Betullah orang kata pengalaman kelahiran untuk setiap anak berbeza-beza. Begitu juga pengalaman yang dilalui oleh seorang suami, Shahril Nizam Mohd Sabrie, 41, apabila berdepan detik yang mendebarkan kerana terpaksa menjadi bidan terjun membantu isterinya, Siti Mariani Mior Hasan melahirkan cahaya mata ketiga mereka.
Terpaksa jadi bidan sambut baby
Perasaan gementar, cemas, panik dan takut dirasai seorang suami, Shahril Nizam Mohd Sabrie ketika menjadi
Ini kerana isterinya, Siti Mariani, 37, tidak sempat dibawa ke hospital kerana terlebih dulu melahirkan anak di rumah mereka dekat Presint 9, Putrajaya pada 30 Ogos lalu sehari sebelum tarikh jangkaan bersalin yang sepatutnya jatuh pada Hari Merdeka.
Perasaan gementar dan panik Shahril Nizam, itu hilang selepas bayinya yang belum diberi nama selamat dilahirkan pada 3.35 petang dengan selamat.
Mudah sangat baby keluar
Berkongsi perasaannya menyambut anak ke-3, Shahril Nizam berkata, isteri sepatutnya melahirkan bayi 31 Ogos dan sama sekali tak sangka akan keluar di rumah juga sehari lebih awal walaupun sudah bersiap sedia dengan segala kemungkinan.
“Kebetulan pada hari kejadian itu saya bekerja dari rumah dan ada di rumah bersama isteri dengan dua anak kami.
“Dalam tempoh itu, ada pelanggan mahu membeli telefon bimbit tetapi saya minta dia datang mengambilnya di rumah kerana isteri sedang menunggu masa untuk bersalin.
“Selesai urusan dengan pelanggan, saya terus naik ke rumah tetapi jadi panik kerana anak beritahu isteri menangis sebab dah tak tahan sakit dan mahu bersalin,” katanya dalam perkongsian di Facebook.
Operator di talian bagi ‘guide’ sambut baby
Tanpa berlengah, Shahril Nizam terus menghubungi ambulans untuk membawa isterinya ke hospital.
Bagaimanapun, katanya, keadaan menjadi semakin cemas apabila isteri mengerang kesakitan hingga menyebabkan operator di talian terpaksa memberi tunjuk ajar kepadanya mengenai apa perlu dilakukan sementara menunggu ambulans tiba.
“Saya benar-benar buntu dan tidak tahu apa perlu dilakukan ketika itu kerana hendak mengangkat isteri pun tidak berani kerana keadaannya yang sedang sarat.
“Jadi, saya hanya dengar tunjuk ajar operator di talian yang minta bantu baringkan dahulu kepala isteri di atas bantal dan lapik badannya dengan tuala.
“Ikutkan memang gementar tetapi mahu atau tidak, saya perlu cuba lakukannya walaupun takut sangat kerana tiada pengalaman berdepan situasi macam ni,” ujar Shahril.
Shahril berkata, apa yang difikirkan ketika itu adalah risau jika bayi lemas dan tidak dapat diselamatkan. Dalam keadaan kelam kabut itu juga, saya cuba tenangkan isteri dan beri semangat kepadanya untuk meneran.
“Alhamdulillah, isteri selamat melahirkan bayi lelaki kami. Waktu tu rasa sebak dan bersyukur apabila melihat wajahnya dalam pangkuan.
Selamat baby keluar pihak operator dalam talian minta ikat tali pusat bayi lepas tu baru ambulan sampai terus bawa bayi dengan ibu ke hospital. Bayi lahir kat rumah cuma uri tu keluar masa di hospital,” katanya.
Pengalaman yang sangat berharga
Menurut Shahril Nizam, pengalaman itu terlalu berharga dan tidak mungkin dilupakannya sampai bila-bila.
Katanya, sebelum ini dia ada menemani isteri di wad bersalin ketika menyambut kelahiran anak sulung, Rifqi Mikhail, 7, dan kedua, Raqib Zayyan, 6, tetapi hanya berada di sisi memberi semangat.
“Cuma rezeki anak ke-3 memandangkan hospital kerajaan tak boleh peneman, Allah beri peluang saya sambut sendiri anak lelaki ketiga ini.
“Memang mencabar tetapi saya bersyukur dan berterima kasih kepada operator di talian yang membantu saya sepanjang tempoh waktu yang sangat cemas sebelum pihak perubatan sampai.
Shahril memberitahu, isteri dah dibenarkan pulang cuma sekarang bayi kami masih berada di wad untuk pemantauan. Moga semuanya dipermudahkan nanti kerana untuk melawat pun tak boleh disebabkan tertakluk SOP yang ketat,” katanya.
Kredit: Shahril Nizam
Mama jom rileks jap, klik link ni!
Tinggal beberapa hari sahaja lagi webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini.
Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar. Bagi yang belum daftar sebagai peserta webinar, anda boleh daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ kemudian terus join grup Telegram webinar ya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)