“Tak Sependapat Itu Biasa” Aeril Zafreil Kongsi Tip Bahagia Rumah Tangga!

Share

Bergelar suami dan isteri tidak mudah. Banyak pancaroba dan onak durinya jika tidak matang dalam membuat keputusan dan bersabar dengan setiap ujian yang dilalui.

Bagi pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang hampir mencecah 10 tahun dalam melayari bahtera berumah tangga, keduanya tidak terlalu mengambil serius akan hal yang berlaku di antara mereka.

Bahkan Aeril turut berkongsi tipnya dan Wawa bagi mengekalkan keharmonian rumah tangga mereka bersama.

“Tak perlu terlalu serius, kita kena perangai seperti budak-budak.

“Kalau boleh kongsilah minat yang sama, kalau tak sependapat itu biasa,” kongsinya.

Bahkan akui Aeril lagi, dia jarang sekali memujuk isteri yang merajuk namun bila bergaduh apa yang dilakukan adalah tidak membiarkan pergaduhan itu berlanjutan.

“Saya tak suka pujuk kalau bergaduh. Kami akan reda sendiri.

“Tapi kalau dah sampai dua hari masih bergaduh, kena cepat-cepat berbaik,” kongsi Aeril memberikan tip bahagianya bersama isteri.

Bahkan kata Aeril lagi, pergaduhan antara suami isteri sememangnya tidak sepatutnya dibiarkan berlarutan. Sebaiknya atasi segera dengan perbincangan jika masih bergaduh pada keesokan harinya.

Terdahulu, Aeril Zafrel dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2013. Pasangan sama cantik sama sepadan itu dikurniakan empat orang cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, Ayya Soffya, dan Muhammad Fahri.

Menarik:  Sesetengah Orang Berkira-Kira Nak Beranak & Mengandung, Neelofa PU Haris Mahu Anak Ramai!

Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI https://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM