Sebagai ibu ayah kadangkala kita boleh jadi tak tahan dengan situasi orang komen pasal anak kita. Kalau anda selalu berhadapan dengan situasi tersebut buat tindakan YES, NO atau IGNORE.

Memang boleh jadi ‘hangin satu badan’ bila dengar orang komen dan komplen macam-macam tentang anak kita seolah-olah cara parenting kita salah dan hanya caranya sahaja yang betul.

Sebagai ibu ayah yang bijak, kita perlu hadapi situasi ini dengan tenang dan jangan cepat melenting. Boleh ikut cara yang dikongsi oleh Puan Eyza Faizah yang dia perolehi ilmu tersebut daripada seminar keibubapaan yang dihadiri.

TEKNIK HADAPI SITUASI ‘ORANG KATA’ DENGAN TENANG

Ibu ayah pasti pernah melalui situasi ‘orang kata’ sebegini :-

“Anak dah setahun belum pandai berjalan lagi ke? Anak akak dulu umur 7 bulan dah boleh jalan.”

“Sedap ke anak makan tak letak garam tu, tambah la garam sikit, baru sedap dia makan. “

“Kesiannya anak tak tahan pedas, anak akak umur 1 tahun dah boleh makan nasi lauk asam pedas tau.”

Fuh! Memang terasa sentap, dikecam dan terancam gitu kan?

Bila dengar je statement macam ni, mulalah rasa semacam membuak-buak dalam hati ni.

IKLAN

Bila ditanya atau dikecam dengan persoalan sebegini, nyatakan pendirian kita dengan tegas dan berhujahlah dengan penuh hemah.

Sesetengah orang, mereka tidak akan berpuas hati selagi mereka tidak dapat mengubah persepsi kita itu sama sepertinya.

Jika ianya tidak tamat di situ, malah isu itu semakin diperbesarkan, apa kita patut buat?

Tak Tahan Situasi Orang Komen Pasal Anak Kita, Buat Tindakan YES, NO Atau IGNORE
Kredit foto: Instagram Tya Adnan

TRY BUAT CARA INI

Dalam Seminar Ibu Hebat Anak Cemerlang oleh Dr. Siti Rohana (Fauzan N Siti) tempoh hari, dalam apa jua situasi yang kita hadapi, amalkan konsep YES, NO, IGNORE.

Jika kita bersetuju, dengan tegas katakan YES.

Jika tidak bersetuju, dengan tegas juga katakan NO.

Jika ia tiada kaitan dengan kita, just IGNORE – abaikan sahaja untuk elakkan unnecessary stress.

Apa kita perlu buat lepas ni jika konsep YES dan NO masih tidak berkesan?

Kita tidak boleh tutup mulut sesiapa pun, jadi kita cuma ada 2 pilihan.

IKLAN

Pertama, duduk di situ dan dengar semua yang orang kata, ATAU

Kedua, IGNORE, bangun dan berlalu pergi dari situ sebab kita tidak perlu dengar macam-macam lagi yang orang kata.

Selagi kaki dan badan kita tidak diikat di kerusi, beri sahaja apa-apa alasan dengan penuh adab untuk kita bergerak dari situ.

Kata kuncinya adalah MOVE.

Ya, bergerak adalah cara terbaik berbanding menyerah diri.

IKLAN
Tak Tahan Situasi Orang Komen Pasal Anak Kita, Buat Tindakan YES, NO Atau IGNORE
Kredit foto: Instagram Tya Adnan

Bergerak dari situ bukan bermaksud kita telah kalah atau mengalah atau menyerah kalah.

Ianya adalah teknik untuk kita menjadi ibu ayah yang lebih tenang menghadapi situasi sebegini.

Carilah alasan apa pun, nak ke tandas ke, nak tengok anak ke, nak jawab panggilan telefon ke atau apa-apa sahaja, yang penting kita bergerak daripada situ.

Selagi orang mengata dan kita masih duduk di situ tidak berganjak, selagi itulah ia tidak akan tamat malah menambahkan rasa sakit di hati.

Kita ada atau tiada di situ, mereka tetap akan mengata, walaupun telah jelas pendirian dan hujah kita.

Jadi, lebih baik kita tiada di situ, tidak perlu kita mendengar kecaman dan kata-kata mereka yang pasti menyakitkan hati.

Setiap individu adalah tidak sama. Maka, sentiasa bersedia kerana perbezaan pendapat sesama kita kadang kala akan dipertikaikan dan dikecam oleh sesetengah pihak.

Kentalkan hati, kebalkan diri.

Semoga kita menjadi ibu ayah yang teguh jati diri dan berani.

YES, NO, IGNORE

Sumber: Eyza Faizah

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI