Keibubapaan

“Takut Situasi Babitkan Pengasuh & Anak” Harris Alif Syukur Ibu Bantu Pantau Pembantu Jaga Anak

Share

Bergelar bapa dalam usia yang muda bukan alasan untuk seseorang tidak melunaskan tanggungjawab yang digalas.

Dengan pelbagai ilmu keibubapaan yang boleh diperoleh di hujung jari, semuanya menjadi mudah asalkan ada kemahuan untuk menuntut ilmu.

Pelakon dan pengacara, Harris Alif, 23 yang sudah tujuh bulan bergelar bapa kepada cahaya mata pertama, Eviee Khadeeja hasil perkahwinannya dengan pelakon Intan Ladyana mengakui semakin seronok mengecapi gelaran sebagai seorang bapa.

Sebagai individu yang baru bergelar bapa apatah lagi dalam usia yang masih muda, Harris kini banyak memberikan tumpuan penuh untuk menikmati proses tumbesaran buah hatinya.

Menurut pengacara program realiti kanak-kanak, Generasi Z ini dalam pada seronok bergelar bapa sudah tentu ada cabaran juga yang perlu dihadapi.

“Yang seronoknya tentulah sebab ada anak, tetapi pada masa sama keseronokan itu hadir bersama tanggungjawab yang semakin bertambah. Untuk menggalas tanggungjawab itu juga bukanlah satu perkara mudah.

“Sebelum bergelar bapa, saya bukanlah individu yang pernah rapat dengan bayi, jadi saya kurang biasa dengan bayi. Tapi, apabila sudah menjadi bapa sejak tujuh bulan lalu, banyak yang berubah dan saya belajar untuk biasakan diri.

“Antara cabaran lain adalah untuk bangun di tengah malam. Tapi, saya dan Intan saling bertolak-ansur dan bahagikan masa.

Komunikasi itu penting untuk memastikan semuanya berjalan lancar. Bukan saja untuk kami sebagai ibu bapa, tetapi juga untuk anak kami,” katanya.

Bimbang Keselamatan Anak

Selain daripada itu bekas pelakon drama bersiri kanak-kanak Geng Bas Sekolah ini turut tidak terkecuali mempunyai perasaan risau dan bimbang akan keselamatan anaknya ketika dia dan Intan keluar bekerja.

Melihat banyak isu membabitkan keselamatan anak ketika di bawah jagaan pengasuh, Harris juga tidak menafikan timbul rasa trauma dengan insiden-insiden yang berlaku dan banyak dilaporkan serta dikongsi di media sosial dan portal berita tanah air.

Justeru itu menurut Harris, dia dan Intan memilih untuk tidak menghantar anak kepada pengasuh. Sebaliknya pasangan ini mengambil khidmat pembantu rumah, tetapi pada masa sama ibu Harris membantu untuk menjaga Eviee memandangkan kediamannya juga tidak jauh dari rumah mereka.

“Apabila melihat banyak situasi membabitkan pengasuh dan anak jagaan mereka, saya jadi takut. Kalau ada CCTV (kamera litar tertutup) dan ada sesuatu perkara tidak diingini berlaku, kita tak mampu elak,” katanya.

Sumber: Harian Metro & Instagram Harris Alif

Kalau nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI

Anak dah boleh merangkak laju? Ayuh mama papa yang ada baby comel-comel tu, inilah masanya untuk sertai Baby Merangkak Race! Daftar sekarang di link INI 

Jom, kongsikan foto comel si manja anda bertemakan Jungle Cuties di SINI! Ada hadiah menarik menanti

Nak Menang hadiah 2 TIKET masuk ke GENTING SKYWORLD, daftar di SINI 

Untuk lebih banyak info terkini jom klik di SINI

Published by
Hasnita Sawal