Bagi yang baru pertama kali bergelar ibu, tentu agak kekok hendak mengendalikan pemotongan kuku bayi yang sangat kecil dan comel. Bimbang pula jika tersalah potong boleh melukakan jari dan kulitnya yang halus dan lembut.
Semasa melakukan penjagaan kebersihan bayi, beberapa panduan perlu diberi perhatian bagi mengelakkan sebarang kecederaan. Papa dan mama perlu berhati-hati mengendalikan si comel yang masih lembut ini.
Kuku bayi baru lahir memang cepat panjang, sebab itu perlu sentiasa memakaikannya sarung tangan. Selain itu anda juga perlu kerap memotong kuku tangannya yang cepat panjang kerana dia mudah mencakar dan melukakan mukanya sendiri.
Takut Potong Kuku Bayi Sebab Jari Kecil Sangat. Nak Mudah Buat Lepas MandiSebelum memotong kuku bayi, ikut panduan berikut
1. Sentuh jari bayi
Sebelum memotong kuku bayi, sentuhlah jari jemarinya untuk memberi rasa selesa dan mood yang baik.
2. Waktu yang sesuai
Bagi memudahkan memotong kuku, potong kuku bayi selepas memandikannya. Ketika ini kuku bayi masih lembut dan ia memudahkan untuk anda memotongnya dengan selamat.
3. Cara memotong
Mulakan memotong kuku pada tangan kanan dahulu. Ketika memotong kuku, pegang tangan bayi, arahkan jemari tangannya ke depan untuk mengelak daripada terkena alat pemotong. Tahan perlahan-lahan buku jarinya agar kuku mengarah ke atas. Kemudian lakukan  perkara yang sama pada tangan kiri. Kuku bahagian kaki juga mesti dipotong. Lakukan perkara  yang sama pada kaki kanan dan kiri.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI