Kematian tak mengenal usia. Tak semestinya orang yang sakit akan pergi dulu. Jika sampai masa kita, dalam keadaan sihat pun, Allah boleh ambil jika dah ditakdirkan-Nya.
Jadi jangan terperdaya dengan usia muda, kematian boleh datang pada bila-bila masa sahaja jika Tuhan berkehendak, tiada kuasa untuk kita menahannya.
Terkesan dengan kes kematian mengejut dua rakan selebriti iaitu Ashraf Sinclair dan Abam Bocey, telah membuka mata penyanyi dan pengacara Alif Satar untuk membuat persediaan awal demi masa depan keluarganya.
Dah buat wasiat awal-awal
Sedar akan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga masih panjang lagi, Alif Satar dikatakan telah membuat pelan perwarisan harta daripada sekarang, buat isteri dan anak-anaknya.
Tak tahu berapa lama kita hidup
Bagi Alif, dia telah membuat wasiat sejak daripada kelahiran anak pertamanya lagi, meskipun proses agak sulit namun ia sesuatu yang amat penting untuk dilakukan oleh ketua keluarga.
“Orang selalu cakap supaya buat simpanan, tetapi sepatutnya anda perlu buat wasiat. Saya sebenarnya tak berapa pandai buat benda ni, tapi ia tetap perlu dibuat…”
“Saya dah buat wasiat sejak lahir anak pertama. Kita tidak akan tahu berapa lama kita akan hidup…”
Hidup dan mati di tangan Tuhan. Justeru, tindakan Alif ini adalah sangat tepat kerana sementara masih hidup inilah kita perlu membuat persediaan awal demi memastikan masa depan keluarga kelak terjamin.
Sumber: mstar online
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI