Menurut bidan bertauliah di Seseri Wajah Ibu, Farhana Ahmad Aini, jamu memang penting diamalkan dalam rawatan pantang. Namun yang demikian, ia tidak boleh diamalkan selalu.

Sememangnya jamu memang bagus jika diamalkan. Namun ia bagus jika dibuat sendiri dan diambil secara segar. Penting untuk anda ketahui bahawa selepas 15 hari bersalin, barulah jamu boleh diambil. Jika diambil terlalu awal, ia boleh memberi kesan kepada bayi.

Antara kesan paling ketara yang boleh timbul adalah kepada bayi yang mengalami jaundis. Anda sebagai ibunya yang mengambil jamu, berkemungkinan boleh menyebabkan bayi mengalami masalah panas badan, alahan dan ruam.

Kesan jamu juga boleh berlaku kepada sistem tubuh anda sendiri yang sedang dalam tempoh berpantang juga. Sebaik-baiknya, biarkan tubuh sembuh dan kembali pulih secara semula jadi terlebih dahulu. Oleh sebab itulah, selepas dua minggu usia kelahiran bayi, barulah jamu diambil pada kadar yang bersesuaian.

Bagi anda yang bersalin secara permbedahan caesarean pula, dinasihatkan untuk tidak menggunakan sebarang rawatan atau produk herba. Kembalilah ke asas dengan mengamalkan rawatan berpantang cara tradisional.

Ads

Banyak kebaikan minuman herba
Memandangkan umur semakin meningkat, tahap metabolisme tubuh menurun.
Seharusnya, proses pertama yang perlu anda lakukan ketika berpantang ialah membaik pulih bahagian peranakan, membuang darah kotor dan menyingkirkan toksin yang ada di dalam tubuh.

Ramai yang tidak tahu kepentingan minuman herba dalam berpantang. Ia dapat membantu organ peranakan kembali segar, sihat dan kuat. Malah, manfaat lain ialah anda akan perasan tiada lagi berbangkit seperti masalah lesu, berat badan, keputihan atau konflik bersama suami.

Ads

Sebenarnya, adalah lebih baik anda amalkan minuman berherba berbanding mengambil jamu yang didatangkan dalam bentuk serbuk atau kapsul. Hal ini kerana minuman herba lebih mudah diserap khasiatnya oleh tubuh.

Berbanding jamu, ia akan memakan sedikit masa untuk menampakkan keberkesanannya kerana ia terpaksa diproses oleh tubuh terlebih dahulu. Oleh itu, jika mahukan kesan yang lebih cepat, adalah lebih baik, anda amalkan minum air herba berbanding makan jamu.

Ads

Tempoh berpantang selama 44 hari membolehkan tubuh berehat namun 100% pulih. Ia sekadar melibatkan tahap pemulihan sehingga 60% sahaja. Oleh sebab itulah anda perlu meneruskan pantang selama 100 atau setahun dengan mengamalkan minuman herba tanpa henti.

Semasa berpantang, minuman herba tidak boleh diambil secara berlebihan. Untuk itu, anda hanya perlu minum satu liter air herba dalam masa satu hari. Ia perlu diminum sedikir demi sedikit sepanjang tempoh 24 jam.

Dalam pada itu, jika anak anda mengalami jaundis, gunakan halia muda berbanding jenis halia yang lainnya kerana sensasi panasnya tidak begitu kuat.
elepas habis tempoh berpantang pun, anda masih digalakkan untuk mengamalkan pengambilan minuman herba sehinggalah usia bayi berumur 100 hari.

Apabila kembali bekerja, masukkan minuman herba yang telah disediakan ke dalam termos, dan minuman pada kadar sedikit demi sedikit. Anda digalakkam habiskan satu liter air herba dalam tempoh 24 jam.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI