Bila anak semakin membesar kita selalu perhatikan ada masanya anak mula rasa takut-takut untuk bercakap apa lagi bila hendak mencuba satu-satu perkara. Sebenarnya membina keyakinan diri perlu bermula daripada rumah lagi.
Cara kita mendidik anak perlulah bermula daripada awal lagi, iaitu ketika anak masih kecil. Semua perkara di sekeliling kita sebenarnya banyak mendorong untuk anak tampil lebih yakin. Kitalah yang bertanggungjawab membina keyakinan diri ini.
Ibu Rose – Mesejnya Kasih berkongsi cerita dan tip berguna untuk kita yakinkan anak.
CIKGU KATA ANAK SAYA TAK KONFIDEN IBU…MACAM MANA NAK BUAT IBU?
Ibu nak beritahu mengenai bagaimana, anak-anak membesar tanpa konfiden. Semoga ramailah yang dapat mengelak keadaan ini dari berlaku. Dan dapat share dengan kawan-kawan juga mengenai perkara ini.
Kita nak melahirkan generasi yang kuat semangai, bijak, KONFIDEN, tapi kita tak faham akan satu perkara yang sebenarnya merupakan salah satu punca anak-anak membesar dengan tiada keyakinan diri. Tidak konfiden. Asyik-asyik takut itu dan ini. Berkawan pun takut, nak jawab soalan cikgu pun takut, tapi kalau kat rumah, kadang-kadang cakap mak ayah dilawannya dengan kasar!
Cerita bermula pada anak baru 6 bulan…
Ads
Anak kecil 6 bulan begitu akan suka memasukkan benda ke dalam mulut. Mungkin dah ramai ibu bapa faham bahawa ini adalah satu fasa dan cara anak itu belajar mengenal barang tersebut. Melalui merasai dengan lidah, Gustatory.
Persoalannya bagaimana nak elakkan anak dari memasukkan benda yang bahaya atau kotor ke dalam mulutnya?
Kalau orang dulu-dulu dia rampas sahaja atau pukul tangan anak kecil itu sebagai satu usaha nak memberitahu anak kecil itu bahawa dia tak boleh ambil benda itu.
Ramai sahaja ibu bapa hari ini yang ikut sahaja cara itu tanpa sedar sebenarnya, cara itu menanam rasa tidak selamat ke dalam diri anak dan menghilangkan keyakinan dia boleh berjaya melakukan sesuatu dari dari anak itu.
Ads
Lagi kuat semangat anak itu hendak mengambil, lagi kuat pukulan diberi. Tujuannya baik…nak selamatkan anak. Hasilnya?
Hasilnya nampak macam yang diharapkan, sebab anak berhenti berusaha tetapi apa yang ibu bapa itu tidak tahu, anak itu mula curiga dengan kemampuan. Mula patah semangat. Sebab sakit dipukul, anak itu belajar untuk tidak mahu melakukannya kerana akan sakit dan tidak sebenarnya tak mampu.
So nak buat apa Ibu? Tak kan nak biarkan sahaja. Kan bahaya tu?
Ada tiga jalan penyelesaian yang mudah dan bijak.
Ads
1- CHILDPROOF RUMAH ANDA. Pastikan ada susun dan hias rumah anda tanpa ada benda bahaya yang mudah dicapai.
-Pada usia anak begini, pastikan plug tersorok, selipar dalam rumah diletakkan di tempat yang dia tidak boleh capai. Jangan ada tutup meja yang dia boleh capai dan tarik dan boleh mengakibatkan benda besar jatuh.
2- Jika tersedar anak hendak ke tempat yang bahaya, ALIH PERHATIANnya dan panggil dia untuk mendapatkan benda lain yang juga akan menarik minatnya dan sedikit mencabar untuk dia dapatkan tetapi selamat.
Kenapa perlu sesuatu yang mencabar kerana anak pada usia ini sedang uji kemampuan dia dan dia mahu rasa berjaya. Jika asyik dilarang sahaja, nanti anak itu akan meragui kemampuannya.
3- PUJI dia bila dia beri benda yang tak selamat itu dan beritahu ‘yang ni bahaya sayang!’
– walaupun anak itu belum betul-betul faham, kita katakana untuk menanam rasa selamat. Anak pada usia ini perlu rasa selamat untuk membesar dengan baik.
KreditL: Ibu Rose -Mesejnya Kasih
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap ibu bapa mesti impikan anak-anak yang bijak. Bagaimana cara untuk kita sebagai ibu bapa mendidik anak agar bijak, pandai dan mudah di didik? Dr. Zubaidi berkongsi cara untuk ibu bapa menjadikan anak bijak dan hebat hanya dengan luangkan masa selama 20 minit.
Di zaman moden ini, kita selalu sibuk. Kita menyerahkan sebahagian masa kita Bersama anak kepada pembantu asing yang ada di rumah. Atau mungkin pada pengasuh di TASKA.
Tiada lagi hubungan anak-ibu bapa yang akrab.
Saya ingin kongsikan tip untuk melatih anak menjadi bijak
-Caranya ialah luangkan masa dengan anak selama 20-30 minit sehari. Tutup TV dan jauhkan telefon bimbit.
-Gunakan masa itu Bersama anak untuk membantu mereka melakukan kerja sekolah, membaca atau melukis. Jika anak masih kecil, habiskan masa itu dengan bermain Bersama anak.
-Gunakan kebijaksanaan kita untuk berinteraksi dan bermain dengan anak secara efektif.
-Ia boleh dilakukan di rumah, di taman permainan atau ketika berada di tempat awam ketika menunggu.
-Berikan sepenuh perhatian kepada anak. Jangan melayan anak sambil kita melayan telefon bimbit, menonton TV, atau membaca akhbar. Fokus pada anak. Libatkan emosi dan kasih sayang kepada mereka.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
WEBINAR AKU TAK TAKUT BERANAK
Sertai Webinar keibubapaan terbesar dianjurkan tahun ini. Pastikan anda bersama kami untuk bersama-sama mendapat ilmu dan peluang memenangi pelbagai hadiah.
🔸 27 JUN 2021
🔸 8.00 PAGI – 10.00 MALAM
🔸 Secara virtual di platfotm ZOOM
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone 📱
Penat memang penat! Itulah rungutan ibu-ibu bekerja. Balik sahaja ke rumah, cepat-cepat bergegas mengeluarkan barang basah untuk siapkan makan malam untuk anak-anak. Inilah rutin ibu bekerja. Demi menjimatkan kos serta lebih mudah uruskan anak-anak kecil yang ramai, inilah jalan terbaik buat semua. Namun jangan merungut kerana mereka tidak selamanya akan bersama kita.
Suatu masa, apabila anak-anak sudah belajar dan melanjutkan pelajaran mereka, semua ini akan sentiasa kita rindui. Benarlah kata orang, peruntukan waktu yang sebaiknya bersama anak selagi mereka masih bersama kita.
Perkongsian ibu anak lima ini, Puan Aisha Shukor Mohd Fairuz boleh kita jadikan iktibar dan semangat untuk terus memberikan yang terbaik buat anak-anak kita. Anak-anak kecil kita, mereka memerlukan belaian dan kasih sayang kita di waktu mereka kecil. Jadi hargailah mereka.
Jangan pernah jemu layan karenah mereka. Soal memasak setiap hari, bukan satu masalah pun kan?
Mereka takkan selamanya bersama kita…
Tak penat ke?
Rajinnya penat-penat, lambat-lambat balik keje pun masih masak?
Sebab inilah saya jadi kuat..
Memikirkan inilah saya jadi takut bila anak-anak membesar terlalu cepat. Biarlah penat macamana pun,saya cuba hargai setiap detik masa yang ada.
Marah? Rotan? Bebel? Mustahil tak ada. Tapi selepas tu, bila tatap wajah anak-anak time tidur, Allahu menyesal sangat.?
Kenapa? Sebab bila mental dah penat, emosi sukar dikawal kan. Itulah lumrah, tapi sebelum anak-anak tidur, waktu mereka salam kita, peluklah, ciumlah dan ampunkan segala dosa-dosa mereka.
Redhakanlah hidup mereka. Ucap terima kasih atas pengorbanan mereka berdikari tanpa kita. Bacakan 3 Qul dan hembus di ubun-ubun mereka. Didik mereka baca Ayatul Qursi dan akhiri dgn Dua Kalimah Syahadah sebelum tidur❤️
Penat macamana pun kita, jangan lepas bagi anak-anak makan air tangan kita. Masa masak, doalah segala yang baik untuk keluarga. Selawat jangan lupa, itulah pengikat kasih sayang mereka. Itu jua lah yang buat mereka ingat kita sampai bila-bila. In Sha Allah❤️
Kuatnya seorang ibu itu, adalah benih kekuatan untuk anak-anak. Hari ini kita rasa sedikit susah kerana mereka masih terlalu muda untuk memahami. Tapi tanpa kita sedar, hanya 1/4 hari-hari mereka bersama kita. Kita berhutang masa dan perhatian dengan mereka.
Semakin mereka membesar dan kenal dunia, sedikit demi sedikit mereka semakin jauh dari kita. Peringatan untuk diri saya juga yang selalu terleka. Kita semakin tua, kita takkan selamanya ada. Entah mereka dahulu atau kita yang mendahului.
Nanti kita rindu saat-saat ini. Taip ni pun airmata laju keluar macam air hujan. Bagi yang bertanya macam mana saya boleh sekuat ini, jawapannya inilah Vitamin saya. Inilah jamu dan supplement yang saya ambil.
Inilah segala-galanya buat saya. Anak 5 saya. Allah,tolong jagakan mereka untukku semasa aku tiada bersama mereka..Aminn3 Ya Rabb❤️
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak bergelar ummi kepada Muhammad Bilal hampir 6 bulan, pengacara dan usahawan terkenal Noor Neelofa tak lekok berkongsi tip penjagaan bayi, pemakanan dan penyusuan yang diamalkan kepada Bilal.
Walaupun pengalamannya tidaklah hebat seperti ibu-ibu lain yang mempunyai anak ramai, tapi Neelofa begitu bersungguh-sungguh untuk tambah ilmu demi anak kesayangannya.
Menerusi perkongsian terbaharu di TikTok @seorangnur, Neelofa ada berkongsi doa yang dibacakan untuk anaknya.
Menurut Neelofa, setiap kali dia bangun malam apabila Bilal terjaga minta susu, Neelofa akan berdoa buat anaknya.
Terjaga pukul 4.30 pagi, Bilal minum susu kan, pukul 2.30 pagi dia akan menangis tak buka mata. Pastu dia nak susu, kita bagi susu.
“Pastu sama-sama tengok dia dalam gelap Ya Allah.
“Doa Ya Allah bagilah anak aku kesihatan dan kesejahteraan yang baik selamanya Ya Allah. Lindunginya dari segala musibah, kecelakaan, penyakit,” doa Neelofa.
Selain itu, Neelofa juga menyatakan itulah doa yang sentiasa dia baca untuk anaknya, Bilal supaya membesar dalam didikan dan suruhan Allah dan Rasul.
Dalam pada itu, di ruangan komen, ramai bersetuju dengan cara yang diamalkan Neelofa pada anakanda Bilal.
“Betul-betul. Time tidur muka dia orang paling comel. Masa tu lar selalu baca doa. Baca 5 ayat surah ar rahman tiup dekat dia semoga lembut hati 🥰.”
“Saya tak keseorangan rupanya..hehehe..saya selalu doa macam tu untuk anak-anak saya. Masa dia tidur dan menyusu.”
“Selagi kita ni bergelar ibu masih sihat, mulut ni tak kan lekang doakan kebaikan anak-anak. Tak pernah tinggal dalam satu hari pun🥰”
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.