Menyimpan duit kini semakin mudah dengan adanya pelbagai platform digital yang menawarkan pelbagai cara untuk menyimpan wang. Dari aplikasi e-wallet hingga ke akaun simpanan dalam talian, semuanya boleh diakses dengan hanya menggunakan telefon pintar.
Yang penting, kita perlu berdisiplin dan mempunyai kesedaran tentang betapa pentingnya merancang kewangan. Cabaran terbesar untuk membuat simpanan adalah tabiat berbelanja secara boros dalam kalangan masyarakat. Ramai yang lebih cenderung untuk mengutamakan kehendak daripada keperluan, sehingga menyebabkan simpanan menjadi perkara terakhir yang difikirkan.
Kenapa Susah Nak Buat Simpanan?
Tidak dapat dinafikan, salah satu sebab utama mengapa simpanan menjadi semakin sukar adalah kerana kos hidup yang semakin tinggi. Harga barang-barang asas seperti makanan, minyak, dan bil utiliti terus meningkat. Bukan itu saja, pendapatan terhad dengan gaji yang diterima kadangkala tidak seimbang dengan jumlah perbelanjaan harian. Biarpun untuk menyimpan duit lebih mudah kerana boleh dibuat secara atas talian, namun komitmen yang banyak sedikit sebanyak menghalang seseorang untuk membuat simpanan.
Kadangkala, kita lebih mudah terdorong untuk berbelanja kerana ‘keinginan’ yang mengatasi keperluan. Keinginan untuk memiliki barang baru, bercuti, atau makan di restoran mewah sering kali menjejaskan niat untuk menabung.
Taktik Menyimpan Dengan Mudah!
Walau apapun cabaran yang dihadapi simpanan bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai. Berikut adalah beberapa tip yang boleh membantu kita untuk tetap menyimpan dengan konsisten.
Ads
Mulakan dengan jumlah kecil: Tidak perlu memaksa diri untuk menyimpan jumlah yang besar. Mulakan dengan sedikit, seperti RM50 atau RM100 setiap bulan, dan tambahkan jumlahnya secara perlahan-lahan apabila gaji meningkat. Yang penting adalah konsistensi.
Buat bajet bulanan: Dengan mempunyai bajet, kita dapat merancang perbelanjaan lebih efisien dan mengelakkan perbelanjaan yang tidak perlu. Ini juga membantu kita mengenal pasti kategori perbelanjaan yang boleh dikurangkan untuk memberi ruang kepada simpanan.
Pilihlah simpanan yang dipercayai: Sudah tentu anda perlu memilih tempat simpanan yang selamat dan bonus kalau boleh beri pulangan yang baik untuk masa jangka panjang. Nak menyimpan perlu pastikan institusi kewangan tersebut berdaftar dengan BNM atau Suruhanjaya Sekuriti agar duit yang disimpan tidak lebur akibat scam. Sebaiknya, kita asingkan simpanan dengan akaun perbelanjaan harian supaya tidaklah terguna nanti.
Simpanan dalam unit amanah ASB adalah antara pilihan orang ramai untuk membina tabungan sejak dari dulu lagi. Kelebihan melabur dalam ASB memberi peluang untuk anda menjana pulangan dengan dividen tahunan dan simpanan berpotensi untuk berkembang dengan kuasa faedah kompaun.
Selain itu ciri unik ASB yang mana harganya kekal pada RM1 seunit, dapat melindungi nilai wang daripada mengecil dan berpeluang untuk mengembangkan modal. . Cara mudah untuk memulakan pelaburan dalam ASB adalah melalui aplikasi myASNB.
Ayuh, kita SimpanJe duit yang ada, sambil-sambil tu boleh sertai kempen yang dijalankan oleh ASNB untuk menggalakkan orang ramai untuk terus menyimpan. Mana tahu ada peluang untuk menang hadiah menarik!
SimpanJe & Tambah
Sempena tahun baharu ini, ASNB mengadakan kempen SimpanJe & Tambah untuk pelabur setia ASB sehingga 31 Mac 2025. Hanya perlu mengekalkan pelaburan minimum dan membuat tambahan minimum RM1,000, serta elakkan pengeluaran untuk layak memenangi ganjaran unit sehingga *1.5% setahun. Dividen ASB yang dapat tu, eloklah kalau simpan je agar berpeluang dikembangkan dengan kuasa faedah kompaun.
Selain itu, anda berpeluang untuk memenangi hadiah pakej umrah atau percutian dengan kempen SimpanJe & Menang. Kekalkan simpanan ASB anda dan tambah pelaburan ASB minimum RM5,000 untuk dapat tiket cabutan.
Sebenarnya kalau ada keinginan, pasti ada jalan untuk membuat membuat pelan kewangan yang bijak. Jika kita mula melihat pelaburan atau simpanan sebagai suatu keperluan yang penting untuk masa depan, ini dapat memberi motivasi untuk merancang masa depan dengan lebih teratur.
Walaupun bermula dengan jumlah kecil, konsistensi dan kesedaran terhadap kepentingan simpanan dapat membantu kita mencapai impian kewangan yang lebih besar di masa hadapan. Tahun baru ini, bersama-samalah kita tingkatkan simpanan dan biarkan ianya berkembang.
Kalau nak anak-anak cintakan buku, kena bermula sejak mereka masih kecil. Dengan membaca, mereka bukan saja dapat ilmu, tetapi dapat melatih minda untuk berfikir kritikal dan kreatif. Setiap buku yang dibaca membuka dunia baru, bantu mereka faham lebih banyak tentang kehidupan dan emosi. Lebih awal ibu ayah terapkan tabiat membaca, lebih besar peluang untuk anak-anak berkembang menjadi individu yang bijak dan berkeyakinan.
Selain itu, membaca juga satu cara terbaik untuk mengeratkan hubungan keluarga! Waktu membaca bersama bukan saja menyeronokkan, tapi menjadi aktiviti yang penuh kasih sayang. Ibu ayah boleh bacakan cerita menarik, sambil berinteraksi dan berbincang dengan anak-anak. Jadi, bukan sekadar ilmu, tetapi juga memori indah yang dibentuk bersama.
Kalau Nak Beli Buku, Pilihlah Big Bad Wolf Books!
Big Bad Wolf Books, yang juga dikenali sebagai Jualan Buku Terbesar di Dunia, dah jadi sinonim dengan menawarkan berjuta-juta buku pada harga yang GILA MURAH dan dengan tujuan utama untuk menyemai minat membaca di seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 2009, matlamat syarikat ini yang mudah tapi memberi impak untuk menjadikan harga buku lebih mampu milik tanpa mengira latar belakang atau pendapatan.
Lebih daripada sekadar jualan buku, Big Bad Wolf Books adalah inisiatif global untuk menggalakkan budaya membaca, mendidik, dan memperkaya hidup melalui kegembiraan mengeksplorasi buku.
Dengan menawarkan buku pada diskaun sehingga 95%, Big Bad Wolf Books dah buat kesusasteraan, pengetahuan, dan kreativiti boleh diakses oleh jutaan orang.
Ada Banyak Pilihan Buku & Bahan Belajar Menarik!
Dari buku klasik hingga fiksyen kontemporari, buku kanak-kanak hingga buku meja kopi yang menarik, pelbagai jenis buku di Big Bad Wolf Book Sale sesuai untuk pembaca dari semua peringkat umur dan minat. Selain menjual buku, Big Bad Wolf Books juga aktif bekerjasama dengan projek komuniti, NGO, dan sekolah untuk menyediakan bahan bacaan kepada komuniti yang memerlukan. Usaha mereka pastikan kegembiraan membaca sampai kepada mereka yang paling memerlukan.
Menurut Andrew Yap, pengasas bersama Big Bad Wolf Books, buku mempunyai kuasa untuk mengubah hidup seseorang.
“Buku ada kuasa untuk mengubah hidup. Misi kami bukan hanya untuk capai pembaca tegar, tapi untuk menginspirasikan mereka yang belum suka membaca untuk rasa kegembiraan membaca. Kami percaya semua orang berhak untuk belajar, berkembang, dan bermimpi melalui buku, tak kira latar belakang mereka.”
Bagi sesiapa yang belum jatuh cinta dengan membaca, Jualan Buku Big Bad Wolf Sunway 2024 yang akan datang adalah tempat yang sempurna untuk bermula. Dengan koleksi buku yang sangat banyak dan DISKAUN YANG TAK MASUK AKAL, ia adalah jemputan terbuka untuk terokai cerita, jumpa minat baru, dan ambil langkah pertama dalam dunia buku.
Tandakan kalendar anda dan bersiap sedia untuk jadikan 2025 anda lebih hebat dengan buku-buku berpatutan dan mulakan Tahun Baru dengan diri baru! Jangan lepaskan peluang ni untuk jadikan membaca sebahagian daripada hidup anda pada 2025 dan seterusnya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Membeli belah di satu lokasi yang lengkap dengan semua peralatan anak sememangnya dicari oleh ibu-ibu. Mana tidaknya dalam satu masa sahaja, semua barangan dan kelengkapan anak yang dicari boleh diperolehi di bawah satu bumbung.
Jimat masa dan jimat kos. Lagi teruja bila mana semua yang dinginkan ibu iaitu kelengkapan ibu dan anak begitu mudah di dapati. Di Mom’s House, semua kelengkapan untuk ibu dan bayi tersedia mudah untuk anda.
Mom’s House yang bernaung di bawah syarikat Faby Famy Sdn Bhd ini ditubuhkan pada 21 September 2015 oleh pengasasnya, Tuan Hilmi Hamid. Bermula dengan menguruskan sebuah perniagaan runcit dengan jenama Mom’s House kini Mom’s House semakin berkembangan maju malah turut mempunyai beberapa rangkaian cawangannya di seluruh Malaysia.
“Pada mulanya, Mom’s House memberi tumpuan untuk menjual sebarang produk yang berkaitan dengan keperluan ibu dan bayi di satu kedai di Shah Alam dan di laman web kami sendiri www.momshouseshop.com.
“Berdasarkan pengalaman semasa menguruskan perniagaan runcit, kami sedar bahawa permintaan produk ibu adalah lebih banyak daripada produk bayi. Sejak itu, kami telah mula menghasilkan produk kami sendiri bagi menampung permintaan dan meningkatkan margin keuntungan kami,” kongsi pengasasnya, Tuan Hilmi Hamid.
Tidak hanya berpuas hati mendapatkan kelengkapan bayi baru lahir hingga anak-anak yang semakin membesar, ibu juga bertambah selesa dengan ruang kedai yang besar dan cukup selesa untuk memilih barangan anak pada tempoh yang lama. Selesa!
Produk Seri Mama, Chu Chu dan Mom’s House
Mom’s House lengkap dengan segala yang diinginkan. Antara jenama di bawah jenama Mom’s House yang begitu mendapat perhatian pastinya produk Seri Mama, Chu Chu, Bairnboo, LaBoo dan jenama Mom’s House sendiri yang merangkumi produk bersalin, berpantang, penyusuan, rangkaian pakaian dan barangan kekabu untuk ibu serta bayi.
Seri Mama adalah merupakan rangkaian produk terawal Mom’s House yang telah menambat hati para ibu bagi memenuhi keperluan berpantang mereka. Sebahagian operasi penghasilan produk ini dibuat di kawasan luar bandar.
Chu Chu pula merupakan rangkaian produk penyusuan untuk para ibu yang berkerjaya. Ini termasuklah barangan keperluan asas untuk bayi yang diberi nama Chu Chu Baby.
Manakala, Bairnboo adalah merupakan rangkaian produk untuk pengurusan bayi yang mana merangkumi produk cucian khas untuk bayi. Seterusnya adalah rangkaian pakaian sedondon untuk keluarga di bawah jenama LaBoo.
Mom’s House pula telah menjadi jenama untuk perniagaan runcit kami di samping jenama untuk barangan kekabu untuk keperluan ibu dan bayi. Barangan ini merangkumi tilam dan bantal bayi, bantal untuk ibu mengandung dan bantal sokongan untuk ibu yang menyusu.
Semua produk-produk tersebut dan yang berkaitan dengan keperluan ibu serta anak boleh didapati di semua rangkaian kedai Mom’s House di seluruh Malaysia serta boleh juga di dapati secara online di www.momshousehq.com.
Tidak hanya di website Mom’s House, bagi memudahkan ibu membeli belah dengan mudah, produk Mom’s House ini juga boleh di dapati di Shopee. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman Facebook https://m.facebook.com/MomsHouseHQ.
Mom’s House merupakan salah satu Jenama Pilihan Pa&Ma 2021 untuk anugerah Kedai Ibu & Anak Pilihan Pa&Ma. Mahu tahu senarai penuh jenama-jenama lain yang turut terpilih tahun ini? Jom, tengok di SINI.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rutin kehidupan anak-anak di rumah sepanjang waktu PKPP ini pastinya membuatkan anak-anak semakin bosan. Selain melalui rutin dan jadual kerja yang diberikan oleh guru, apa kata sesekali suntik rasa dan semangat anak-anak dengan menghadiah sesuatu yang cukup disukai anak kita sambil menyahut kempen LEGO ini.
Bukan hanya anak-anak bahkan dengan kempen yang satu ini, anak-anak remaja serta ibu bapa juga dapat tampil bersama sebagai sebuah keluarga bagi menjayakan kempen unik dan hebat ini.
Kempen #BuildItDriveItLoveIt yang dianjurkan jenama permainan terkemuka LEGO tampil memberi sinar dan kegembiraan kepada kehidupan anak-anak sepanjang hari. Bukan hanya bermain, malah kempen ini mampu merangsang daya kreativiti anak-anak untuk mencipta sesuatu yang hebat.
Kempen Kenderaan LEGO ini bukan hanya dapat mengetahui jenis kenderaan itu sendiri bahkan untuk meningkatkan kesedaran serta merangsang pemanduan dan keseronokkan kanak-kanak bersama ibu bapa mereka dengan memperkenalkan lebih 46 jenis kereta unik dengan pelbagai tema. Kesemua ini pastinya mendorong minat yang lebih mendalam dalam bidang automobil dan permotoran.
Bukan itu sahaja bahkan LEGO juga turut melancarkan Kalendar 30 Hari yang pastinya menyeronokkan menerusi Facebook bermula Jun ini.
“Sebagai sebahagian daripada kempen ini, kami juga akan melancarkan kalendar 30 hari yang menyeronokkan pada halaman Facebook LEGO bermula dari 1 Jun, dengan kandungan dan aktiviti untuk keluarga serta membawa keghairahan kepada anak-anak dalam dunia automobil,” begitu kongsi wakil LEGO.
Antara aktiviti yang pastinya menyeronokkan adalah:
• Membina pertandingan dengan tema yang berbeza untuk kanak-kanak dan remaja dalam mempamerkan kreativiti mereka.
• Mengetahui fakta yang menyeronokkan mengenai kereta popular.
• Tips untuk membawa LEGO anda membina ke tahap seterusnya.
• Menyerlah dan mempamerkan kemahiran membina LEGO anak-anak secara peribadi.
• LEGO Grand Prix buat julung kalinya, akan memilih peserta muda untuk mereka bentuk dan membina kereta LEGO yang unik untuk menghadapi perlumbaan di trek perlumbaan LEGO.
Jom sertai beramai-ramai dan meriahkan kempen ini dengan mencipta sesuatu yang unik dan berbeza, sekaligus bakal berpeluang terpilih sebagai jenama LEGO baru di trek perlumbaan LEGO. Jom cabar diri dan kemampuan anak-anak kita.
Bagi anak-anak penggemar dunia LEGO, jom sertainya sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sayu luahan hati isteri kepada Elmi Nu Zamani Aizat Azim, 25, pemuda yang ditemukan lemas selepas terjatuh dari Kilometer 2.8, Jambatan Pulau Pinang di...