Bukan semua daripada kita yakin untuk mencuba beraneka jenis kuih muih. Ada juga yang sudah mencuba tetapi hasilnya tidak menjadi, sudahnya mula rasa tidak yakin untuk mencuba semula. Donat antara kuih yang sering membuatkan kita tidak yakin untuk mencuba kerana melibatkan bancuhan yis dan inilah yang membuatkan kita merasa sukar.
Sebenarnya hendak menghasilkan donat lembut dan gebu untuk anak-anak tidaklah sesukar mana. Bagi yang tidak yakin untuk mencuba, donat lembut gebu yang dikongsikan oleh Zara Azmira ini boleh dicuba. Langkah yang dikongsikannya nampak mudah. Jadi jangan takut untuk mencuba. Jom cuba!
Resipi wajib cuba: Resipi Biskut Pasir Rasa Lemak Cair Dalam Mulut Serius Sedap!
Donut Lembut PKP
* 1 bungkus yis mauripan
* 2 sd besar susu pekat
* 2 sd besar gula
* 200ml air suam
* 1/2 kg tepung gandum
* 1 sudu kecil garam
* 2 sd besar margarin
* 1 biji telur -dipukul sikit
Tepung tu jangan tuang semua, letak sikit-sikit, uli sampai tak lekat di tangan.
Lepas tu canai, tekan acuan donut, rehatkan sekejap nampak dah naik, baru goreng.
Resipi wajib cuba: Layan Moreh Dengan Creme Brulee Ala Kayangan Senang Sangat Nak Buat Ni!