Lana Nordin, Pelakon telah memilih untuk mendirikan rumah tangga bersama dengan jejaka berdarah Amerika Syarikat, Mohd Daud McKienzie (David McKienzie) pada 15 Mei 2015. Mereka kini dilihat semakin bahagia dengan kehadiran dua cahaya mata, Gia Quinn McKienzie (3 tahun), William McKienzie (2 bulan).
Lana telah memuat naik video anaknya, Gia Quinn bertutur dalam bahasa Melayu di instagramnya. Aksi comel Gia Quinn mencuit hati netizen dan ramai yang terhibur dengan gelagatnya.
View this post on InstagramA post shared by Lana Nodin❤️David Mckienzie (@lananodinmckienzie) on
Bertutur dalam bahasa Inggeris sebagai bahasa utama keluarga, Lana Nordin dipuji peminat dan netizen kerana masih lagi menggunakan bahasa ibunda dan mempraktikkan di rumah bersama anak-anak. Gia yang semakin membesar kelihatan semakin aktif dan bertambah comel dengan telatahnya yang mencuit hati.
Kemain pelat lagi Gia
Ni King Coco tak apa, dah sah a lot of mix
HAHAHAHA TEENAKK
Such Adorable Gia, comel la dia ni cakap Melayu
Sumber: Lana Nordin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Elak Ikut Trend Pasang Bunyi ‘Pontianak Mengilai’ & Takutkan Anak, Kesan Pada Emosi Anak Akan Kekal!
Viral di TikTok content menakutkan anak dengan cara bukak bunyi “Pontianak Mengilai” dan kemudiannya lari dan menahan pintu, meninggalkan anak-anak dalam bilik sendirian. Seolah menjadi trend dan ‘mesti’ diikut oleh sesetengah ibu bapa.
Sebenarnya cara ini boleh menyebabkan anak-anak kecil trauma dengan keadaan seperti ini. Turut memberikan pandangan, Encik Anuar Zamil yang menjelaskan tentang kesan terhadap emosi anak jika sering ditakut-takutkan. Ikuti perkongsian ini.
JANGAN TAKUTKAN ANAK MACAM NI
Abam bukan lah professional yang tahu handle anak. Bukan juga yang terpaling power dalam menjaga anak dan terpaling parenting, tetapi trend ni sangat BODOH bagi abam sebab sengaja menakutkan anak-anak demi sebuah content.
Pernah teringat, abam pernah terbaca keburukan menakut-nakutkan anak ni sebab banyak sangat mudarat. Trend ni pulak bukan sekadar MENAKUTKAN namun juga MEMALUKAN. Yelah dah satu dunia lihat kan.
Kan whatever uploaded on Internet, will stay forever.
Allahuakbar.
Sebagai parents, kita adalah idola anak-anak. Bukan sekadar itu, kita juga adalah pelindung bagi anak-anak. Mereka akan mula hilang keyakinan diri bila selalu sangat menakutkan mereka dengan cara macamni.
MINDA ANAK NI IBARAT HIGHWAY
Kita yang menentukan jalan mana yang kita nak bawak. Kalau kita terapkan sangat ketakutan, itu saja lah yang dia akan nampak. Dan jangan lupa, highway tu mula akan bercabang-cabang. Walaupon kita hanya takutkan pasal hantu, tapi ketakutan dia boleh pergi ke tempat lain contoh:
- Takut Gelap
- Takut nak bergerak sorang diri
- Takut nak tinggal kat rumah sorang
- Takut perempuan rambut panjang
Macam-macam lagilah.
Dan kalau korang nak tau, benda macamni juga boleh membuatkan mereka trauma sepanjang hidup. Which akan menganggu proses tumbesaran diorang. Ia takkan hilang begitu sahaja. Memori ketakutan tersebut akan terbawa sampai ke anak besar.
Dan ia akan menjadi punca mudahnya anak-anak trigger fobia dan anxiery apabila dewasa. Kesan yang sama juga berlaku bila kita biasakan anak tengok cerita seram dan ganas.
KITA RASA KELAKAR, TAPI IANYA MENINGGALKAN LUKA YANG PANJANG
Ubahlah cara bergurau. Jangan hanya demi content dan view semata-mata kita sanggup lukakan mereka dan serta merta memalukan diorang. Kita adalah contoh terbaik bagi mereka. Anak-anak adalah amanah Allah yang sangat berharga.
“AKU GURAU JE. APASAL NAK SERIUS SANGAT. AKU DENGAN CARA AKU.”
Abam mohon maaf segala kertelanjuran kata-kata. Feel free to disagree. Betul cara bergurau masing-masing berbeza. But I still stand on my view yang CONTENT NI CONTENT BODOH yang abam rasa kita perlu hentikan.
Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.
Maaf sekali lagi atas kekasaran bahasa.
#abamnuar
Kredit: Anuar Zamil
Artikel: Bagus Untuk Anak! Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik
Jom belajar rahsia ajar anak simpan sampai jadi jutawan di SINI
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tergamak Tinggalkan Jasad Bayi Untuk Hadiri Jemputan Majlis, 5 Hari ‘Membusuk’ Di Rumah
Menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menjaga anak sepenuh hati. Malah sebagai ibu bapa kita tak tergamak untuk melihat anak dalam kesakitan di depan mata. Namun lain pula ceritanya yang berlaku baru-baru ini.
Menurut Tribunnews, mayat bayi lelaki itu dibiarkan membusuk di sebuah rumah di Wonocolo, Surabaya manakala si ibu ditetapkan sebagai suspek utama.
Lebih menyedihkan, selepas bayi itu tidak lagi bernyawa, si ibu dan bapa tergamak meninggalkan jasad bayi itu begitu sahaja untuk menghadiri sebuah acara di Jogjakarta.
Pesuruhjaya Polis Surabaya, Roycke Hendrik Fransisco mendedahkan suspek yang berusia 26 tahun disyaki melakukan keganasan terhadap mangsa.
Sejumlah kesan lebam pada beberapa bahagian badan mangsa bermula dari belakang kepala ke belakang menimbulkan keraguan.
Penemuan ini dikukuhkan lagi dengan keputusan bedah siasat.
Hasil bedah siasat telah dipadankan dengan hasil siasatan polis mendapati mangsa meninggal dunia sejak Selasa lalu.
Ia bermakna mangsa meninggal dunia lima hari sebelum kematiannya dilaporkan oleh ibu suspek (nenek mangsa) iaitu pada malam Sabtu.
Roycke berkata, suspek mencampakkan mayat kecil mangsa ke belakang dari tepi ke tengah tilam di tingkat dua rumahnya.
Perlakuan kasar itu difahamkan berlaku sebanyak dua kali. Merasakan bayi itu masih tidak diam, suspek dikatakan memusingkannya supaya meniarap dan kemudian memukul bahagian belakang menggunakan tapak tangan.
Berkenaan status perkahwinan suspek, Roycke mendedahkan bahawa suspek telah berkahwin dengan suaminya dengan lima tahun lalu.
Dalam tempoh itu, pasangan berkenaan telah dikurniakan dua orang cahaya mata. Walau bagaimanapun, status perkahwinan antara pasangan itu adalah dirahsiakan.
Malah bapa mangsa tidak mengetahui tindakan keganasan yang dilakukan suspek terhadap anak mereka.
“Kes ini boleh membawa kepada hukuman penjara 15 hingga 20 tahun,” katanya.
NENEK BERMALAM DENGAN MAYAT BAYI
Lebih memilukan, lapor Tribunnews, nenek bayi berkenaan pasrah untuk tidur bersama jasad bayi berkenaan selama lima hari kerana bimbang dibunuh anaknya.
Nenek mangsa diugut bunuh oleh anaknya sendiri sebelum suspek ke Jogjakarta.
Namun selepas beberapa hari, jasad si cucu semakin membusuk dan bertukar kehitaman. Malah haiwan parasit juga mula hadir menyebabkan warga emas itu nekad melaporkan kepada polis pada hari kelima.
Kredit: Tribunnews
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ibu Ayah Leka Berselfie, Bayi 10 Bulan Maut Di Eskalator Akibat Terlepas Dari Dukungan Ibu!
Seorang bayi perempuan berusia 10 bulan maut terjatuh dari eskalator ketika ibu ayahnya sibuk berselfie.
Bayi malang tersebut terlepas daripada dukungan ibunya dalam satu kejadian yang berlaku di pusat membeli belah di India.
Dalam rakaman kamera pengawasan litar tertutup menunjukkan pasangan tersebut mengambil gambar selfie di luar kedai berhampiran dengan eskalator.
Mereka kemudian beredar sebelum kembali ke eskalator untuk ke kedai seterusnya.
Ketika itu, wanita tersebut dilihat mendukung anaknya dengan menggunakan sebelah tangan sebelum bayi malang tersebut terlepas dari dukungan lalu tercampak ke luar eskalator.
Mereka kelihatan cemas dan orang ramai bergegas menghulurkan bantuan.
Menurut peniaga yang menyaksikan insiden tersebut, suami wanita tersebut mengajak isterinya untuk berswafoto ketika berada di eskalator, mengakibatkan wanita tersebut hilang keseimbangan dan tanpa sengaja terjatuhkan anaknya.
Rakaman menunjukkan pada awalnya bayi tersebut terhantuk pada palam besi sebelum terjatuh di antara ruang tepi eskalator hingga ke tepi lantai di pusat beli belah di Ganganagar, Rajasthan.
Para peniaga yang panik segera berusaha membantu menyelamatkan, bagaimanapun bayi tersebut mati di tempat kejadian sebaik jatuh di lantai.
Bayi kemudiannya dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia.
Pihak polis yang datang ke lokasi kejadian sedang menjalankan siasatan.
“Ia jelas satu kemalangan,” menurut jurucakap.
‘Keluarga bayi malang ini menolak untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang kerana ia jelas satu kejadian kemalangan.’
Pasangan itu dikatakan baru sahaja selesai menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik berhampiran sebelum mengambil keputusan untuk bersiar-siar di dalam pasar raya tersebut.
Sebelum ini dalam satu kejadian hampir sama beberapa hari lalu, seorang bayi juga maut terjatuh dari tingkat dua selepas terlepas dari dukungan ibunya di Mumbai.
Semoga kejadian ini dijadikan pengajaran kepada semua ibu ayah yang ada anak kecil. Sentiasa utamakan keselamatan mereka. Jangan berselfie di eskalator!
Sumber: dailymail
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI