Tali Pusat Terbelit Di Leher, Degupan Jantung Bayi Menurun, Iman Suhana Kongsi Detik Cemas Masa Bersalin. Nasib Baik Sempat ‘Push’

Share

Selamat melahirkan bayi perempuan pada 22 Februari yang lalu, pelakon Iman Suhana berkongsi detik cemas ketika melahirkan anak keduanya yang diberi nama Muna Laiqa.

Berkongsi tentang saat kelahiran anak keduanya bersama Mstar Online, Iman atau nama sebenarnya Norsuhana Maria Mohamad Wahid berkata degupan jantung bayi dalam kandungan menurun setiap kali kontraksi. Keadaan tersebut timbut disebabkan tali pusat bayinya terbelit di leher.

Hampir dibedah

“Sebenarnya saya hampir nak dibedah, tapi disebabkan kepala baby memang dah dekat bawah sangat, doktor suruh saya push juga.

Tambah Iman lagi, kelahiran anak sulungnya dulu juga ada komplikasi yang sama.

“Masa anak pertama, tali pusat terbelit masa nak keluar. Kali ni pun ada masalah juga. Bila kontraksi degupan jantung baby menurun.

“Rupa-rupanya doktor kata masa kontraksi itu, tali pusat terbelit dekat leher baby juga. Risau juga, sebab bukaan dah 10cm, tiba-tiba jantung baby menurun sangat.

“Saya siap dapat bantuan oksigen untuk sampaikan pada baby. Alhamdullilah, doktor kawal dengan baik sehingga saya selamat bersalin,” katanya kepada Mstar.

Pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu berkongsi berita gembira tentang kelahiran bayi keduanya di Instagram miliknya beberapa hari yang lalu. Dia juga turut berkongsi nama yang diberi kepada anak keduanya itu.

 

Suami Teman Masa Bersalin

Meskipun masih dalam pandemik, Iman bersyukur apabila suaminya dapat menemani dirinya sepanjang proses kelahiran anak kedua mereka.

“Walaupun waktu sekarang tengah Covid-19 tapi nasib baik suami boleh teman. Cuma dia kena buat ujian calitan juga sebelum masuk dewan bersalin.

“Masa bersalin anak pertama pun suami teman. Walaupun dah anak kedua, tapi tetap juga ada perasaan seram nak masuk dewan bersalin.

“Paling saya tak akan lupa waktu kontraksi. Memang trauma. Sampai sekarang saya masih ingat sakit ketika kontraksi,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, Iman berkahwin dengan ahli perniagaan, Shazwan Ibrahim pada 16 Mac 2018 dan turut mempunyai seorang anak perempuan bernama Maya Inara, 4 tahun.

Sumber: Mstar & Instagram Iman Suhana

Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di: https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/

Daftar segera sebagai peserta webinar keibubapaan ini!
https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat  

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Published by
SAHR