Tali pusat terbelit pada leher bayi tiada kaitan dengan mee segera & shawl ibu, ikuti penjelasan daripada doktor ini!

Bila doktor memaklumkan tali pusat terbelit pada leher bayi dalam kandungan, mama jangan pula panik. Tidak bermakna anda tidak boleh bersalin normal!

Menurut Dr Muhammad Izzat, Pegawai Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan, kejadian keadaan tali pusat terbelit pada leher bayi dalam kandungan pada kelahiran bayi semasa kehamilan telah cukup bulan ialah lebih kurang 33-35%. Hampir 3.5 % melibatkan belitan berganda.

Tali Pusat Terbelit Pada Leher Bayi Tiada Kaitan Dengan Mee Segera & Shawl Ibu, Doktor Ini Perbetulkan Mitos

 

TALI PUSAT TERBELIT LEHER BAYI ( NUCHAL CORD )

Bunyinya memang menakutkan kepada semua ibu yang sedang hamil, tetapi benarkah keadan ini berbahaya dan boleh menyebabkan apa apa masalah yang boleh membawa kepada kemudaratan kepada bayi?

Kita biasa dengar kebanyakkan ibu melahirkan bayinya secara pembedahan caesar kerana dikhabarkan bayi dalam kandungan terbelit tali pusat.

Persoalannya, perlu ke tak sebenarnya si ibu yang ada bayi terbelit tali pusat ini menjalani pembedahan caesarean ataupun mereka boleh jer bersalin normal?

Saya kongsikan fakta serta bukti perubatan dari jurnal antarabangsa mengenai tali pusat di leher, bukan sahaja memanfaatkan ibu-ibu yang sedang menunggu kelahiran cahaya mata mereka juga mungkin bermanfaat untuk doktor-doktor yang merawat mereka.

IKLAN

Tali Pusat Terbelit Pada Leher Bayi Tiada Kaitan Dengan Mee Segera & Shawl Ibu, Doktor Ini Perbetulkan Mitos

 

Ia biasa bagi bayi dalam kandungan

1.Selagi bayi berada didalam rahim, belitan tali pusat dileher bayi TIDAK BERBAHAYA dan ia adalah satu perkara yang biasa berlaku lebih-lebih lagi jika tali pusat itu panjang.

Ia bukan sebab untuk melahirkan secara pembedahan

2.Tali pusat dileher bayi juga bukanlah satu sebab musabab untuk pembedahan caesarean kerana ramai ibu yang mengalami keadaan ini bersalin secara normal, didapati ada tali pusat dileher bayi semasa bayi dilahirkan.

Doktor atau penyambut kelahiran akan memotong atau melepaskan tali pusat dari leher bayi sebaik sahaja kepala bayi keluar dan seterusnya diikuti oleh bahagian badan bayi.Jika ketat belitan tali pusat dileher bayi, kadang kadang bayi boleh jadi biru jap tetapi akan pulih segera.

IKLAN

Tali Pusat Terbelit Pada Leher Bayi Tiada Kaitan Dengan Mee Segera & Shawl Ibu, Doktor Ini Perbetulkan Mitos

Jika tali pusat terlalu ketat atau pendek

3.Terdapat peratusan kecil di mana belitan tali pusat terlalu ketat dileher bayi. Jika belitan tali pusat itu terlalu ketat atau tali pusat menjadi terlalu pendek, semasa proses bersalin, kepala bayi tidak akan dapat turun kebawah

belitan ini menyukarkan pergerakan bayi ke bawah dan bekalan oksigen kepada bayi melalui tali pusat boleh terganggu. Selalunya keadaan ini berlaku ketika si ibu dah sakit untuk bersalin. dalam keadaan ini, doktor akan sarankan ibu untuk melahirkan melalui pembedahan caesarean.

Tali Pusat Terbelit Pada Leher Bayi Tiada Kaitan Dengan Mee Segera & Shawl Ibu, Doktor Ini Perbetulkan Mitos

Apa yang perlu ibu lakukan jika diberitahu ada tali pusat terbelit dileher bayi?

IKLAN

1.Bertenang. jangan panik ! Tak perlu berbuat apa apa sehingga bersalin. Bayi anda berkebolehan menanggalkan tali pusat dilehernya sendiri.

2.Boleh bersalin normal ke tidak? Boleh cuba dan lihat. Jika ada apa apa masalah tentang bekalan darah dan oksigen kepada bayi akibat jerutan tali pusat yang ketat, biasanya doktor akan dapat mengesannya melalui graf jantung anak ( CTG) semasa dalam proses bersalin itu.

Tali Pusat Terbelit Pada Leher Bayi Tiada Kaitan Dengan Mee Segera & Shawl Ibu, Doktor Ini Perbetulkan Mitos

BUKAN SEMUA ibu yang ada tali pusat dileher bayi ini memerlukan caesarean. Jangan Takut !

3.Tiada kaitan antara makan maggi mee dgn ibu pakai tudung atau selendang belit-belit kat leher dengan tali pusat berlingkar kat leher bayi. JANGAN MENGARUT !

Sumber: Dr Muhammad Izzat

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI