Tak Tahu Di Mana Silap, Tiba-Tiba Je Menangis. Itu Tanda Isteri Dah Letih Tak Tertanggung

Share

Dalam perkahwinan, amat penting untuk setiap pasangan memahami antara satu sama lain. Banyak yang akan kita belajar tentang si dia setiap hari. Harus matang dan sentiasa bersedia dengan sebarang perubahan yang mungkin berlaku.

Artikel Menarik: [Tak Kisah Orang Nak Kutuk Tapi Kalau Suami Yang ‘Main Cakap’, Memang Isteri Sentap]

Semua itu pasti akan berubah sedikit demi sedikit mengikut peredaran masa, terutama jika kita sudah tidak berdua lagi. Masa yang dahulunya diberi sepenuhuhnya buat suami atau isteri kini sudah harus dibahagikan dengan anak-anak pula.

Isteri sentiasa diminta untuk menjadi seorang isteri yang taat pada suami dan menyediakan segala kelengkapan suaminya, namun apa sebenarnya apa tugas suami selain menyediakan kemudahan buat si isteri? Sebenarnya tiada lain yang isteri minta, cuma mahukan telinga dan bahu untuk tumpang bersandar sahaja. Biar betul?

Ketika awal perkahwinan, mungkin isteri boleh habiskan masa untuk bereksperimen macam-macam. Yalah, masak itu ini. Rumah pun dikemas bertukar-tukar. Sekejap sofa sebelahkanan, nanti dialih pula sebelah televisyen. Ikut mood.

Artikel Menarik: [“Kenapa Aku Buat Semua Kerja Rumah? Sebab Aku Ada Anak Lelaki”. Ayah Cerminan Anak]

Waktu itu banyak masa sebab hidup masih berdua. Awal perkahwinan, suami pun senyum saja sebab bila pulang ke rumah sudah terhidang makanan enak-enak. Sarung kusyen pun sentiasa bertukar. Kadang-kadang ke pejabat pun boleh bawa bekal, sebab isteri rajin sangat masak!

Bila datang rezeki isteri hamil dan melahirkan anak mungkin kurang sedikit perhatian yang diberikan kepada suami. Kalau dahulu mungkin boleh ada tiga atau empat lauk, sekarang isteri hanya mampu masak dua jenis sahaja. Itu pun yang paling mudah.

Artikel Menarik: [Tak Dapat 5 Waktu, Cari Masa Untuk Maghrib & Isyak. Solat Bersama, Kuatkan Rasa Cinta Suami Isteri]

Mungkin juga dulu sempat isteri nak tanyakan hari di pejabat bagaimana sambil mengurut bahu si suami, kini sudah tak sempat. Pun begitu, suami jangan salah faham. Isteri sebenarnya tak cukup masa bukan sebab meminggirkan anda.

Ketika ini sudah mula berlaku, janganlah disalahkan isteri. Suamilah yang perlu berbuat sesuatu. Dah tiba masanya pinjamkan telinga dan bahu anda. Tanpa sedar, sebenarnya isteri ni letih sangat. Cuma tak sempat nak diluahkan.

SUAMI YANG PEKA DENGAN KEADAAN ISTERI DAH TENTU AKAN PERASAN ISTERINYA BERUBAH. WAKTU INI, KALAU ANDA ‘CUIT’ SIKIT EMOSINYA,  MENANGIS. ANDA CUBALAH TANYAKAN PADANYA JIKA ADA APA-APA YANG BOLEH ANDA BANTU. ATAU ANDA PULA TAKE OVER, URUTKAN BADANNYA. SEBENARNYA WAKTU ITU, ANDA AKAN MENDENGAR SETIAP LUAHAN PERASAANYA.

Jangan marah, sebaliknya pinjam bahu anda untuk isteri bersandar dan merasakan sedikit perhatian dari anda. Percayalah, esok dia pasti akan senyum sampai ke telinga. Kalau anda dah buat begitu, dan esoknya dia masak special sikit, maksudnya ada berjaya menjadi suami yang prihatin dengan keadaan isteri.

ISTERI TAK PERLUKAN WANG RINGGIT YANG BANYAK (KALAU ADA, BONUS!) ATAU DIBELIKAN HADIAH-HADIAH MEWAH, CUKUPLAH SEKADAR ANDA TANYAKAN KEADAANNNYA ATAU BANTU DIA SEDIKIT SEBANYAK DALAM MELAKUKAN KERJA RUMAH.

Isteri inginkan suami yang ‘celik’, ‘tidak pekak’ dan mampu menjadi orang yang menghapuskan air matanya. Sebenarnya, ucapan TERIMA KASIH sudah cukup untuk buat isteri merasa bahagia. Ambillah hati isteri dengan kata-kata manis yang membahagiakannya.Itu sahaja yang isteri mahukan, PINJAMKAN TELINGA DAN BAHU SUAMI pada mereka.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Emy H