Kadangkala anak kita melakukan beberapa perkara yang tidak kita fahami, terutama sekali kalau anak tu belum pandai bercakap lagi. Apakah yang perlu kita lakukan? Apakah yang sebenarnya mereka mahukan?

Tak Tahu Nak Apa Buatkan Mak Ayah Hilang Sabar. 6 Rahsia Perangai Anak Kena Faham Betul-Betul

Kenali masalah anak anda:

Dia enggan merenung mata anda. – “saya malu…”

Apabila anak anda mengelak dari memandang mata anda, ini bermakna dia taknak lagi menjadi perhatian orang ramai. Contohnya dia tahu yang anda marah bila dia taknak makan sayur dan campak sayur dari pinggannya. Menurut pakar, apabila anak kecil taknak tengok mata anda, dia sedar yang perilakunya mungkin akan mengecewakan anda

Tindakan anda:

Jelaskan dengan ringkas dan bahasa yang mudah difahami tentang kesalahannya itu.

Dia mengambil kesemua anak patung lembutnya masuk tidur. – “saya takut…”

Bila anak anda tiba-tiba membawa masuk banyak anak patung ke dalam biliknya, dia mungkin sudah capai umur dimana imaginasi mula mengambil tempat. Dia mula mendapat mimpi ngeri dan bertindak untuk memeluk dan membawa patung kegemarannya sentiasa kerana dia mahu berasa selamat jika berjalan di dalam rumah pada waktu malam

Tindakan anda:

Anda boleh menanyakannya sekiranya dia memerlukan teman untuk tidur malam. Anda juga boleh menenangkannya dengan menceritakan tentang kewujudan Allah yang sentiasa menemani mereka dimana sahaja mereka berada. Cara ni memang terbaik sebab Zuyyin memang tak takut gelap atau bersendiri di tempat gelap.

IKLAN

Dia mengangkat bajunya sehingga menutup kepalanya atau menghisap jari. – “saya cemas…”

Kalau kita pergi ke majlis yang tak kenal sesiapa, kita mesti berasa tak selesa. Begitu juga dengan anak kita. Sekiranya dia berada dalam sebuah bilik yang penuh dengan orang, dia tidak tahu cara untuk menyesuaikan diri lalu akan menyembunyikan kepalanya dalam baju. Sesetengah kanak-kanak akan menggigit baju, ada juga yang menghisap jari atau menutup muka

Tindakan anda:

Dengan perlahan turunkan bajunya. Pegang atau pimpinlah anak untuk memberikannya kepastian bahawa tempat itu selamat. Berikannya masa untuk menyesuaikan dirinya

Tak Tahu Nak Apa Buatkan Mak Ayah Hilang Sabar. 6 Rahsia Perangai Anak Kena Faham Betul-Betul

Dia bersembunyi dibelakang perabot apabila dia sedang membuang air besar di dalam lampinnya. – “saya perlukan privasi..”

IKLAN

Bila anak semakin membesar, dia akan secara semulajadi membina rasa malu dan perlukan privasi. Perkara ini adalah sesuatu yang positif untuk memulakan potty trainnya

Tindakan anda:

Galakkan anak anda mencari privasi, namun tunjukkannya arah ke bilik air. Perkara ini sememangnya sangat baik kerana anda dapat mendidik anak untuk ke tandas yang betul. Tapi jangan pula berikan anak anda tekanan untuk dia duduk di mangkuk tandas

Dia menjadi sangat kebudak-budakan, memukul, mematahkan alat permainan atau membaling makanan. – “saya tidak suka…

Adakah anda terkejut bila tengok anak anda meradang? Jangan panic! Ini bukan bermakna yang personality anak anda bertukar serta merta. Perangai ini sebenarnya adalah sebagai reaksinya terhadap situasi tersebut. Sebenarnya anak anda ingin memberitahu “saya penat” atau “saya bosan” ataupun “saya mahukan perhatian”

Tindakan anda:

IKLAN

Cuba kenalpasti apa yang sebenarnya dirasakan pada waktu itu. Jika anak kita berasa bosan, cubalah untuk bermain bersamanya. Jangan kita biarkan dia main berseorangan. Atau boleh juga bawa anak anda berjalan di taman atau kawasan sekeliling rumah untuk menukar persekitarannya. Adalah sangat penting untuk anda mengajarnya cara terbaik untuk meluahkan perasaan.

Anda juga boleh cuba meletakkan anak anda si satu ruang untuknya bersendirian dan bagitau dengan jelas yang anda tidak akan bekerjasama jika dia membaling barang dan permainan lagi.

Anda juga boleh mencipta beberapa aktiviti menyeronokkan untuk anda berdua lakukan bersama-sama

Dia menjerit, “Tidak! Saya nak ibu!” apabila kanak-kanak lain mendekatinya. – “Berikan saya perhatian..”

Perilaku yang selalu ingin berkepit, taknak berenggang ni mungkin menjadi tanda yang anak kita merasakan tidak dapat perhatian sepenuhnya dari anda, terutama sekali apabila anda bekerja sepanjang masa ataupun baru mendapat baby lagi.

Tindakan anda:

Peluk anak anda dan bagitau yang anda sayang sangat dengannya. Anda juga boleh ambil kesempatan ini untuk mengajarnya erti perkongsian.

Walau apa sekalipun yang anak anda lakukan, dan anda tidak sukakannya. Jangan sesekali memarahi mereka. Mereka tidak faham, jadi kita sebagai ibu bapalah yang perlu memberikan penjelasan dengan cara yang mudah difahami.

PELUK, PELUK dan PELUK mereka selalu. Anda akan dapat lihat yang anak anda akan menjadi seorang yang positif apabila anda sering memeluk dan menyatakan yang anda sayangkannya.

Sumber: ibuzarith

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI