Tambah Daun Sup Rahsia Jemput-Jemput Sedap. Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam Ini Resipinya

Share

Hari minggu kadang-kadang mama pun buntu nak masak apa, tapi anak-anak selalu minta makanan kan? Apakata mama buatkan jemput-jemput sebagai juadah pagi ataupun petang.

Resipinya sangat mudah, tapi kalau nak hidangkan untuk anak bawah 2 tahun jangan masukkan garam ya.

JEMPUT-JEMPUT RANGUP LEMBUT

Hi uols.

Hari ini saya nak share resepi jemput-jemput feveret anak-anak kat rumah. Korang boleh cuba menu ini anak-anak pasti suka

Menu ini sesuai untuk buat menu makan petang atau pagi pastu pakej sekali dengan air kopi 0 panas pasti tak pandang mertua lalu depan dah.

Bahan-bahannya;

-Nasi
-Ayam
-Bawang besar( dipotong)
-Daun sup( dipotong)
-Cheese( diparut)
-Minyak masak
-Garam
-Tepung gandum

Kalau korang nak tambah benda lain macam kentang ke ikut suka pun boleh.

Cara Penyediaan;

-Ayam dan nasi dalam segenggam blend halus pastu campurkan sekali dengan bawang,carrot, cheese dan daun sup.Letak tepung gandum sikit. Masukkan garam gaul je macam nak buat cucur tu.

-Panaskan minyak goreng bulat-bulat hingga garing.Dah garing toskan minyak dan siap untuk dimakan.Rangup diluar lembut didalam

Selamat mencuba uols

Kredit: kongsi rezeki masakan

Published by
NuFa