Bukan semua anak-anak senang diajak makan. Ada sesetengah tu, puas ‘bergaduh’ dengan dia, barulah nak makan. Itupun tak banyak. Rungsing dibuatnya apatah lagi jika anak-anak menolak untuk makan nasi.
Untuk menyediakan hidangan nasi yang mampu membuatkan anak-anak tertarik untuk mencubanya, ibu atau ayah harus twist sikit resipi dan pastikan nasi itu dapat disembunyikan.
Sebagai contoh, bolehlah anda ikut resipi yang dikongsikan oleh Norzaiha Razali ini:
Hari ni kita cuba resepi org cina plak. Senang tkyah masak lauk.mkn nasi gini jer cukup lengkap dah. Ada telur n sayur dh. Kenyang pun kenyang. Sedap pun sedap. 😆Saya tk tahu nama apa makanan ni.saya nak panggil cucur nasi la blh?
Saya tgk org share. Nampak senang saya pun cuba la😁.mmm….sedap weh… Lain kali blh buat lagi. Kalau ada anak yg tk suka mkn nasi tu, blh la cuba resepi ni. Ank pun tk perasan dia mkn nasi. Cara2 u all blh tgk di gambo 👌 😉
3 biji telur
2 senduk nasi
1/2 batang lobak merah
Sedikit daun kucai atau daun bawang
1 1/2 sudu makan tepung gandum
Sedikit garam
Baca Juga:
Resipi Banana Yogurt Cheese Cake, Sesuai Hidang Waktu Raya. Masam-Masam Berlemak, Sedap!
Resipi Ayam Sos Mentega Buat Makan Satu Famili. Sesuai Untuk Ibu Pantang, Memang Sedap!
Resipi Rendang Ayam Versi Ibu Pantang. Ada Letak Daun Cekur, Memang Sedap Betul!
1. Pecahkan 3 biji telur. Gaul sebati dengan sesudu kecil garam. Kemudian masukkan 2 senduk nasi dan gaul sebati.
2.Letakkan tepung gandum 1 1/2 sudu makan. Kemudian gaul lagi.
3. Masukkan lobak merah cincang bersama daun kucai hiris halus (resipi asal menggunakan daun bawang).
4. Sementara itu panaskan minyak dalam kuali. Tidak perlu banyak sehingga menenggelamkan cucur tersebut.
5. Letakkan dalam kuali dan bentukkan menjadi bulat leper.
6. Biarkan masak dan dibalik-balikkan sehingga garing.
INILAH HASIL CUCUR NASI SUPER EASY!
*Boleh dimakan begitu sahaja atau kalau suka, cicahlah dengan sos pilihan.
Lepas ni tak perlu risau dah kalau anak reject nasi kerana dengan menu ini, anak tetap boleh kenyang. Campuran nasi bersama sayur-sayuran boleh menjadi sumber nutrisi yang baik untuk anak.
Boleh juga dicampurkan dengan sayur lain seperti bayam dan tambahkan protein seperti isi ayam atau ikan. Untuk anak yang tak boleh makan garam, boleh gantikan dengan seruk cendawan sebagai bahan perasa. Selamat mencuba!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!