“Tak Tahu Nak Marah Ke Nak Senyum..” Ibu Reda Anak ‘Mandi’ Lebih 100 Biji Telur

Share

Tarik nafas panjang! Tak tahu nak marah ke nak senyum. Itulah yang berlaku kepada  seorang kanak-kanak perempuan yang ‘bermandikan’ lebih seratus biji telur ayam.

Perkongsian video melalui akaun TikTok @rais_murtabak_kadok yang dipercayai ibu kepada kanak-kanak itu menyaksikan aksi riang anaknya memecahkan lebih seratus biji telur yang akan digunakan bagi membuat murtabak untuk dijual.

Bagaimanapun, dalam video tersebut seolah-olah si ibu reda apabila meninggalkan kaspyen ‘anak oh anak, sabar sahajalah, telur sudah menjadi bubur’.

@rais_murtabak_kadok anak oh anak…sabar jela…telur dah jadi bubur#CapCut #usahawanmuda #abgmurtabakkadok #fyp ♬ bunyi asal – Rais_Murtabak_Kadok

Sejurus video itu tular, orang ramai meninggalkan pelbagai reaksi termasuklah memahami perasaan ibu bapa tersebut apatah lagi telur begitu sukar untuk diperoleh ketika ini dipercayai akibat kekurangan stok.

“Ya Allah anak, bukan mudah nak dapat telur sekarang, menangislah ibu awak, sabarlah kakak. Budak cerdik memang banyak telatahnya,” komen seorang pengguna TikTok.

“Allahuakbar, kena sabar paling tinggi buat ibu bapa dia. Telur susah dapat, tetapi awak boleh mandi telur ye? Tinggal masuk dalam kuali sahaja, comel sungguh telatah budak-budak,” komen seorang lagi pengguna TikTok.

“Telur ibarat barangan penting dah sekarang adik. Lebih seratus biji telur awak pecahkan dan mandi. Bertuah sungguh budak kecil ini,” usik pengguna TikTok itu.

Sementara itu, orang ramai lebih memikirkan bagaimana cara hendak membersihkan telur-telur yang telah dipecahkan kerana pastinya akan meninggalkan bau hanyir.

“Kalau aku menangis bukan sebab susah dapat atau harga telur, tetapi sebab kena bersihkan, itu yang tidak sanggup dengan bau hanyir lagi, nasib bukan anak aku, anak duhai anak,” tulis pengguna TikTok itu.

“Anak-anak terjatuhkan telur dalam peti ais pun berhari juga nak hilang hanyir 1 rumah. Ni kan banyak gini. MasyaAllah sabarkan hatiku 😂,” komen pengguna lain.

“Telur memang susah hendak dibersihkan, sudah bersih pun akan ada lagi bau hanyir dia. Memang boleh menangis masa hendak bersihkan ini,” kongsi pengguna yang lainnya.

Setakat ini, perkongsian video yang tular itu telah meraih lebih 550,000 tontonan, 21,500 tanda suka dengan 3000 lebih perkongsian dan dihujani dengan pelbagai komen daripada orang ramai.

Kredit: Tiktok @rais_murtabak_kadok

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

Published by
Wan Amy