Bukan mudah untuk mendapatkan berat badan ideal selepas bersalin. Namun bagi Emma Maembong, penampilannya selepas bersalin anak keduanya, Shakil Aryan Shah pada 10 Mei lalu dipuji ramai.
Mana tidaknya, Emma dilihat tampil cantik dan kekal ramping biarpun sudah punya anak dua.
Akui Emma, bukan mudah untuknya mendapatkan berat badan ideal dan menurutkan berat badannya selepas bersalin.
Ibu kepada dua cahaya mata ini mengakui terpaksa menahan diri dari makan dan mengamalkan senaman bagi mendapatkan bentuk badan yang ideal.
“Pada peringkat awal saya langsung tak menyentuh nasi. Tak dinafikan mengganggu mood sehinggakan saya menjadi ‘cranky’ kerana menahan lapar.
“Saya sudah lebih kurang tiga bulan bersalin cahaya mata kedua dan bukanlah mudah sebenarnya untuk kembali mendapatkan berat badan ideal.
“Kalau tak bersenam lemak lepas bersalin tu jadi tepu dan susah nak hilang. Jadi ambil masa juga sebenarnya,” luahnya berkongsi.
Berkongsi cerita kisah berpantangnya, akui Emma semuanya terpulang kepada individu itu sendiri.
“Apa yang saya boleh katakan, jangan paksa diri dna kenali tubuh anda. Ambillah suplement dan kena tahu apa yang badan anda perlukan,” jelasnya lagi.
Terdahulu, Emma selamat melahirkan anak keduanya, Shakil Aryan Shah pada 10 Mei lalu.
Menarik: “Ikut Muka Mommy, Sebiji Sama”, CP Juliana Evans Kongsi Wajah Anak Kedua, Comelnya!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!