai dengan pelukan. Pelukan juga satu bentuk pujian tetapi mampu memberi impak yang besar pada anak. Ganjaran juga perlu diberikan secara berkala untuk menunjukkan usahanya dihargai. Bawalah anak ke restoran kegemaran atau menonton wayang kegemaran.
Baginda Nabi SAW telah menggariskan beberapa panduan untuk diikuti agar dapat melahirkan generasi yang taat kepada Allah SWT. Sepertimana yang Baginda Nabi SAW sabda di dalam hadith Baginda yang bermaksud: “Bermain-mainlah dengan anak kamu sehingga usianya tujuh tahun. Kemudian hendaklah kamu mengajarkannya adab bermula usia tujuh sehingga empat belas tahun serta jadikannya sahabat atau kawan ketika berusia empat belas tahun ke atas.”
Kredit: Dr. Rahimah Saimin Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebagai ibu bapa kita pun ada kesilapan dalam mendidik anak. Cuma kita tak sedar dan asyik nampak hanya kesilapan anak sahaja.
Ingat didikan bukan melalui paksaan tetapi teladan. Anak-anak lebih percaya dengan apa yang dilihat daripada apa yang didengar.
Antara kesilapan yang sering kita lakukan dalam mendidik anak-anak adalah seperti berikut:
1. Membanding-bandingkan
Ibu bapa sering kali membanding-bandingkan kebolehan ataupun kelemahan anaknya dengan orang lain.
Ada ketikanya, perbandingan ini dibuat antara adik-beradik dan ada ketikanya dengan orang lain seperti anak jiran, saudara, sepupu, kawan sekelas atau sesiapa sahaja.
Memanglah tujaan perbandingan itu dibuat bagi mendorong ataupun memberi semangat kepada anak. Tetapi, kerap kali anak-anak menyalah tafsir tujuan ibu bapa berbuat sedemikian.
Sekiranya perbandingan itu dibuat antara adik-beradik, maka subur perasaan cemburu dan iri hati dalam diri anak-anak. Sekiranya perbandingan dibuat dengan orang lain, anak mudah merasa rendah diri dan hilang kekuatan bersaing.
Faktor orang lain itu hanya dapat digunakan semasa tiada tekanan emosi antara ibu bapa dan anak. Contohnya semasa perbincangan berlaku secara terbuka. Waktu itu, barulah sesuai mengambil orang lain sebagai contoh teladan tanpa membandingkannya dengan anak kita. Barulah anak mudah menerimanya.
2.Kesilapan Merendahkan Kebolehan Anak
Seringkali tanpa sedar, kita merendahkan kebolehan anak secara tidak langsung. Kerap kali ibu bapa yang resah mengenai masalah anak meluahkan keluhannya kepada orang lain di hadapan anak-anak.
Ada ketikanya ketika bertemu jiran, kita beritahu mereka mengenai kelemahan anak kita. “Anak saya ni Cik Jah.. entah apa lagi saya hendak cakap.. malas betul hendak belajar.”Itu salah satu contoh ungkapan.
Ungkapan ini pula dinyatakan dengan kehadiran anak. Maka, anak percaya apa yang didengarnya. Secara tidak langsung si ibu menyuburkan lagi sikap negatif dalam diri anak itu.
Ada ketikanya pula, ibu bapa merendahkan kebolehan diri anak-anak secara langsung apabila marah. “Kau ini besar nanti hendak jadi apa? Sudahlah malas, degil pula!”
Kata-kata sebegini mudah menghiris perasaan anak-anak dan tentunya apabila sentiasa diulang-ulang, ia menyebabkan mereka percaya itu sahaja kemampuan diri mereka.
Ibu bapa perlu sedar, setiap patah perkataan yang kita ucapkan kepada anak-anak kita merupakan doa. Jangan nanti kata-kata yang tidak baik pula yang dimakbulkan Tuhan.
Oleh itu, carilah kebaikan dalam diri anak-anak walaupun kecil. Subur-suburkanlah kebaikan itu.
3.Memarahi Anak Tidak Pada Tempatnya
Biasanya ibu bapa akan marah apabila didapati anak-anak melakukan kesilapan berulang, selepas dinasihati dan ditegur.
Tidak salah memarahi anak demi kebaikannya tetapi kita harus pastikan marah itu kena caranya, masa, tempat dan subjeknya. Kita tidak boleh marah secara melulu sahaja.
Ibu bapa sering kali memilih waktu yang salah bagi memarahi anak-anak. Ramai ibu bapa mengadu, anak-anak mereka tidak suka berterus terang ataupun berbincang masalah dengan mereka.
Sebenarnya kenyataan sedemikian adalah kurang tepat.
Anak-anak tidak mahu berbincang mahupun berterus terang dengan ibu bapa sendiri tanpa disedari menutup pintu berbincangan itu.
Waktu anak-anak masih kecil, sama ada dialam tadika ataupun sekolah rendah, mereka pernah mengadu hal kepada ibu bapa. Mereka mengadu segala-galanya kerana ibu bapalah yang dianggap sebagai pelindung. Misalnya anak kita mungkin pulang dari sekolah dan mengadu yang guru memarahinya.
Kita pastinya bertanya, “Kenapa guru marah?” Anak memberitahu yang dia dimarahi guru kerana mengejek, mengusik, memukul ataupun mengambil barang kawan.
Apa tindak balas kita?
Ramai ibu bapa segera marah anak itu sekali lagi apabila mengetahui guru memarahi anaknya itu disebabkan kesilapan anak itu sendiri.
Apa pula perasaan anak?
Tindakan mengadu hal tadi menyebabkan emosinya dua kali sakit. Apabila perkara ini berlaku berulang-ulang kali, maka anak tidak mahu berterus terang dan berbincang lagi.
Alasannya, kerana tahu tindakan berterus terang adalah suatu tindakan yang membawa padah. Sikap inilah kelak yang terbawa-bawa sehingga anak membesar
Oleh itu, jangan memarahi anak apabila mereka berterus terang. Jangan pula menyebelahi mereka. Jelaskan secara bijak, perbuatan mereka sememangnya salah dan tindakan guru itu wajar.
Dengan cara sebegini, anak-anak dapat belajar daripada kesilapan. Hubungan ibu bapa dan anak juga menjadi semakin akrab.
4.Tidak Menjadi Pendengar Yang Baik
Ramai ibu bapa yang tidak rasa aspek ini penting bagi mereka. Menjadi pendengar yang baik bukanlah sukar dipraktikkan, cuma ibu bapa sahaja yang memperkecilkan peranan mereka sebagai pendengar.
Apabila anak-anak semakin dewasa, mereka cuba merahsiakan banyak perkara daripada pengetahuan ibu bapa. Antara sebabnya adalah disebabkan sewaktu kecil, luahan dan keluhan hati mereka tidak diberikan perhatian oleh ibu bapa.
Cuba perhatikan kehidupan kita dengan anak-anak.
Adakah kita berhenti membaca akhbar apabila anak kita datang dan bertanyakan sesuatu soalan? Adakah ibu berhenti menggoreng ikan apabila tiba-tiba anak datang ke dapur dan bertanyakan sesuatu?
Kemungkinan jawapanya adalah tidak.
Kita menjawab pertanyaan anak sambil membaca akhbar. Kita melayan anak sambil menggoreng ikan. Pada kita, apa yang ditanya itu tidak penting.
Memang soalan yang dikemukakan itu mungkin tidak penting, tetapi cara kita memberikan perhatian itu penting. Maka jangan salahkan anak-anak apabila mereka sudah dewasa, mereka tidak menganggap kita sebagai penyelesai masalah yang dapat diharap.
5.Tidak Mewujudkan Kemesraan
Ini juga satu masalah yang selalu timbul. Dapatkah kita bersabar sebelum memarahi ataupun menegur kesilapan anak?
Ramai ibu bapa mudah hilang sabar. :Penting sebenarnya kita cuba fahami perasaan dan fikirannya. Cunakan sentuhan bagi menambahkan kemesraan.
Pegang bahunya semasa berkata-kata. Lihat tepat ke wajahnya. Kalau anak kita masih kecil, maka melutut supaya kedudukan mata kita berada separas dengan matanya.
Selepas dia mula selesa, kali ini kita ubah pendekatan. Kita katakan sukar bagi kita menerima yang dia masih melakukan kesilapan yang sama.
Kita perlu memarahinya. Memarahinya bukan kerana kita mahu melepaskan geram tetapi memarahi anak kerana kita mahu mengajar dan membentuknya.
Terdapat perbezaan yang ketara antara dua keadaan marah itu. Anak-anak lebih menghormati kita sekiranya mereka tidak dapat menjangkakan apa tindakan kita pada kesalahan yang mereka lakukan.
Sebabnya, jika kita terlalu marah, maka anak mungkin katakan pada dirinya, “Ayah saya memang macam itu”. Lihat, walaupun kita benar-benar marah, kesannya tiada langsung pada diri anak.
6.Terlalu Memanjakan Anak
Sekiranya terlalu memanjakan anak-anak, mereka akan kehilangan sikap berdikari.
7.Suka Membebel Dan Mengkritik
Ada pula ibu bapa yang suka membebel pada anak. Sikap ibu bapa seperti ini membuatkan anak rasa hidup di rumah tidak selesa dan tiada ketenangan.
Oleh sebab itu, ramai diantara anak-anak lebih gemar menghabiskan masa di luar. Mereka berasa diri mereka bebas dan merdeka. Mereka menemui ketenangan setiap kali berada diluar rumah.
Cuba perhatikan anak-anak kecil kita setiap kali ada tetamu yang bertandang ke rumah, kenapa perangainya menjadi cukup berbeza? Mereka berani melakukan perkara-perkara yang kita larang.
Mereka melompat-lompat diatas sofa. Mereka membuat pelbagai ragam dan semua perbuatannya itu menaikkan darah kita. Ini kerana, mereka tahu diri mereka merdeka ketika itu.
Ibu bapa tidak mungkin memarahi mereka dihadapan tetamu yang hadir. Mereka ingin menunjukkan kebolehan dan kepandaian dihadapan tetamu. Mereka tahu kita tidak membebel waktu itu.
Ada ketikanya, kita membebel sehingga ke tahap mengkritik anak-anak. Kritikan yang tidak membina hanya membuatkan keyakinan diri anak-anak kita luntur.
Kita boleh mengkritik dengan syarat selepas itu tunjukkan kepada kepada anak apa yang perlu mereka lakukan.
Ini barulah dikatakan sebagai kritikan yang membina. Bukannya kritikan mencari salah semata-mata.
Nak dapatkan bahan pembelajaran anak yang menarik, klik di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Me time bagi ibu-ibu adalah waktu untuk bersendirian dan lari sebentar dari rutin harian. Tak perlu lama tapi efeknya sangat besar kepada mood dan tenaga.
Perkongsian Tasha Manshahar ini dipersetujui para follower. Seorang ibu mempunai rutin yang sama setiap hari menguruskan anak. Dek kerana lama mengikuti rutin yang sama tanpa henti, badan pun boleh jadi sangat letih dan tempat yang luas dirasakan sempit. Me time boleh memperbaiki mood dan mengembalikan tenaga.
Tasha yang melahirkan anak sulungnya, Muammar Rafiqi pada 22 Jun 2019 yang lalu berkongsi tentang me time di Instagram.
“Sometimes you just need to disconnect and enjoy your own company. There are days yang kita rasa sangat letih walaupun kita cuma duduk, rasa sempit walaupun kita di tempat yang luas. Ni selalunya berlaku bila kita keep on doing the same thing over again.
“Rutin harian kita. Hadap benda sama setiap hari for a long time. Takde break in between. Bukan kita tak suka kerja atau rutin kita tu, cuma sometimes we need a break, enjoying things (even simple things) we like for ourselves. Agree tak?
“Everyone needs “me time”. Dia macam recharge balik tenaga kita, improve balik mood kita, then kita boleh continue doing our routines happily. Me time korang bila and macam mana?”
Para follower mempersetujui pendapat penyanyi ini tentang me time yang perlu dinikmati oleh setiap wanita bergelar ibu. Me time yang menggembirakan bagi seorang isteri akan menjadikan keluarga lebih bahagia.
CARI KETENANGAN DAN KEINDAHAN ALAM
“Saya akan do house chores and finish all my work and lastly saya akan cari ketenangan dan keindahan alam” – @ei_syah
KESAN POSITIF KEPADA KELUARGA
“A good “me time” for a woman makes her family happy afterwards ?” – @kai_armd
MAKAN KUDAPAN PUN ME TIME
“Saya first time mum. Baby baru 1 year 1 months. Me time Saya time mandi n kjp2 masuk dapur makan kudapan ?.” – @ kinoounni
TIDUR TANPA GANGGUAN ANAK
“Me time Mira bila dpt tidur Tanpa gangguan Anak hihii?.”- @_kakmira
Siapa je yang tak nak hubungan suami isteri sentiasa bahagia, penuh kasih sayang dan rasa dihargai, kan? Setiap pasangan pasti impikan rumahtangga yang penuh...