Tali pusat adalah saluran kehidupan bagi janin semasa dalam kandungan. Tali pusat bayi baru lahir berwarna putih kebiru-biruan. Setelah bayi dilahirkan, doktor akan menyepit dan memotong tali pusat itu.
Di tempat tali pusat melekat ke perut pula, terdapat baki atau tunggl yang tertinggal sepanjang 2cm hingga ke 3cm. Dibahagian tali pusat yang dipotong, doktor akan meletakkan penyepit plastik di bahagian hujungnya. Tunggul tali pusat bayi akan gugur sendiri lebih kurang seminggu selepas bayi dilahirkan. Ada juga sesetengah kes, bayi akan mengambil masa sehingga 10 hari sebelum tali pusatnya tertanggal. Dalam pada itu, akan ada luka kecil di bahagian tunggul pusat, tetapi anda tidak perlu risau kerana bahagian tersebut akan pulih dan menjadi pusat bayi anda.
Fungsi Tali Pusat Dalam Kandungan
- Membekalkan nutrisi dan oksigen.
- Membawa bekalan zat untuk bayi.
Tanda-Tanda Jangkitan
- Tali pusat dan dibahagian tunggul pusat berbau busuk.
- Ada cecair kuning seperti nanah keluar dari tali pusat.
- Bahagian pusat bayi kelihatan merah dan kelilingnya lebih lembut dari biasa.
- Bayi diserang demam panas
- Bayi kelihatan lesu.
- Bayi tiada selera untuk menyusu
Cara Bersihkan Tali Pusat Bayi
Bahan-bahan:
- Bekas air
- Putik Kapas
- Alkohol swap atau spirit
- Kapas
Cara Bersihkan:
- Bersihkan tangan sehingga bersih. Amalkan setiapkali sentuh bayi, cuci tangan terlebih dahulu. Tangan adalah anggota yang paling banyak kuman, jadi apabila tangan sentiasa bersih, penyakit pun dapat dielakkan daripada menjangkiti bayi.
- Keringkan terlebih dahulu bahagian pusat bayi dan disekelilingnya dengan cara anginkan atau lap dengan kapas atau putik kapas. Jangan gunakan tuala untuk mengelakkan habuk atau bulu tuala melekat di pusat bayi.
- Lap tali pusat bayi dengan menggunakan cecair spirit yang diberikan oleh doktor. Letakkan di atas kapas dan lap sekitar pusat termasuklah sepit yang digunakan untuk menyepit tali pusatnya.
- Sapu seluruh pangkal pusat dan hujung pusat. Fungsi antiseptik ini adalah hendak membunuh bakteria yang melekat.
Sumber: women online magazine