Tanyalah pada mana-mana wanita bergelar mama pasti inginkan waktu me time ni untuk dirinya sendiri. Kalau suami ada masanya dia nak lepak dengan kawan-kawan, begitu juga dengan isteri. Mereka perlukan waktu untuk diri sendiri. Tak kisahnya dengan cara apa sekalipun, tetap perlukan masa. Tak gitu?
Cerita abang Muhammad Hassan yang berikan waktu untuk isterinya bershpping ni boleh juga dijadikan panduan untuk suami-suami lain di luar sana. Tak susahpun nak gembirakan hati isteri. Bagi dia sedikit masa, 30 minit pun jadi lah!
Seronok sebenarnya bagi masa untuk isteri shopping pakaian dia. Itulah ‘me time’ seorang isteri apabila masuk pasar raya, itulah masa untuk mereka hilangkan stress dan itulah salah satu cara suami gembirakan isteri yang sepanjang perkahwinan jiwanya untuk kita.
Saya cakap kat isteri; Pergilah pilih baju berapa lama masa yang awak nak, takpa saya jaga anak. Memang lama betullah, sampai saya dan anak pun cari ruang untuk rehat ?.
Rupanya sekeliling saya ramai para suami yang baik layan isteri, bagi masa untuk shopping sambil jaga anak. Sabar menunggu isteri memilih pakaian mereka. Yelah, bagi isteri terutama suri rumah, masa mereka lebih banyak berada dalam rumah. Dapur, bilik, ruang tamu itulah pejabat mereka 24 jam.
Saya terharu sangat tengok para suami layan sepenuhnya ‘me time’ seorang isteri. Ada tu dari jauh lambai-lambai isteri sambil buat flying kiss. Saya apa lagi, lambai jugalah kat isteri, ingat nak buat flying kiss juga, rupanya isteri balas dengan isyarat nak duit ??.
Habis bayar isteri ucap terima kasih sebab belanja. Saya cakap itu hak awak terhadap suami.
Sahabat. Buatlah apa cara sekali pun, asalkan pasangan dan keluarga kita bahagia. Bahagia ini mahal,lebih mahal dari dunia isinya.
Kredit: Muhammad Hassan