Lain anak lain ragamnya. Ada yang mudah hendak tidur tapi ada juga anak yang perlu dibelai, bertepuk siap menyanyikan lagu untuk menidurkan mereka.
Betul ke anak perempuan susah hendak tidur? Parenting Influencer, Mohd Fhais Salim berkongsi cerita tiga anaknya dengan ragam tidur mereka. Kalau anak lelaki paling mudah tertidur, lain pula kisahnya dengan dua anak perempuan. Ikuti perkongsiannya.
Takut nak anak perempuan. Rata-rata ipar duai saya ramainya anak lelaki. Bila cerita renyahnya nak tidurkan anak perempuan ni semua jadi takut.
Nak kena belai, kena dodoi, kena zikir, ada tu sampai kena dukung sambil melompat lompat & berlari lari anak untuk tidurkan dia. “Hah bang, betul nak anak perempuan?”
Begini la ayat adik ipar bagi pada suaminya. Ini pengalaman saya tau, mungkin berbeza dengan orang lain tapi pengalaman saya 2 anak perempuan dua dua susah tidur. Huh!
Yang pertama Annur rania, jenis colic atau bahasa melayunya sawan tangis. Memang menangis je kerjanya.. aduhai. Dah mengantuk tapi susah nak tidur. Baby sawan tangis ni di ada gelaran ‘rule of 3‘
– dari usia 3 minggu – 3 bulan
– boleh nangis min 3 jam sehari
– boleh nangis 3 hari dalam seminggu ( boleh berturut turut 3 minggu direct )
Masa Rania dulu boleh kata setiap hari tengah malam dia akan bangun & menangis. Ingat lagi, pernah siap panggil ustaz datang rumah. Minta ustaz lihat rumah kami takut takut la kalau ada yang menganggu dia. Sama je. Tak berubah sangat.
Penat wei. Mata rabak jangan cerita la. Ketika ni saya bekerja office hour, selalu juga mata terlelap dalam kereta otw ke tempat kerja.
Bila umur Rania setahun lebih alhamdulillah, baru la semuanya beransur mudah sedikit. Menangis dah kurang tapi ’susah tidur’ tu tetap ada. Barai mata.
Sekarang giliran Annur Raudhah pulak ganti rania. Tapi dia tak boleh lawan rania, dia jenis high demand je. Rania champion lagi.
Colic = mahu perhatian lebih, sensitif & ‘rules of 3’
High demand = mahu perhatian lebih & sensitif
Beza high demand dengan colic ialah dia tak ada rules of 3 dan raudhah kurang menangis, tapi susah tidur tu sama je la. Geram sangat. Tetap kena dodoi, tepuk tepuk, hisap puting, zikir dan belaian penuh kasih sayang baru la dia boleh nak melena.
Paling senang sekali tidurkan Aisy Rizqi.. lelaki banyak jenis easy going. Wife saya kata anak 10 macam Aisy ni pun dia sanggup. Senang giler.
Kalau ngantuk dia tidur sendiri je. Dalam kereta? Tengah kenduri? Dalam mall pun dia boleh lena tidur. Jarang menangis. Pandai main sendiri, sejak kecil lagi. Terlampau tak sensitif pulak anak lelaki ni. Kena marah pun buat derk je dia.
Kecuali lapar atau nak susu. Memang tak boleh sabar, time tu cakap time tu juga nak. Gitu la. Ragam anak 3 orang. Setiap satunya ada kisah & cerita yang tersendiri buat memori di hari tua kelak.. alhamdulillah.
Menarik: Nama Pendek & Sweet, Mia Ahmad Kongs Nama Buah Hati Terbaru, Senang Nak Sebut!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma