Bukan semua orang dapat bersama keluarga ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ada yang terpaksa berpisah dengan keluarga kerana tuntutan kerja yang memerlukan khidmat mereka demi keselamatan negara. Paling terkesan, pengorbanan frontliners kita yang bekerja tanpa henti dengan risiko dijangkiti COVID-19 ini.
Seperti yang dikongsikan oleh Ahmad Effendy Zailanudin, beliau telah memuatnaik sebuah foto yang menceritakan tentang pengorbanan sepupunya yang bekerja sebagai seorang doktor.
Ikuti perkongsian beliau ini.
Gambar ini.
Beliau cousin aku. He’s a doctor.
Dia jugak punya keluarga.
Punya anak2 yang rindukan dia.
Khidmatnya diperlukan semasa Negara dalam keadaan masih dibelenggu wabak Covid19.
Begini cara dia berjumpa anak2.
Dari jarak jauh.
Aku pun seorang ayah. Aku terkesan bila tengok gambar ni.
Artikel Berkaitan: [Beli Barang Dapur Waktu COVID-19. Jangan Sembarangan Pegang, Ini Tatacara Yang Betul]
Apa perasaan dia..
Perasaan anak2 dia.
Dah tentu dia pun rindu nak peluk anak2. Tapi apa yang boleh dibuat, terpaksa menatap anak2 dari jauh.
Buat rakan2 FB, tolong lah.
Ikut apa arahan yang dikeluarkan. Fikirkanlah perasaan orang lain. Kita Bersyukur sebab boleh duduk dengan keluarga di rumah. Main dengan anak2.
Tapi mereka terpaksa berkorban. Dedahkan diri mereka kepada risiko. Hanya untuk pastikan semua yang suspected atau positive menerima rawatan yang sepatutnya.
Kerana itu aku lantang bersuara bila ada pihak yang keras kepala. Tidak mengikut arahan. Sebab perbuatan bodoh mereka ini, boleh menyusahkan orang lain.
Fikirkanlah.
Semoga Allah melindungi kesemua frontliner yang bertugas.
Artikel Berkaitan: [Bantuan Khas COVID-19 RM100 Sehari. Download Borang Di Portal Rasmi NADMA]
“Ya Allah permudahkan segala urusan mereka. Lindungi mereka dari sebarang mudarat. Berilah mereka kekuatan untuk terus berkhidmat.” Bukan mudah untuk berada dalam situasi mereka. Mental dan fizikal perlu terus kuat, dalam kerinduan kepada keluarga. Marilah sama-sama kita mendoakan agar mereka diberi sebanyak-banyak kekuatan untuk menempuh ujian ini.