Tambah Geng Daddy! Cantik Tarikh 22.2.22, Kaka Azraff Bersalin Bayi Lelaki Ke-2

Share

Tarikh 22.2.22 sangat bermakna buat penyanyi Kaka Azraff apabila selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 12.05 tengah malam di sebuah pusat perubatan.

Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 33, berkongsi perasaan gembiranya itu atas kelahiran bayi kedua di media sosial dan bersyukur proses kelahiran berjalan lancar.

“Syukur kepada Allah, I’m officially a mother of two.”

“Terima kasih kerana memberi sokongan yang terbaik, penghibur, pemberi motivasi dan doktor separuh masa sepanjang tempoh ini.

“Saya tidak tahu apa jadi tanpa awak. Saya sayangkan awak, Daddy kepada dua anak,” tulisnya.


Sementara itu, suami Kaka, Adam Adzriff turut memaklumkan Kaka dan bayi berada dalam keadaan baik.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan.

“Bayi lelaki kami sihat dan kuat,” tulisnya.

Kaka dan Adam Adzriff mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Aslan yang kini bakal berusia 3 tahun.

Kredit: Twitter Kaka Azraff ; IG Kaka Azraff & Adam Azriff

ARTIKEL MENARIK [Demi Cucu Tersayang, Nenek Makeover Ruang Tamu Jadi Kolam. Siap Pakej Depan TV!]

LAGI ARTIKEL MENARIK [Dua Kali Majlis Tangguh Sejak PKP 1.0, Anak Dah Besar Baru Dapat Bersanding!]

Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

Published by
Wan Amy