Bila anak asyik kerap demam, mak ayah mula rasa bimbang dengan perkembangan kesihatan anak. Malah mengganggu pembelajaran anak seharian.
Menurut Dr Ezairy M Sallih, anak demam atau kerap sakit disebabkan oleh banyak sebab. Paling utama ada dengan memeriksa di sekeliling kita. Mungkin ada beberapa sebab yang menyebabkan anak cenderung untuk kerap sakit. Cuba periksa ni!
Ramai kan antara kita ini sebagai ibu bapa yang risau bila anak kita asyik tak sihat. Selalu sangat kena pergi jumpa doktor. Ambil ubat. Tetapi masih juga selalu demam, batuk dan selsema.
Kalau boleh, biar kita yang tak sihat. Bukan anak-anak. Betul?
Ada 10 sebab mengapa anak-anak kita selalu dijangkiti demam dan kerap jatuh sakit.
1. ‘Manjakan’ anak dengan antibiotik. Flu biasa disebabkan virus tak perlu antibiotik.
Ads
2. Duduk di tempat ramai kanak-kanak. Pusat penjagaan contohnya.
3. Beberapa keadaan dan situasi yang menyebabkan imuniti anak tak kuat. Banyakkan pemakanan seperti buah-buahan dan sayuran.
4. Kerap sangat makan luar. Jangkitan mudah dapat daripada makanan yang berisiko tercemar.
5. Ramai anak-anak kecil di rumah. Anak mudah berjangkit.
Ads
6. Lewat kawal simptom awal. Bila anak-anak dah dapat gejala seperti batuk dan selesema, terus dapat nasihat dan periksa doktor. Tak perlu tunggu demam tiga empat hari.
7. Makan dan minum ubat tak ikut nasihat doktor. Ubat antibiotik contohnya, perlu dihabiskan dos seperti dinasihat, tak boleh kongsi dengan anak-anak lain.
8. Kerap bawa ke tempat ramai dan ‘crowded’. Ini tak elok terutama pada anak-anak kecil.
9. Rawatan tradisional. Kerap sangat dengan rawatan yang tidak sepatutnya akan menyebabkan jangkitan yang boleh dirawat dengan ubat menjadi sukar. Komplikasi pada sistem tubuh lain pula yang berlaku.
Ads
10. Masalah alahan, rhinitis atau resdung tidak terkawal. Ini menyebabkan lendir atau lelehan dari hidung kerap mengalir ke belakang tekak. Anak-anak mudah mendapat jangkitan tekak.
Kalau anak ada ciri-ciri ni ada baiknya kita cuba cari altenatif lain. Mungkin menukar gaya hidup dengan masak sendiri di rumah atau sediakan anak dengan makanan yang lebih berkhasiat. Mungkin boleh tukar menu anak setiap hari.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Layanlah jika anak-anak tanya soalan, itu petanda anak kita genius. Memang kadangkala, mama dan papa tertekan dalam melayani soalan-soalan si kecil yang tidak berkesudahan? Tidak tahu apa tindak balas sepatutnya. Marah atau tetap mengukir senyuman. Walau apa pun jua, itulah antara proses perkembangan si kecil yang baik untuk otaknya.
Mama: Adik jom mandi.
Anak: Kenapa kena mandi?
Mama: Sebab badan adik dah kotor, seharian ke sana ke mari.
Anak: Macam mana badan boleh kotor mama?
Soalan penting untuk pembelajaran?
Apabila anak anda bertanya soalan, dia mengambil peranan aktif dalam pembelajaran sendiri. Dia cuba untuk memikirkan bagaimana dunianya berfungsi dengan mencari maklumat.
Sambil bertanya soalan, anak-anak sedang membangunkan kemahiran pemikiran kritikal yang membina kekuatan otak.
Bertanya juga merupakan satu bentuk komunikasi yang penting. Anak anda mencari maklumat daripada individu lain yang menurutnya mempunyai lebih pengetahuan. Dia mungkin akan bertanya kepada anda, kakak atau abangnya dan ahli keluarga yang lain. Mungkin juga dia akan bertanya kepada pengasuhnya untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.
Ada kalanya ibu dan ayah buntu untuk menjawab soalan si kecil yang berterusan. Amat penting untuk menjawab soalan si anak tetapi, sebaik-baiknya elakkan menjawab secara membuta tuli kerana ia mungkin mengurangkan peluang untuknya berfikir sendiri dengan sokongan daripada anda. Apa yang boleh mungkin boleh anda lakukan adalah:
Menawarkan peluang atau pengalaman sebagai tindak balas kepada soalan si kecil. Contohnya jika dia terpandang objek yang menarik minatnya, tawarkan dia untuk menyentuhnya dan rasakan pengalaman bermain dengan objek tersebut. Ia memberi peluang kepadanya untuk menerokai dan belajar tentang objek yang menarik minat.
Cadangkan satu cara baru untuk meneroka sebagai jawapan kepada soalan si kecil. Contohnya jika dia tidak tahu bagaimana untuk membuka pintu yang tertutup. Anda boleh cadangkan supaya dia menekan butang khas untuk membuka pintu tersebut. Ia menjadi panduan untuk si kecil mendapatkan jawapan daripada persoalannya.
Tanyakan soalan kepadanya agar menggalakkan dia aktif berfikir untuk mendapatkan jawapan.
Anda juga boleh mencipta keadaan di mana anak-anak akan bertanya dan menunjukkan rasa ingin tahu si kecil.
Berikan objek yang menarik minatnya untuk diterokai. Kanak-kanak mempunyai minat semula jadi untuk belajar tentang perkara-perkara baru.
Membaca buku bersama. Dengan membaca anda boleh berkongsi banyak idea dan berpeluang bertanya soalan tentang buku yang dibaca.
Bertanya soalan kepadanya adalah salah satu cara berkomunikasi yang berkesan. Kanak-kanak biasanya akan bertanya untuk mendapatkan maklumat atau jawapan daripada seseorang yang dipercayainya.
Lakukan aktiviti yang menggalakkan kanak-kanak berfikir bagaimana dan kenapa sesuatu perkara itu berlaku. Aktiviti seperti bermain pasir dan bermain air, membuat kraf dan bermain muzik memberi kanak-kanak peluang untuk berfikir dan meneroka apa objek atau alat tersebut boleh lakukan. Proses penemuan boleh merangsang banyak soalan baru.
Apa sahaja soalan si kecil, ibu dan ayah haruslah cuba untuk memberikan jawapan yang terbaik kerana ia penting untuk perkembangan otak si kecil anda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apabila berpeluang makan di luar, maka si kecil pun sibuklah untuk minum. Ia memberikan banyak faedah asalkan minuman yang diminum bukan minuman ringan, terlalu manis atau terlalu panas.
Risiko air tumpah dan mengotorkan baju memang ada, jadi anda perlu siap sedia sepasang lagi baju semasa keluar makan di luar sebagai ganti.
Ambil langkah berhati-hati kerana penyedut minuman juga boleh melukakan tekak sekiranya dimasukkan terlalu dalam.
Sebaik-baiknya ajar si kecil sedut pada hujungnya sahaja. Ini adalah masanya untuk anda menyediakan sebuah botol dengan isian air kosong sebagai bekalannya semasa keluar.
Antara kebaikan yang diperolehi daripada aktiviti minuman menggunakan penyedut minuman ialah:
Rangsangan sensori proprioseptif di dalam mulut semasa menyedut. Ini meningkatkan kesedaran pergerakan lidah, bibir dan pipi.
2. Kawal lidah dan rahang semasa minum.
3. Melatih penafasan semasa menghisap dan menelan.
4. Menggalakkan rangsangan oral motor yang membantu si kecil yang cerewet makan atau
tiada selera makan
Sumber: Majalah Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila anak selalu membaca buku cerita, ia dapat merangsang pemikiran mereka. Kemahiran berfikir sama pentingnya dengan kemahiran membaca, menulis dan mengira. Anak yang selalu didedahkan dengan buku cerita atau ibu ayahnya suka bercerita didapati lebih kreatif dan berimaginasi.
Pengetahuan amnya juga lebih meluas dan mereka selalu yakin ketika berbicara. Biarpun cerita Arnab Berlumba Dengan Kura-Kura atau Sang Kancil Menipu Sang Buaya kelihatan remeh, sebenarnya jika dikongsikan dengan anak-anak boleh merangsang otak mereka.
Kemahiran berfikir dalam kalangan anak dapat dilihat apabila mempunyai ciri-ciri seperti dapat bekerjasama secara koloboratif, boleh memberi cadangan dan memberi pelbagai idea.
Selain itu, anak juga boleh menerima pendapat orang lain, berkeyakinan dalam memberikan pendapat dan sentiasa kreatif dalam menyelesaikan masalah.
Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil tahu oleh ibu bapa atau guru dalam meningkatkan kemahiran berfikir kanak-kanak melalui aktiviti bercerita ini. Antara cadangannya adalah seperti berikut:
CERITA SEMULA
Sentiasa galak anak-anak bercerita semula apa yang didengari dalam bentuk perkataannya sendiri. Aktiviti ini akan membantunya membuat rumusan atau kesimpulan atas apa yang telah didengarinya. Bukan sekadar hanya memberi respon terhadap soalan yang berdasarkan fakta yang didengarinya.
BERTANYA SOALAN
Bertanya kepada anak-anak soalan yang tidak mempunyai jawapannya dalam cerita yang telah dibaca atau dengari. Menanyakan persoalan merupakan salah satu daripada elemen yang sangat efektif dalam pengajaran dan pembelajaran kerana mampu meningkatkan kemampuan berfikir dan membawa kepada lahirnya idea atau konsep baru.
Situasi ini akan menggalakkan anak-anak mencari jawapan dengan mengimbas kembali cerita tersebut dan membuat rumusan berdasarkan kepada kefahamannya terhadap cerita yang didengarinya tadi.
Selepas aktiviti bercerita sentiasa minta kanak-kanak menganalisis watak dan juga tempat yang ada dalam cerita tersebut. Aktiviti seperti ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membanding dan membezakan antara cerita yang didengar dengan keadaan sebenar di luar cerita.
KAITKAN DENGAN PENGALAMAN DIRI
Selain itu, lakukan aktiviti seperti meminta anak-anak untuk mengaitkan cerita yang di dengar dengan kehidupan sebenar dirinya atau apa sahaja peristiwa yang pernah dilalui atau diketahuinya. Aktiviti ini sebenarnya adalah langkah permulaan untuk mendedahkan kanak-kanak kepada kemahiran berfikir aras tinggi yang dinamakan aras sentesis iaitu apabila anak-anak mula menggunakan maklumat yang diperolehi dalam situasi yang baru dan berbeza dengan cara yang berlainan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terpaksa bertugas ke luar negara di ketika masih menyusukan bayi memang memeningkan kepala. Jangan bazirkan waktu dan reziki yang diberi, sebaliknya simpan dan bawa balik sahaja susu perahan itu pada anak.