‘Boundaries’ perlu diajarkan pada anak sejak kecil. Antara penyebab anak jadi liar dan susah dikawal adalah bila kita gunakan ‘Permissive Parenting’ dalam mendidik anak.
Permissive adalah bila kita:
- Terlalu ikut kemahuan anak
- Takut pada anak
- Tak ada langsung usaha untuk disiplinkan anak
Ada perkara yang kita perlu tegur, tetap perlu ditegur.
Tak tahu cara tegur anak dengan berkesan?
Beri Amaran Awal
Segerakan Hukuman
Nyatakan Tingkahlaku Anak Yang Kita Tak Suka Dengan Terperinci
Kredit: drredzazainol
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Sulung Jaga Bonding Adik Beradik. Baik Kita Ajar, Eloklah Mereka Sampai Besar
Anak sulung selalunya menggalas tanggungjawab yang besar. Ini kerana mereka merupakan anak yang pertama di dalam keluarga. Namun, ibu bapa kadang-kadang terlepas pandang pengorbanan anak sulung ini.
Jadi, ambil masa fikirkan apa yang mereka sudah lakukan untuk anda dan keluarga dan ucaplah sekurang-kurangnya ‘terima kasih’ atas bantuan dan pengorbanan mereka itu.
Begitu juga contoh pada adik-adik, anak sulung akan jadi ikutan pada adik dibawahnya tak kiralah buat apa sekalipun.
Seperti yang dikongsikan oleh Mohd Fhais yang suka boleh dijadikan panduan untuk membesarkan anak-anak.
Apa Rania (kakak) buat Aisy (adik) mesti nak tiru. Walaupun ada terdetik dalam hati takut aisy jadi pondan sebab pengaruh kakak tapi sebenarnya ini berita baik.
Aisy boleh belajar hormati kakak. Jika sekarang aisy boleh hormat kakak insyaallah bila dah besar nanti dia tahu hormat wanita.
Kakak role model pada adik !
Masa rania lahir dia memang tak ada pengaruh lain selain mak ayah. Jadi role model rania hanya ada mak dan ayah.
Tapi berbeza dengan aisy. Bukan sahaja mak dan ayah, malah rania juga jadi role model. Bahkan rania sebenarnya role model no-1 aisy.
Buktinya bila,
Adik lebih mudah dengar cakap kakak.
Adik lebih suka bermain dengan kakak.
Adik lebih cepat tiru apa kakak buat.
Adik lebih girang nampak kakak.
Semuanya lebih baik bila dengan kakak.
Tak tahu nak terangkan tapi mungkin kerana jarak umur yang dekat atau sama-sama masih ada otak kebudak budakan maka keserasian mereka lebih terserlah.
Jadi nak tak nak saya terpaksa didik aisy rizqi dengan cara mendidik annur rania.
Bila nampak aisy menendang rania saya ambil aisy dan pesan pada rania, tak boleh bagi aisy tendang rania.
Bila nampak aisy berebut mainan dengan rania saya akan ambil aisy dan pesan pada rania, tak boleh berebut kena main sama-sama.
Bila nampak aisy main mekap rania saya akan pesan pada rania, adik boy tak boleh main mekap.
Begitulah. Nak pesan pada aisy bukan dia faham jadi saya pesan pada rania.
Supaya rania sendiri boleh cakap pada adik dia pesan yang sama bila perkara yang sama berlaku lagi.
Didik kakak sebaiknya, maka adik pun akan terdidik sekali. Mudah mudahan.
Kadang kita lupa. Anak sulung sebenarnya ada pengaruh yang sangat besar pada adik-adik. Yang akan menjaga bonding adik beradik ialah anak sulung, bukan mak ayah.
Jadi kalau nak bonding anak-anak kita kuat dan tak berpecah didik la anak sulung supaya sayang kat adik adik dia.
Wallahu A’lam,
Sumber: Mohd Fhais
Siapa anak sulung dia mesti faham
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Letak Je Terus Anak Menangis, Bukan Mengada Tapi Ini Puncanya Anak Tak Mahu Duduk Dalam Carseat!
Sebaik meletakkan anak di dalam carseat, tangisan tanpa henti dari bayi pastinya buat mak ayah panik. Jangan putus asa hanya kerana tangisan dan jangan anggap bayi mengada-ngada. Ada sebabnya.
Memangku anak di riba ketika berada di dalam kereta sememangnya bukan satu tindakan yang bijak malah penggunaan car seat atau kerusi keselamatan bayi meminimumkan kecederaan dan menyelamatkan nyawa. Biarlah mereka menangis asalkan selamat. Nak tahu apa punca anak menangis?
Ia mungkin disebabkan oleh perkembangan yang sedang dilaluinya seperti mula bereksperimentasi dengan keadaan dan orang sekelilingnya.
Ibu ayah perlu faham yang peringkat sensori motor/ motor deria terjadi sejak lahir hingga si manja berumur 2 tahun. Dalam fasa ini, seorang bayi melalui perubahan tumbesaran yang mendadak.
Seorang bayi akan menggunakan kemahiran dan kebolehan mereka yang ada ketika lahir (melihat, mendengar, memegang dan merasa/menghisap) untuk belajar lebih tentang persekitarannya. Dengan kata lain, mereka belajar tentang dunia ini melalui deria dan pergerakan motor mereka.
6 PERINGKAT PERGERAKAN MOTOR SI MANJA
Terdapat enam sub-peringkat di dalam fasa ini:
- Refleks (0-1 bulan): Bayi belajar dan memahami melalui penglihatan, pendengaran, merasa, menghidu dan menghisap.
- Reaksi ulangan primer (1-4 bulan): Bayi mungkin pada mulanya terhisap jarinya sendiri tetapi kemudian mengulang perbuatan yang sama kerana dirasakan seronok.
- Reaksi ulangan sekunder (4-8 bulan): Bayi akan mula untuk mengulang sesuatu dengan sengaja untuk melihat reaksi pada persekitarannya. Contohnya membaling sesuatu objek untuk melihat reaksi anda.
6. Menyusun reaksi (8-12 bulan): Anak mula faham dan melakukan perbuatan dengan tujuan tertentu. Dia juga mula meniru dan memahami tentang sesuatu objek serta kesannya sebagai contoh permainannya akan berbunyi apabila digoyangkan.
7. Reaksi ulangan tertier (12-18 bulan): Ini adalah fasa cuba gagal (try & error) mereka untuk bereksperimentasi dengan persekitaran.
8. Perwakilan pemikiran awal (18-24 bulan): Anak mula mengaitkan simbol yang mewakili objek atau peristiwa di persekitarannya. Mereka mula memahami dunia dengan operasi pemikiran berbanding hanya bergantung pada perbuatan.
Ibu bapa harus peka dengan perkembangan kognitif seorang bayi yang meningkat secara drastik dalam peringkat ini. Kerap kali kami berhadapan aduan ibu bapa bahawa anak-anak mereka ketika berumur di bawah 2 tahun ini kerap menangis di dalam kerusi keselamatan kanak-kanak (child restraint system, CRS).
Jika kesemua keperluan fizikal & emosi anak (susu, lampin, keselesaan, tidak penat) telah dipenuhi, anda perlu faham pada fasa tertentu ketika ini, mereka mungkin sedang bereksperimentasi dengan anda!
Menarik: Comelnya Baby Bump, Gambar Intan Saleh Raih Perhatian, Ramai Ucap Tahniah!
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ibu Berehatlah Bila Penat. Jangan Paksa Diri, Andai Kita Sakit Semua Susah!
Sebagai seorang ibu, kita tak sanggup bila lihat anak sakit. Mesti akan doa biarlah kita yang sakit. Namun cara ini tak sepatutnya diucapkan.
Melalui perkongsian Dr Hjh Azuraida Shahadan, ibu-ibu sepatutnya minta diberi kekuatan sepanjang masa. Walaupun kita rasa tak mampu, tapi suami dan anak-anak memerlukan kita sebagai kekuatan mereka. Bayangkan jika kita sakit, apa nasib orang yang kita sayang.
Dulu, masa saya baru ada seorang anak, tiap kali anak demam atau sakit, saya susah hati. Sampai saya cakap kat mak saya, kalaulah sakit tu boleh berpindah, biarlah sakit anak tu pindah kat saya.
Tapi mak saya cakap, “Biar anak yang sakit, jangan mak yang sakit”. Masa tu saya rasa tak patut seorang mak cakap macam tu.
Tapi lama kelamaan, bila anak pun dah bertambah, saya baru faham apa yang mak saya cuba sampaikan.
Andai semua ahli keluarga sakit sekalipun, seorang mak boleh jaga semuanya. Tapi bila mak seorang yang sakit, semua isi keluarga jadi tak tentu arah. Sesungguhnya benar sekali.
Mak saya juga cakap, kalau makanan dah siap, ada masa makanlah dulu. Jangan risaukan anak belum makan. Sebab mak yang kena bertenaga. Jangan tunggu masa sesuai untuk makan, sebab seorang mak tiada masa sesuai. Kerana mak tiada me time.
Kalau ada duit, rasa nak makan makanan mahal sikit tapi tak mampu nak beli untuk semua isi keluarga, belilah & makan sendiri. Contohnya, teringin sangat nak makan aiskrim Conneto (dulu aiskrim ni kira mahallah). Belilah & makan sendiri. Jangan rasa bersalah. Sebab anak akan membesar, In Shaa Allah mereka akan ada masa utnuk menikmatinya lebih dari kita. Doakan rezeki anak-anak dimudahkan.
Sebagai mak, tak kiralah bekerja atau tak, kita tetap seorang mak. Kita tetap lalui perkara yang sama, tugas yang sama, rutin yang sama. Carilah me time sendiri. Tak perlu untuk jadi sempurna untuk segalanya. Kita manusia, ada kelemahan. Berehatlah bila penat, jangan paksa diri. Minta bantuan jika perlu, walaupun adakala bantuan yang diminta tiada yang peduli. Andai sukar didik suami, didiklah anak untuk membantu.
Moga mak-mak diluar sana sihat selalu, sentiasa dilindungi Allah SWT & diberi pahala berlipat ganda di atas pangkat sebagai MAK.
Kredit: IG Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI