Ramai ibu bapa bagi alasan “terpaksa” bagi anak gajet sebab takut anak bosan. Berdasarkan kenyataan Dr Richard Rende; “takut anak bosan” adalah SATU PENYAKIT ibu bapa masa kini.
Ibu bapa tak sepatutnya takut anak bosan, malah patut beri LEBIH PELUANG untuk anak rasa bosan.
Berikut perkongsian dari seorang ibu dan penulis buku, Puan Adlil Rajiah Mohd Nasir
Haa macam mana tu? Macam gambar yang saya post ni, ini lah kesan bila kita biar anak bosan. Tiba-tiba semua dinosaur pakai baju perisai yang diperbuat daripada playdoh
Sejak dulu lagi, bila Haikal beritahu dia bosan SAYA BIARKAN.
Satu, anak tak mati pun bila bosan. Dua, boredom can actually trigger brain activity!
Hakikat yang ramai ibu bapa tak tahu ialah kebosanan sebenarnya buat anak lebih kreatif, imaginatif dan innovatif.
KECUALI bila mereka terus didiamkan dengan skrin.
Memang terbantutlah brain activity yang baru triggered tadi.
“It’s necessary to let kids get bored once in awhile. Coz that’s how they learn to be creative.” – Kim Raver
Fakta.
Benda ni mungkin payah untuk anak yang “tak biasa” dibiarkan bosan, dan tak biasa diberi peluang untuk berfikir sendiri sebab sentiasa ada aktiviti disediakan, one after another.
Padahal fitrah anak-anak ni sememangnya kreatif, sukakan cabaran, suka explore, suka cuba benda baru.
Tapi bila terlalu biasa “diaturkan” semuanya anak jadi manusia yang jenis tunggu happiness, bukan create happiness.
Jadi sebagai ibu bapa bila anak cakap “bosan la” cuba biar dan perhatikan dulu.
Mula-mula je dia termenung tengok dinding. Tapi lama-lama GELIGA LAIN MACIAM.
Sumber: ig Adlil Rajiah