Taktik Elak Mandi, Tidur Sambil Senyum. Gelagat Bayi Ni Cuit Hati Warganet!

Share

Ada sesetengah bayi suka main air. Kalau diajak mandi, punyalah teruja dan seronok. Tidak kurang juga dengan anak yang tak gemar mandi. Ada saja cara untuk mengelak. Kalau anak dah besar, banyak alasan yang diberi.

Artikel Menarik: [Comel Macam Anak ‘Mat Saleh’, Ibu Ini Bersyukur 2 Puteri Hidap Albino Membesar Sihat]

 

Lucunya bila bayi yang masih kecil mengelak untuk dimandikan. Kebanyakan bayi pasti menangis bila terkena air, tetapi berbeza dengan si comel ini. Dari perkongsian video melalui akaun Tiktok azleeya94, seorang bayi perempuan dilihat sedang tidur.

Artikel Menarik: [“Demi Anak Pertama, 6 Tahun Tunggu.” Bakal Ibu Ni Tak Kisah Kulit Muka Naik Jerawat Teruk]

“Ini budak dobok dulu banyak akal. Nak mandi je pura-pura tido 🤣🤣 haihh cepat bethol besor!”.

Apabila diajak mandi oleh ibunya, dia hanya memejamkan mata dan sempat tersenyum. Ibunya pula sudah tahu hal itu hanyalah sekadar taktik untuk mengelak mandi.

“Adik, adik. Bangun dik, mandi-mandi. Cepat bangun, mandi. Dah 6.40 ni, bangun mandi.”

Dapat dilihat si comel itu pejamkan mata dan senyum.

“Adik, buka mata. Mandi-mandi. Mama suruh tidur tadi adik tak moh tidur.”

Tonton video ini;

@azleeya94 atilla syamina ❤️ #fyp #foryou #foryoupage ♬ Funny Song – Cavendish Music

Antara komen yang ada;

Artikel Menarik: [3 Kali Pujuk Tak Layan, Sekali Abie ‘Ayat’ Terus Okay. Gelagat Adik Ni Buat Ramai Terhibur!]

Biarpun video tersebut dirakam ketika usia bayi ini lebih kurang 4 bulan dan kini dia sudah pun berumur setahun lebih, ia tetap membuatkan ramai yang terhibur. Memang comel ya cara awak mengelak mandi!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Anak dah boleh merangkak laju? Ayuh mama papa yang ada baby comel-comel tu, inilah masanya untuk sertai Baby Merangkak Race!. Daftar sekarang di link ini: https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-sspnxpama-baby-merangkak-race/

Published by
Emy H