Tak salah pun kita hargai apa yang isteri lakukan. Biarlah benda itu nampak biasa tapi ringankan mulut untuk berterima kasih. Isteri bila dia dapat ucapan itu rasa bertuah sangat sebabnya penat lelahnya dihargai.
Perkongsian dari Mohd Fhais yang banyak berkongsi ilmu keibubapaan ini boleh dijadikan panduan bersama.
Kadang tu bila isteri tak buat kerja kita cepat nak sound tapi bila isteri dah buat kita tak ucap TERIMA KASIH!
Peringatan untuk diri sendiri!
Semalam masa duk baring sekali dengan aisy rizqi ni masa dia menyusu. Tergerak nak tengok kuku dia. Dalam hati memang terdetik dah,
“Ni kalau bukan saya yang potong kuku budak ni memang panjang la jawabnya”
Allahu. Terperanjat bila tengok kuku aisy dah pendek dan cantik. Padahal baru 2 hari lepas saya tengok kuku dia panjang.
Entah bila isteri potong kuku aisy pun saya tak tahu. Baru ni cuti raya jadi mana isteri pergi saya ada.
Rupa-rupanya bila tanya pada isteri dia buang kuku aisy masa saya tidur. Masa semua orang dah tidur.
Bukan potong kuku aisy je, dia sempat basuh baju, lipat baju, kemas baju balik dari bercuti.
Saya tanya kenapa tak tidur je, padahal tengah penat masa tu.
Ini jawapan dia,
“Esok takut tak sempat buat sebab banyak kerja lain nak buat”
Begitu dasyat sekali komitmen seorang isteri. Sebelum tiba hari esok lagi dia dah susun jadual kerjanya.
Kerja berderet-deret yang kita pun tak sedar akan kewujudannya, isteri kita buat.
Kita yang baru buat satu kerja, potong kuku anak pun kita dah riak macam semua benda nak harapkan kita seorang.
Kita ni bila nampak pinggan kotor penuh dalam sinki cepat je kita nak sound isteri, baju kotor penuh bakul pun kita sound tapi apa yang kita tak tahu ialah,
1 kerja yang kita nampak tak siap tu sebenarnya ada 10 kerja yang kita tak nampak tapi dah siap.
Tak percaya? Cuba la tanya isteri korang. Kadang ada lebih dari 10 kerja diorang dah siapkan.
Rumah tak akan bersih sendiri kalau tak ada orang yang kemas.
Pinggan mangkuk tak akan tersusun rapi di rak kalau tak ada orang yang susun.
Baju kotor kita pakai setiap hari tak akan terbasuh kalau tak ada orang kutip dan basuh setiap hari.
Jadi wajar la kalau sekali kita nampak 1 kerja rumah tak siap, kita kena bagi 10 ucapan terima kasih untuk kerja kerja yang kita tak nampak tapi dah siap.
Kerja-kerja semua tu siap bukan guna magik tapi ia hasil sentuhan magik tangan isteri kita. Hargai la ye!
Sumber: Mohd Fhais
Tak tolong pun tak mengapa asalkan tahu menghargai, itu dah cukup bahagia buat isteri.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI