Talita Menangis Terharu, Shuib Bawa Anak-Anak Ke Turkiye Bercuti Lepas Bulan Madu!

Share

Tahniah diucapkan buat penyampai radio, Shuib dan Watie yang selamat bernikah semalam. Majlis penuh meriah itu pastinya menjadi satu kegembiraan buat anak-anak Shuib.

Anak perempuan Shuib, Dzahira Talita Zahra yang mesra disapa Dekta turut dilihat sebak lalu menangis selepas bapanya selamat bernikah dengan Watie.

Pasangan raja sehari itu bersama anak-anak Shuib, Uwais, Talita dan Mateen dilihat mengenakan pakaian sedondon berona putih bagi meraikan kehadiran Watie dalam hidup mereka.

Tidak merancang untuk memiliki zuriat dalam tempoh terdekat ini, akui Watie, Shuib memintanya untuk memberi tumpuan kepada empat cahaya matanya yang kini semakin membesar.

“Dari awal lagi dia (Shuib) dah cakap untuk jadi suri rumah sepenuh masa. Jadi saya ambil keputusan untuk fokus besarkan anak-anak yang ada dahulu,” kongsi Watie.

Malah kongsi Shuib lagi, dia sudah mempersiapkan beberapa projek perniagaan melibatkan isterinya namun kini mahu isterinya itu fokus pada anak-anak.

“Saya ada beberapa projek perniagaan dan mungkin melibatkan isteri. Tetapi sepenuhnya dia harus fokus pada keluarga. Saya tak mahu dia sibuk sampai anak-anak terabai.

“Uwais sekarang dah nak masuk usia remaja. Dia perlukan perhatian kedua ibu dan bapa,” kongsi Shuib lagi.

Dikhabarkan Shuib dan Watie akan turut bersama anak-anak untuk bercuti ke Turkiye selepas berbulan madu di Langkawi.

Menarik:  Sesetengah Orang Berkira-Kira Nak Beranak & Mengandung, Neelofa PU Haris Mahu Anak Ramai!

Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI https://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM