Tahniah diucapkan buat penyampai radio, Shuib dan Watie yang selamat bernikah semalam. Majlis penuh meriah itu pastinya menjadi satu kegembiraan buat anak-anak Shuib.
Anak perempuan Shuib, Dzahira Talita Zahra yang mesra disapa Dekta turut dilihat sebak lalu menangis selepas bapanya selamat bernikah dengan Watie.
Pasangan raja sehari itu bersama anak-anak Shuib, Uwais, Talita dan Mateen dilihat mengenakan pakaian sedondon berona putih bagi meraikan kehadiran Watie dalam hidup mereka.
Tidak merancang untuk memiliki zuriat dalam tempoh terdekat ini, akui Watie, Shuib memintanya untuk memberi tumpuan kepada empat cahaya matanya yang kini semakin membesar.
Ads
“Dari awal lagi dia (Shuib) dah cakap untuk jadi suri rumah sepenuh masa. Jadi saya ambil keputusan untuk fokus besarkan anak-anak yang ada dahulu,” kongsi Watie.
Malah kongsi Shuib lagi, dia sudah mempersiapkan beberapa projek perniagaan melibatkan isterinya namun kini mahu isterinya itu fokus pada anak-anak.
“Saya ada beberapa projek perniagaan dan mungkin melibatkan isteri. Tetapi sepenuhnya dia harus fokus pada keluarga. Saya tak mahu dia sibuk sampai anak-anak terabai.
Ads
“Uwais sekarang dah nak masuk usia remaja. Dia perlukan perhatian kedua ibu dan bapa,” kongsi Shuib lagi.
Dikhabarkan Shuib dan Watie akan turut bersama anak-anak untuk bercuti ke Turkiye selepas berbulan madu di Langkawi.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Selebriti media sosial, Cik Epal berkongsi momen membeli jam tangan berjenama mewah sempena ulang tahun kelahiran suaminya.
Menurutnya, setiap isteri pastinya tak kisah berhabis wang ringgit untuk suami tercinta.
“Ramai je isteri yang tak kisah nak berhabis untuk suami, tapi tak ramai suami yang tahu menghargai.”
“Hadiah ni pon bagi aku tak ternilai dengan harga cinta dan setia dia. Aku tak sempurna, aku banyak kekurangan tapi cara suami aku layan dan hargai aku buatkan hidup aku rasa sempurna. @jofliam seorang suami yang terbaik untuk aku dan ayah yang hebat untuk Han&Yuki.”
“Aku percaya je, mana-mana perempuan sekali pon, kalau pasangan kita layan kita sepatutnya, kita akan balas berganda dengan apa yang kita terima. Kan?”
“Dunia ni hanya sementara. Hargailah MASA kerana setiap saat yang berlalu tu tak akan berulang kembali.”
Rata-rata golongan isteri bersetuju dengan pendapat Cik Epal dan turut berkongsi pengalaman mereka.
adina_shariati You know CE, I cakap the same thing CE tulis – Hargai MASA kat suami masa anniversary Ogos 2022. I also bagi hadiah jam kat dia. October 2022 dia kena stroke (memory loss). Dan dia tak ingat pun MASA suka duka dia dulu. So betul CE -Hargailah MASA❤️
sarahusof93 sy dpt blnje suami garmin pun dy happy sgt2 dh. itu pun kumpul berbulan. haha. nk kumpul 50k pun blum tu. ini almost 100k. maigadd . smoga one day aq pun dimurhkn rezki mcm ni. Amin
eva_lovelies yup.thats true..perempuan bila berada bersama lelaki yg tepat dia jadi lebih hebat berganda walaupun pada asalnya dia memang hebat,begitu jugak sebaliknya.tulah kuasa soulmate 😍
Siapa yang tak bersyukur bila pasangan mula berubah ke arah yang lebih baik. Begitu juga buat penyanyi Usop yang apabila isteri tercintanya, Nur Fatihah Md Hashim kini menutup aurat dengan tampil bertudung.
Menurut Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Mohd Noor, 24, dia sangat terharu dengan perubahan Nur Fatihah yang sebelum ini hanya mengenakan turban sahaja.
“Sekitar empat bulan lalu, saya pernah cakap kepada isteri jika mahu dimurahkan rezeki kenalah jaga penampilan termasuk menutup aurat. Sejak daripada itu, dia mula berubah sedikit demi sedikit.
“Saya terharu apabila isteri berubah ke arah itu malah dia banyak membeli tudung untuk dipakai. Awal dahulu dia hanya pakai turban dan sekarang sudah bertudung penuh,” katanya memetik mStar.
Bagaimanapun, Usop tidak menafikan wujud perasaan bimbang sekiranya isteri diuji dalam proses istiqamah.
“Gembira tetapi ada juga rasa bimbang kalau hatinya diuji dan kembali kepada imej asal. Sebab itu saya cukup takut nak beri komen jika lihat-lihat mana-mana selebriti yang buka tudung kerana khuatir terkena pada batang hidung sendiri.
“Gambar-gambar isteri tidak bertudung pun saya akan padam, cuma mengambil sedikit masa disebabkan terlalu banyak,” jelasnya yang sentiasa mendoakan agar hati si isteri sentiasa kuat dalam mencari keredaanNya.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 4 Februari lalu dan mereka bakal menyambut kelahiran anak pertama tidak lama lagi.
“Alhamdulillah usia kandungan isteri sudah memasuki tujuh bulan dan kami berdua memang teruja menantikan kehadiran cahaya mata sulung dan mengharapkan agar semua berjalan lancar,” kongsi Usop.
Kredit: mStar; IG Usop Official & Tik Tok TeHa Richer
Ibu bapa mana yang tidak mahu memberikan pendidikan yang terbaik buat anaknya. Walau diri sendiri tidak tinggi pelajarannya, anak harus disekolahkan sehabis daya.
Inilah semangat seorang bapa yang dikongsikan kisahnya oleh Cikgu Fadli Salleh menerusi facebooknya. Ayah hebat ini diuji dengan hebat bila mana satu-satu kenderaannya untuk mencari rezeki ditarik gara-gara tidak dijelaskan hutang bulanannya.
Tetap mahu anak ke sekolah, bapa ini sanggup menemani anak kecilnya yang baru bersekolah di pra sekolah setiap hari. Sayu dan betapa semangatnya kuat untuk melihat anak ke sekolah. Ikuti perkongsiannya.
Seorang guru pra perasan murid yang sampai ke sekolah setiap hari berpeluh-peluh. Sedangkan sebelum ini tak begitu. Anak itu biasanya dihantar oleh kedua ibubapanya. Semua mereka berpeluh di awal pagi.
Setelah diselidik, rupanya mereka berjalan kaki dari rumah ke sekolah. Sekitar 2km juga jaraknya. Motor si ayah kena tarik beberapa minggu lepas akibat tertunggak 4 bulan. Masa tu dia tengah buat job grab. Sumber pendapatan utama keluarga.
Lepas hantar barang, pergi tempat parking motor, motor hilang. Ada brader bagi surat tunggakan AEON beribu jumlahnya.
Terduduk si ayah. Motor kenderaan utama untuk cari makan kena tarik. Menung panjang jugalah. Namun dia bapa yang bertanggungjawab. Motor tak ada, anak pula minat nak pergi sekolah, setiap hari dia teman anak dengan berjalan kaki.
2km pergi, 2km balik. Kemudian masa pulang kena jalan lagi 2km pergi, 2km balik. 8km ulang alik jalan kaki semata-mata untuk anak dapat ilmu.
Kelmarin, anak dia dapat Anugerah Cemerlang pra sekolah. Masa tu aku dikenalkan dengan si ayah yang tabah ini oleh guru pra.
Hari ini, Hari Orientasi Tahun 1 anak dia. Datang hantar anak bersama isterinya. Dengar taklimat dan tunggu sampai habis program.
Tak ramai ayah yang sanggup datang hari orientasi ni. Biasanya wakil kat ibu je. Ni dua-dua datang. Bagus semangat si ayah walau dia sendiri tak ada SPM.
Dia dari keluarga susah 10 orang adik-beradik. Terpaksa berkorban tinggalkan bangku persekolahan di Tingkatan 4 kerana keluarga kurang mampu.
Dan hari ini, dia masih berkata pada aku memang dia suka belajar. Dia dulu nak jadi cikgu. Namun nasib keluarganya tidak menyebelahi cita-citanya. Namun dia akan pastikan anak-anak dia dapat pendidikan sempurna.
Bagus sungguh semangat si ayah. Aku cukup suka orang seperti ini. Menjaga hak anak-anak dan pentingkan pelajaran.
Habis program tadi, aku suruh dia tunggu depan pagar sekolah. Aku hantar keluarga mereka pulang, sebaik dia nak turun aku tahan.
“Abang ikut saya. Kakak dan anak naik rumah lah”. Pelik si ayah. Namun dia patuh saja. Aku bawa ke kedai motor di Batu Caves.
“Bang. Nak motor mana?” “Eh cikgu. Apa ni?” “Pilih motor. Nak motor mana?”
“Cikgu nak belikan untuk saya ke?” Aku angguk kepala. Bergenang terus mata dia. Dalam sebak dia berkata,
“Cikgu pilih yang mana-mana pun. Saya okey je”. “Abang la pilih. Abang yang nak guna”.
“Eh tak cikgu. Saya tak mampu nak memilih. Apa yang cikgu pilih, saya terima saja”.
Aku pertimbangkan 2 biji motor tadi. Satu Honda Dash tahun 2015, harga RM3100. Satu lagi motor baru, SM Sport, harga RM3600.
Seller syorkan SM Sport. Enjin ex5. Senang spare part dan murah. Lagi pun motor baru. Tak ada banyak masalah. So kami proceed ambil SM Sport. InsyaAllah Selasa or Rabu ni setel la urusan JPJ dan boleh ambil motor.
Masa pulang tadi, berkali-kali dia ucap terima kasih. “Cikgu. Saya tak tahu nak balas budi cikgu macamana. Saya doakan cikgu terus murah rezeki”.
“Budi ini bukan untuk dibalas. Budi ini untuk abang kembalikan pada orang lain bila abang senang sikit di hari akan datang. Dan sumbangan ini bukan dari poket saya seorang. Doakan semua penyumbang ya”. “InsyaAllah cikgu. Terima kasih banyak-banyak”.
Dan dia melangkah keluar kereta menuju ke rumahnya dengan pelbagai rasa. Yang pasti, mesti dia tak sabar nak cerita kat anak isteri,
“Minggu depan kakak dah tak perlu pergi sekolah jalan kaki. Ayah hantar naik motor baru”.
Mesti anak tersenyum gembira. Isteri hati berbunga. Satu masalah besar yang menimpa, satu bebanan berat yang mengusut kepala, satu punca pendapatan utama yang pudar sinarnya, kembali bercahaya.
Sebuah motor yang disyukuri dan InsyaAllah membantu menaikkan semula ekonomi keluarga ini. Terus gigih usaha tanpa tinggalkan doa bang. Solat jangan tinggal. Buat baik pada sesiapa sahaja selalu. InsyaAllah suatu masa nanti akan banyak kesenangan akan datang.
Hafaz 30 juzuk dalam tempoh 4 bulan, Ahmad Ziyyad mula hafal 42 surah sejak usia 2 tahun. Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun, Ahmad Ziyyad Mohd Zahir, mengukir pencapaian luar biasa dengan berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran dalam hanya empat bulan 10 hari