Donat sudah semestinya menjadi kesukaan anak-anak kita. Sebut sahaja donat, anak berebut-rebut suka. Malah tak sabar-sabar hendak menikmatinya.
Di musim PKP ini, apa kata anda sediakan kuih donat ini untuk stok anak-anak di rumah. Jom cuba donat kampung yang senang ini. Ada rahsia donat jadi bulat cantik, seperti yang dikongsikan oleh Pn Khairunnisa Mohammad.
Donat untuk minum petang. Tunggu anak-anak bangun satgi. Mesti syok dorang tengok donat. Resepi kampung je.
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar yis
3/4 cawan susu segar suam
2 sudu besar gula
1 sudu besar marjerin
1 sudu kecil baking powder
Satukan dulu yis, gula dan susu segar dalam gelas. Kacau rata. Pastu satukan tepung gandum dan baking powder dalam bekas.
Tuang sebatian yis dan susu tadi. Takyah tunggu yis kembang. Kacau rata. Uli. Sis uli gitu-gitu je.
Bila dah rata sikit, boh marjerin. Uli lagi sampai licin sikit dohnya. Pastu perap sejam.
Dah perap, tumbuk doh. Bahagikan kepada beberapa bahagian. Sis timbang 50g sebiji. Pastu bulat-bulatkan, tepek kat tapak tangan, lubangkan di tengah-tengah dengan jari.
Yang ade acuan donat, boleh pakai acuan. Sis takde sebab dah biasa bentukkan pakai tangan. Pastu perap lagi dalam 30/40 minit. Goreng dengan api perlahan. Siap.
Nota kaki: Nak gebu kena uli ye. Takdelah beria sangat. At least uli la dalam 8/10 minit gitu. Kalo tak uli, kami tak janji donat lembut.
Dan adunan ni, kalo timbang 50g sebiji, dapat 10 biji.
Siap!
Nak relaks, jom cuci mata di SINI.
Menarik: Resipi Nasi Daging Kurma Adabi, Menu Jimat Masa, Tumis Dan Biar Sampai Masak Je
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Just daftar je kat SINI. FREE je tau Webinar ni!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)