Bersalin normal atau secara czer, semua ibu wajib berpantang. Ini kerana dalam tempoh berpantanglah, tubuh ibu dalam proses nak pulih untuk sihat semula setelah 9 bulan hamil dan melalui fasa kelahiran.
Bila sebut soal berpantang ini, ada sesetengah ibu selesa ikut cara orang lama dan ada juga yang mahu ikut cara perubatan sekarang. Apa sekalipun pilihan ibu, Dr Muhammad Izzat berkongsi 15 amalan pantang ini sebaiknya dilakukan. Ini untuk pastikan kesihatan ibu dan bayi berada dalam keadaan baik dan sentiasa bertenaga!
Amalan berpantang yang betul selepas bersalin :
1. PANTANG MEROKOK
Berhenti merokok. Suami berhenti merokok. Semua yang merokok dalam umah tu suruh berhenti rokok
2. PANTANG MAKANAN
Kalau tak ada allergik, makan macam biasa. Makan secara sihat dan pilih makanan berkhasiat.
3. PANTANG LIMIT AIR
Minum air mencukupi, air panas air sejuk air suam. Minum je, tkde masalah. Segala air yang masuk dalam dan ibu akan bertukar ikut suhu badan ibu. Ibu minum air sejuk, tak tukar susu badan jadi ice blended pun. Jangan risau.
4. PANTANG MAKAN BERLEBIHAN
Pantang makan terlalu banyak garam, Pantang makan atau minum manis-manis, Pantang makan makanan berproses, Pantang makan junk food. Untuk seumur hidup, Bukan 44 hari, 100 hari atau 1000 hari.
5. PANTANG MAKAN UBAT/PRODUK KURUS
Pantang makan ubat/produk kurus. Nak kurus cepat – Susu badan!
Ads
6. PANTANG BERSAMA DENGAN SUAMI
Tunggu darah nifas kering dulu. Harap bersabar.
7. PANTANG MENYENTUH LUKA TANPA CUCI TANGAN
Nak luka cepat sembuh, ikut cakap doktor dan cakap misi. Makcik bawang suruh sapu manjakani, kunyit, serbuk cili ke apa, abaikan.
8. PANTANG TIDAK MENJAGA KEBERSIHAN DIRI
Dah kenapa tak mandi masa berpantang? Hobi eh?
9. PANTANG PAKAI BENGKUNG KETAT-KETAT
Pantang pakai baju atau bengkung ketat-ketat di atas luka, sehingga luka sembuh. Nak pakai kain atau seluar ke tak ada masalah. Memana ibu suka dan selesa. Nak pakai seluar pun dipandang semacam berdosa besar.
Ads
10. PANTANG MERAWAT DIRI SENDIRI
Darah nifas banyak, sakit perut yang teruk, demam, buah dada bengkak, nifas berbau busuk, rasa nak pitam semua jumpa doktor. Jangan tanya dekat facebook atau twitter nak buat apa. Yang acah-acah jadi doktor pun kena jauhi.
11. PANTANG TAK BERJALAN & BARING SAHAJA
Pantang tidak berjalan dan baring memanjang. Lagi banyak berjalan, lagi aktif, lagi cepat ibu pulih. Risiko darah beku (thrombosis) pun kurang.
12. PANTANG DARI BIARKAN ORANG RAMAI DATANG RUMAH
Pantang dari biarkan orang ramai sepupu sepapat datang umah. Bagi peluang ibu nak berehat. Nak susukan baby pun susah orang tak putus-putus datang.
13. PANTANG BELI PRODUK SALAH
Pantang beli produk-produk yang anda tidak mengetahui bahan kandungannya atau kesan sampingannya. Tak perlu makan jamu.
Ads
14. PANTANG BAGI BABY MAKANAN ATAU MINUMAN
Pantang bagi baby makanan atau minuman melainkan susu ibu atau susu formula khas untuk baby atau ubat yang dinasihatkan oleh doktor. Susu ibu makanan terbaik untuk baby. Lepas 6 bulan dah boleh start makanan pejal.
15. PANTANG MEMBERIKAN TEKANAN PERASAAN PADA IBU
Pantang memberikan tekanan perasaan pada ibu dengan memaksa ibu berpantang dan elakkan makanan-makanan berkhasiat seperti pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan yang baik untuk kesihatan.
Paling penting, pantang dari menyakitkan perasaan ibu dengan mengecam segala perbuatan dan kehendak ibu. Apa dia nak buat, kita support. Apa dia nak makan, biarkan dia makan.
Ibu perlu happy ketika berpantang. Jangan takutkan ibu dengan segala macam benda yang tak berasas. Berpantang bukan tempoh seksaan untuk ibu.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masih ingat lagi tak dengan wanita dalam video tular “macam cantik je, macam comel je, awek legoland?”
Kini si cantik yang lebih dikenali sebagai Asyalliee sudah bergelar ibu kepada bayi lelaki bernama Haider Mikael, 3 bulan.
Ibu muda yang mengakui kehadiran anak sebagai penyeri kebahagiaannya dan suami seronok menyandang gelaran baru tersebut.
Sebagai seorang youtuber, instafamous dan kini bergelar ahli perniagaan yang menggunakan bakat serta kecantikan dan penampilan diri untuk membina kerjayanya, Asyalliee harus sentiasa tampil menawan.
Justeru selepas melahirkan anak pada 2 Januari lepas, Asyalliee gigih memastikan berat badannya kembali langsing namun tetap mementingkan pengambilan makanan berkhasiat sepanjang berpantang.
Selepas dua minggu bersalin, Asyalliee ada berkongsi caranya berpantang yang boleh dicontohi oleh ibu-ibu lain yang nak cepat turunkan berat badan dan kembali langsing.
Jangan risau, ia selamat dan instafamous yang mempunyai pengikut instagram mencecah 1.3 juta ini masih lagi menyusukan bayinya sehingga sekarang.
Assalammualaikum, haa ramai terkejut dalam masa 2 minggu asya dah kurus kan? Tetapi pipi masih membulat yee. Haa ni cara asya berpantang yaa. Ni asya ikut cara kakak asya punya pantang.
1. Makan 2 kali sehari sahaja ( pagi & petang ) 2. Lauk yang asya makan setiap hari Nasi putih panas + Ikan salmon sahaja tapi kekadang tambah dengan sup sawi 3. Kadang kadang asya makan Nasi putih panas + ikan haruan bakar 4. Malam pula kalau lapar asya hanya makan biskut + milo o panas 5. Asya tak amalkan apa apa jamu lagi buat masa sekarang sebab BF . Lagi pun anak kena jaundice masa mulanya . 6. Bengkung ! dari tengahari sampai petang sahaja .
Dalam masa 2 minggu sahaja luka jahitan asya dah sembuh asya amalkan : – Makan ikan haruan – Makan oren manis ( jarang + sedikit saja ) – Sapu ubat kuning + minyak gamat + serbuk manjakani – Jangan baring lama sangat , jangan duduk lama sangat , jangan berdiri lama sangat . Lepas tu ramai terkejut dalam pantang boleh keluar, yee saya keluar pergi klinik yaa MashaAllahh
Tahniah diucapkan buat hero malaya, Remy Ishak yang kini bergelar bapa selepas isterinya, Ezza Yusof selamat melahirkan bayi sulung mereka hari ini.
Menerusi Insta Storynya, aktor kacak berbakat besar ini berkongsi perkhabaran gembira itu kepada peminatnya.
Kongsi Remy, isterinya selamat melahirkan bayi sulung mereka pada pada jam 11.17 pagi tadi di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.
“Assalamualaikum, alhamdulillah, isteri saya Ezza Yusof selamat melahirkan bayi yang sangat comel pada pukul 11.17 pagi bertarikh 27 Julai 2023 di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur,” katanya berkongsi.
Tambah Remy lagi, isteri dan anaknya berada dalam keadaan sihat dan berterima kasih atas doa serta ucapan tahniah yang dikirimkan oleh orang ramai kepada mereka.
“Keadaan isteri dan anak saya berada dalam keadaan sihat dan baik.
“Terima kasih di atas kiriman doa dan ucapan tahniah. Sekian, terima kasih,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Remy dan Ezza mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021.
Tarikh jangkaan bersalin dijadualkan tidak lama lagi. Mama sudah menyiapkan beberapa keperluan untuk dibawa ke hospital agar nanti tidak kelam kabut dan mengelakkan daripada tertinggal. Jom semak apa yang perlu ada dalam beg hospital dengan senarai dan tip yang telah disediakan.
Mama tentu berdebar-debar menghampiri tarikh jangkaan bersalin. Sudah tentu memikirkan tentang proses kelahiran yang bakal dilalui dan tidak sabar menatap wajah buah hati baharu. Anda tentu tidak mahu tergopoh gapah mengemas barangan keperluan semasa air ketuban sedang meleleh keluar!
Tip menyediakan beg hospital
Beg hospital perlulah dikemas lebih awal daripada tarikh jangkaan kelahiran kerana bimbang anda tiba-tiba akan bersalin awal. Seelok-eloknya sebulan sebelumnya.
Pilih beg jenis troli yang boleh memuatkan barang anda yang banyak. Manakala untuk si kecil dan papa dalam dua buah beg berasingan.
Pastikan anda membawa lebih dari satu pasang pakaian sekiranya hospital tidak menyediakan pakaian hospital untuk pesakit di wad.
Bawa lebih banyak pad payudara kerana bimbang anda akan mengalami bengkak susu selepas bersalin.
Pastikan beg ini ditempatkan di dalam bonet kereta supaya senang dicapai apabila hendak ke wad bersalin.
Sebelum anda ke hospital, tanggalkan semua barang kemas yang dipakai. Elakkan daripada membawa barang kemas di dalam beg hospital kerana bimbang keselamatannya tidak terjamin.
Baby carrier akan memudahkan anda atau suami membawa si kecil pulang kerana anda tidak perlu memangku dan keselamatan si kecil ketika di dalam kenderaan juga lebih terjamin.
Senarai semak beg hospital
Bagi mengelakkan barang keperluan anda, suami dan si kecil tertinggal, mari kita kemas menggunakan senarai semak ini.
Mama
Buku rekod kehamilan
Kad pengenalan diri
Telefon dan alat pengecas
Baju berbutang depan (untuk memudahkan penyusuan)
Kain batik
Sepersalinan baju untuk dipakai selepas keluar dari hospital.
Kain tudung
Seluar dalam pakai buang
Baju sejuk
Stoking
Coli menyusu
Pam payu dara dan botol penyimpanan susu ibu
Pad payudara pakai buang
Krim pelembap puting payudara (untuk mengelakkan putih merekah)
Kaca mata dan bekas menyimpannya (jika anda memakai kaca mata atau kanta lekap).
Bahan bacaan atau barangan yang boleh membuatkan mama selesa seperti kusyen kecil atau tasbih untuk berzikir.
Papa
Baju
Seluar
Pakaian dalam
Kamera
Berus gigi, ubat gigi, pencuci muka dan sabun mandi.
Selipar
Baju sejuk
Bayi
Bagi yang agak sibuk bekerja atau sibuk dengan pengurusan kehidupan harian, anda boleh beli keperluan bayi ini secara online sahaja. Nak lebih jimat, DPAMsekarang tengah buat promo ‘free shipping’. Gunakan kod promo DPAMFS untuk dapatkan pakaian kanak-kanak dengan harga istimewa di DPAM!
Lampin pakai buang
Baju
Topi, sarung tangan dan kaki
Barut
Kain bedung
Baby wipes
Tuala kecil
Tuala mandi
Bantal kepala
Minyak telon
Kapas
Baby carrier
Selimut
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kita merasakan kita sudah terlebih ramah dengan anak, rangsang setiap masa untuk anak bercakap. Namun rupanya teknik dan cara kita salah. Patutlah anak lambat bercakap.