Talita seronok lekat ‘sticker’ pada adik, “Pantang tinggal kejap, habis di dekokan adiknya.” Raja Ilya yang dikenali dengan nama sebenar Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, selamat melahirkan anak keduanya pada pagi Selasa, 16 Oktober lalu.
Talita Seronok Lekat ‘Sticker’ Pada Adik
Bayi lelaki seberat 4.7 kilogram (kg) itu dilahirkan melalui pembedahan di King Edward Memorial Hospital, Australia. Ilya mendirikan rumah tangga dengan Trent Garret pada 2018 dan menetap di Australia kerana mengikut suaminya yang merupakan warga negara itu.
Pasangan ini sudah memiliki seorang anak perempuan iaitu Talita Love yang kini berusia 2 tahun. Dalam satu perkongsian di laman Instagramnya, Ilya berkongsi gelagat anak sulungnya, Talita yang kelihatannya begitu menikmati momen ‘menghias’ adik lelakinya, Royal Abraham ketika ibunya sibuk di dapur.
“Pantang Tinggal Kejap, Habis Di Dekokan Adiknya”
While I was in the kitchen..
Pantang tinggal kan kejap, habis dia deco kan adik dia…kak long ni nak kene ni..- tulis ilya di ruangan kapsyen.
Perkongsian Raja Ilya menarik perhatian warga maya. Ramai yang geram dengan gelagat comel Talita serta kecomelan adik lelakinya tetap nyenyak tidur meskipun ‘diganggu’ oleh kakaknya.
Tiada yang lebih meruntun jiwa selain kehilangan anak yang masih kecil, apatah lagi apabila tragedi itu berlaku di tempat yang sepatutnya menjadi ruang paling selamat sekolah.
Kes murid darjah empat yang dilaporkan meninggal dunia selepas didakwa menjadi mangsa buli nyata membuka luka mendalam buat ibu bapa, keluarga dan masyarakat.
TANGISAN IBU MANGSA UNDANG SEBAK
Tangisan seorang ibu di perkarangan hospital cukup merobek hati, seolah-olah menggambarkan betapa besarnya kehilangan yang tidak mungkin mampu diganti. Lebih memilukan, insiden berlaku di kawasan sekolah tempat di mana anak-anak dihantar untuk menimba ilmu, bukan menanggung derita.
Menurut laporan media, ibu kepada mangsa sukar menyembunyikan perasaan sedihnya. Suasana pilu itu telah mengundang hiba di pekarangan Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau.
Terdahulu, ibu bapa murid tahun empat tersebut tiba di perkarangan Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau sekitar jam 12.55 tengah hari.
Sebaik turun dari kenderaan, si ibu dilihat berjalan sambil menangis di bahu suaminya yang kelihatan cuba menenangkan diri sebelum mereka masuk ke ruang menunggu.
Difahamkan, bedah siasat bermula kira-kira jam 1 tengah hari. Namun sehingga jam 4 petang, jenazah masih belum dibawa keluar untuk dituntut keluarga.
Suasana di unit berkenaan semakin sebak apabila pihak sekolah, rakan dan saudara-mara datang menziarahi serta memberikan semangat kepada pasangan itu.
Sementara itu, di Seremban, pihak polis dilihat memasuki sekolah berkenaan di Senawang kira-kira jam 9 pagi. Sehingga jam 12 tengah hari, tiada kenderaan polis dilihat keluar.
Hasil tinjauan di sekolah mendapati sesi persekolahan berjalan seperti biasa, meskipun beberapa kenderaan agensi berkaitan dilihat keluar masuk kawasan tersebut.
Datuk saudara kepada arwah, berusia 44 tahun, memaklumkan bahawa keluarga masih terkesan dengan kejadian tersebut dan tidak bersedia untuk bertemu dengan media. Katanya, arwah merupakan anak bongsu daripada tiga beradik, seorang kanak-kanak bijak dan sangat disayangi ibu bapa.
Sebelum ini, media melaporkan polis mengklasifikasikan kes kematian murid itu mengikut Seksyen 507C Kanun Keseksaan iaitu buli melalui komunikasi. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad, berkata mangsa ditemui tidak sedarkan diri di dalam tandas sekolah berkenaan sebelum dihantar ke sebuah klinik swasta.
Tahniah! Anak Aidid Marcello dan Norzie Pak Wan Chek bergelar hafiz selepas 11 bulan 20 hari. Anak kepada pasangan personaliti televisyen, Aidid Marcello dan Norzie Pak Wan Chek, Muhammad Iman Aidid Marcello telah berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran. Muhammad Iman kini sah bergelar hafiz al-Quran.
Tahniah! Anak Aidid Marcello & Norzie Pak Wan Chek Bergelar Hafiz Selepas 11 Bulan 20 hari
Menerusi satu hantaran yang dikongsikan Akademi Al-Quran AKMAL di TikTok, Iman bersama ibu dan bapanya hadir di majlis penyampaian sijil yang diadakan pusat pengajian tersebut, baru-baru ini.
Difahamkan, Iman berjaya menghafaz kesemua juzuk di dalam al-Quran dalam masa 11 bulan 20 hari.
Menerusi video tersebut juga, Aidid turut menitipkan rasa syukur atas kejayaan Iman dan berpesan kepada anaknya itu untuk sentiasa menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup.
Wahai anakandaku, Alhamdulillah. Anakanda telah menunaikan amanah bonda dan ayahanda untuk menyempurnakan 30 juzuk al-Quran.
Ianya juga adalah amanah dan tanggungjawab termulia yang anakanda akan pikul sehingga ke akhir hayat.
Maka, pada hari ini bonda dan ayahanda memberi amanah kepada anakanda menjaga, mengulang, mengingati serta memperjuangkan al-Quran sepanjang hidup anakanda.
Pelajar Melayu pintar, terima lima anugerah dalam majlis graduasi SMJK. Ahmad Khidir Ahmad Nazri berjaya membuktikan kemampuan dirinya apabila menerima lima anugerah dalam majlis graduasi Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Heng Ee di Georgetown, Pulau Pinang pada Sabtu lalu.
Pelajar Melayu Pintar, Terima Lima Anugerah Dalam Majlis Graduasi SMJK
Majlis itu menyaksikan Ahmad Khidir, 17, membawa pulang Anugerah Tokoh Pelajar, Timbalan Ketua Pengawas, tempat pertama dalam kelas, tempat pertama dalam tingkatan aliran sastera serta markah tertinggi Bahasa Melayu dan juga Pendidikan Islam.
Kejayaan itu menjadikan Ahmad Khidir sebagai salah seorang daripada tiga pelajar Melayu di sekolah berkenaan berpeluang menaiki pentas bagi menerima anugerah kerana kecemerlangan dalam akademik.
Menurut Ahmad Khidir, dia amat bersyukur dengan penghargaan diterima daripada pihak sekolah dan mengakui bukan mudah untuk meraih kejayaan itu.
“Memang susah nak berada di tahap ini kerana pelajar Melayu di sekolah ini cuma 30 orang saja dan kami perlu bersaing dengan rakan lain.
“Tapi, saya bersyukur kerana mendapat 7A dalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi subjek BM (A+) BI (A), Pendidikan Islam (A+) Sejarah (A-) Matematik (A-) Sains (A) dan Ekonomi (A), manakala B untuk Akaun serta Mandarin. Sasaran saya tentunya 9A+ dalam SPM nanti,” katanya.
Bercerita lanjut, Ahmad Khidir berkata, dia tidak mempunyai asas dalam bahasa Mandarin namun ibunya, Fudla Yusof, 55, bersungguh-sungguh apabila menghantarnya ke tadika dan sekolah aliran Cina kerana mahu kelainan berbanding adik-beradik lain.
“Saya anak bongsu daripada enam beradik dan satu-satunya yang dihantar ke sekolah aliran Cina.
“Susah awalnya sebab tak ada asas dan dulu malu nak bercakap dengan jiran dalam bahasa Mandarin, tapi lama-kelamaan bertambah yakin.
“Alhamdulillah, saya dapat nombor satu dalam kelas ketika tahun empat. Kemudian cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sampai dapat masuk sekolah sekarang yang tersenarai antara sekolah terkemuka dan pernah lima kali juga dapat tempat pertama dalam kelas sewaktu di tingkatan tiga, empat serta lima,” katanya.
Berkongsi tip pembelajarannya, Ahmad Khidir berkata, dia menyediakan jadual belajar dengan memperuntukkan mengulangkaji dua subjek dalam sehari.
“Tempoh ulangkaji bagi satu subjek adalah dua jam 30 minit dengan 15 minit waktu rehat bagi setiap sesi.
“Saya cuba fleksibelkan masa kerana tak nak tertekan dan ada juga belajar secara berkumpulan, yang mana saya ajar mereka (pelajar Cina) Bahasa Melayu dengan Sejarah.
“Manakala, rakan ajar saya bahasa Mandarin, jadi kami saling membantu dengan belajar serta bersaing secara sihat tanpa ada isu pun,” katanya yang turut aktif dalam kokurikulum dengan menyandang jawatan Naib Pengerusi Kadet Polis, Kelab Pencegahan Jenayah, Lembaga Pengawas dan kumpulan koir selain aktif olahraga.
Menurut Ahmad Khidir, kejayaan baru-baru ini bukan kerana usahanya saja, tetapi berkat sokongan keluarga khususnya ibu bapa, pentadbir sekolah, guru dan rakan yang banyak membantunya.
“Terima kasih kepada mama yang menjaga, papa (Ahmad Nazri Noordin, 55) yang tak jemu tanya khabar saya, adik-beradik kerana kuatkan semangat, juga rakan sebab sentiasa teman sewaktu belajar.
“Tak ketinggalan juga buat pengetua, penolong kanan, guru dan ustaz yang mendidik dari sekolah rendah, menengah selain netizen kerana bagi ucapan tahniah juga semangat selepas video dimuat naik kakak (Siti Fatimah Azzahra, 22) mendapat tontonan ramai di TikTok.
“Terharu rasanya kerana ramai yang mendoakan dan saya doakan juga kejayaan semua terutama calon SPM lain. Jangan putus asa, sentiasa mencuba, ingat mereka yang bagi sokongan dan terus kuat,” katanya.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.