Sebagai ibu bapa, kita sering bimbang bila anak tiba-tiba demam, batuk atau naik ruam. Namun, adakalanya masalah kesihatan si manja bukanlah kerana jangkitan kuman, tetapi sebenarnya disebabkan oleh alahan (allergy). Malangnya, ramai ibu ayah kurang sedar tentang tanda-tanda awal alahan pada kanak-kanak sehingga keadaan jadi semakin serius.
Apa Itu Alahan?
Alahan berlaku apabila sistem imun anak memberi tindak balas berlebihan terhadap sesuatu yang sebenarnya tidak berbahaya, contohnya makanan, habuk, bulu haiwan atau ubat tertentu. Reaksi ini boleh muncul dalam pelbagai bentuk – ada yang ringan, ada juga yang membahayakan nyawa.
Ads
Tanda-Tanda Awal Yang Perlu Diberi Perhatian
Kulit Gatal & Ruam Jika anak tiba-tiba naik ruam merah, gatal atau kulit kering bersisik selepas makan sesuatu makanan, itu mungkin tanda ekzema atau alahan makanan.
Masalah Pernafasan Bunyi berdehit (wheezing), batuk berpanjangan atau hidung sering tersumbat walaupun tidak selesema boleh jadi petanda asma atau alahan habuk.
Masalah Penghadaman Anak kerap muntah, cirit-birit atau sakit perut selepas makan makanan tertentu (contoh: susu lembu, telur, kacang).
Bengkak Muka, Bibir & Mata Reaksi yang lebih serius boleh menyebabkan bengkak pada bahagian muka, lidah atau kelopak mata. Ini perlu rawatan segera.
Bila Perlu Jumpa Doktor?
Jika anak menunjukkan tanda-tanda di atas berulang kali, jangan tunggu lama. Bawa mereka berjumpa doktor pakar pediatrik atau pakar alahan. Ujian alergi boleh dilakukan untuk mengenal pasti punca sebenar. Langkah awal ini sangat penting supaya ibu ayah dapat mengelakkan pencetus alahan daripada berterusan.
Ads
Ads
Apa Peranan Ibu Bapa?
Catat jurnal makanan: Tulis apa yang anak makan dan kesan selepas itu.
Jaga kebersihan rumah: Elakkan habuk, bulu kucing atau asap rokok.
Sediakan kit kecemasan: Jika anak ada alahan serius, sentiasa simpan ubat antihistamin atau auto-injector (jika disarankan doktor).
Didik anak: Ajarkan mereka elakkan makanan yang boleh memudaratkan.
Kesimpulan
Alahan mungkin nampak remeh pada awalnya, tetapi jika dibiarkan boleh memberi kesan jangka panjang kepada tumbesaran anak. Sebagai ibu bapa, peka dengan tanda awal adalah langkah terbaik untuk melindungi kesihatan si kecil. Ingat, lebih cepat dikesan, lebih mudah kita mengawalnya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menjadi doktor gigi adalah antara kerjaya profesional yang bukan sahaja memberi manfaat kepada individu, tetapi juga kepada masyarakat secara keseluruhan. Walaupun bidang ini mungkin kurang popular berbanding doktor perubatan atau jurutera, hakikatnya profesion ini memainkan peranan yang sangat penting dalam aspek kesihatan dan kesejahteraan manusia.
Mengapa Pilih Menjadi Doktor Gigi?
Cita-cita untuk menjadi doktor gigi boleh bermula daripada rasa ingin tahu terhadap dunia perubatan, atau minat terhadap sains dan penjagaan diri. Ia juga boleh datang dari pengalaman sendiri atau orang sekeliling dalam menjaga kesihatan mulut. Apa pun sebabnya, bidang pergigian menawarkan peluang untuk:
Membantu orang lain: Doktor gigi membantu pesakit mengatasi masalah gigi dan mulut, meningkatkan keyakinan diri dan kualiti hidup mereka.
Gabungan antara kemahiran teknikal dan komunikasi: Doktor gigi bukan hanya merawat, tetapi juga mendidik masyarakat tentang kepentingan penjagaan oral.
Kerjaya yang stabil dan berkembang: Permintaan terhadap perkhidmatan pergigian semakin meningkat, menjadikan bidang ini antara yang berpotensi untuk jangka panjang.
Apa Yang Diperlukan Untuk Jadi Doktor Gigi?
Untuk menjadi doktor gigi, seseorang perlu menamatkan pengajian dalam bidang pergigian di universiti yang diiktiraf. Laluan ini biasanya melibatkan:
Program Asasi / Pra-Universiti – Tempoh 1 tahun.
Ijazah Sarjana Muda Pergigian – Tempoh 5 tahun.
Latihan praktikal / khidmat kerajaan – Biasanya 1-2 tahun selepas tamat pengajian.
Ia memerlukan komitmen, minat yang mendalam, dan kesungguhan untuk belajar secara berterusan.
Menjaga Gigi Adalah Langkah Pertama
Sebelum bercita-cita menjadi doktor gigi, penting untuk memahami dan mengamalkan penjagaan kesihatan gigi sejak awal. Berikut beberapa langkah asas:
Berus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari, terutama selepas bangun tidur dan sebelum tidur.
Gunakan teknik memberus yang betul, termasuk gerakan membulat dan menyentuh kawasan gusi.
Tukar berus gigi setiap 3 bulan atau apabila bulunya mulai rosak.
Kurangkan makanan bergula dan minuman berasid untuk elak kerosakan gigi.
Kunjungi doktor gigi setiap 6 bulan sekali walaupun tiada masalah kelihatan.
Penjagaan ini bukan sahaja menjaga senyuman, tetapi juga membantu mencegah pelbagai penyakit berkaitan mulut dan kesihatan keseluruhan.
Senyuman Sihat, Hidup Cerah
Kerjaya sebagai doktor gigi bukan sekadar tentang merawat gigi, tetapi menyebarkan kesedaran, menjaga kesihatan awam, dan memberi keyakinan diri kepada ramai orang. Ia adalah satu panggilan murni yang membawa makna besar dalam kehidupan harian manusia.
Bagi sesiapa yang sedang mempertimbangkan hala tuju masa depan, mungkin inilah masanya untuk melihat bidang pergigian sebagai satu pilihan yang bermakna dan memberi impak positif. Dengan dedikasi, pendidikan yang betul, dan hati yang ikhlas untuk membantu orang lain—impian untuk menjadi doktor gigi boleh menjadi kenyataan.
Jaga gigi, jaga diri. Senyuman sihat, langkah pertama ke arah masa depan yang gemilang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kita mungkin niat marah anak sebab nak suruh dengar cakap. Tapi kadang kala bebelan kita itu boleh menguris hati si kecil sehingga mereka pendam rasa.
Jika anak dah mula ketap bibir, tarik nafas panjang, duduk diam di penjuru sudut maknanya ada yang tak kena. Ibu bapa kena cepat bertindak dan jangan biarkan anak bermain dengan emosi mereka.
Perkongsian dari Dr Taufiq Razif mengenai anaknya sendiri yang kena marah oleh isteri hingga anaknya mula ketap bibir.
Anak saya sampai ketap bibir dia!
Pernah sekali isteri saya kepenatan dengan baby kami yang menangis tak berhenti.
Kakaknya pula meragam nakkan perhatian dicampur dengan tak puas tidur. Yela, bila keperluan fisiologi badan tak cukup ni emosi pun jadi redup dan moody kan. Semua benda jadi tak kena. Dah gaya macam kena PMS Isteri dah mula bebel bila tiba tiba si kakak tu menangis tak berhenti. Dia menangis sebab Umminya tak bagi botol susu adiknya kat dia dulu. Masa tu Umminya terus je bagi botol susu kat si adik.
Kat rumah ni saya memang ajar supaya si kakak yang bagi botol susu kat adik lepas kami dah bancuh. Tu teknik saya nak bagi bonding antara anak saya ni kuat dan tu teknik supaya sifat empati mereka tinggi. Baru lah jadi kurang bergaduh.
Bila dah kena bebel tak berhenti, si kakak tu tadi tiba-tiba ketap bibir dia! Dia pandang Umminya dengan hujung mata dengan pandangan yang tajam sambil air mata mengalir perlahan keluar dari matanya.
Kali ni tangisannya berhenti. Dia berdiri kaku di sudut bilik sambil menggenggam tangannya.
Tiba-tiba isteri saya tersedar daripada luapan emosinya. Masa tu dia baru terfikir yang si kakak ni cuma nak tunjuk kasih sayang pada adiknya je. Yang kita bebel marahkan dia tu buat apa. Kita lupa ada niat suci di sebalik ragam anak anak kita!
Terus isteri saya peluk anak saya tu. Mungkin masa tu isteri saya teringat formula kawal emosi yang saya pernah ajar dia.
Teknik ratio 3:1
1 kali kita terlanjur marah melampau anak kita. Kita balas balik dengan 3 kasih sayang!
Tak kisah la dalam bentuk pelukan ke, ciuman ke, atau pujian ke. Asalkan kita ‘counter’ balik keterlanjuran kita dengan 3 kali ganda kasih sayang!
Alhamdulillah. Anak saya kembali lunak dan lembut hatinya.
Fuh bahaya
Anak marah itu normal tapi kalau sampai anak sendiri berdendam. Itu kena jaga jaga. Dendam boleh datang bila kita mendidik anak tanpa memahamkan anak yang kita tegas kerana kita sayang.
Dendam juga boleh datang kerana kita keterlaluan dalam mendisiplin dan mendidik tanpa kita sulam dengan kasih sayang!
p/s : Tolong bagitahu benda ni pada pasangan kita juga.
Berus pencuci botol susu mestilah ditukar selalu. Hal ini kerana banyak kuman akan terkumpul pada berus botol jika terlalu lama digunakan.
Persoalannya ramai yang tak sedar walaupun botol susu kelihatan bersih namun kuman di berus botol masih ada. Ini antara yang ramai ibu bapa terlepas pandang. Kebanyakannya menganggap apabila dah membersihkan botol susu semuanya dah selamat. Tapi hakikat di sebaliknya ramai tak tahu.
Berus Pencuci Botol Susu Mesti Tukar Selalu
Kadang-kadang bila anak sakit perut, cirit-birit, muntah-muntah kita akan anggap puncanya sebab salah makan. Jadi selepas ini bila sudah tahu pencuci botol susu salah satu tempat kuman membiak pastikan lebih peka.
Banyak Kuman Terkumpul Kalau Guna Lama
Berikut perkongsian dari Mohd Fhais mengenai hal ini.
Tersentak saya bila baca posting Dr. Saidatul Husna berkenaan span basuh pinggan yang boleh jadi ‘silent killer’ pada mak ayah kita terutama yang ada kencing manis.
Bahaya betul!
Lepas baca post tersebut terus terlintas di kepala,
“Pencuci botol susu anak pun guna span juga”
Kadang-kadang tu basuh botol anak susunya dah basi, kerak susu melekat di puting, walaupun basuh sehingga bersih di mata tapi mata kita mana boleh nampak kuman.
Mana nampak kalau kuman dari susu basi tadi melekat pada span, kerak susu yang di sental pada puting tadi pun boleh terselit dalam span.
Dah dekat 6-7 bulan pencuci botol ni tak di ganti.. Syukur alhamdulillah Allah masih lindungi anak-anak saya.
SECARA LOGIKNYA SPAN TIU MEMANG SUDAH TERKUMPUL BANYAK KUMAN BERBAHAYA TERUTAMANYA ESCHERICHIA COLI (E-COLI). SEMASA BASUH BOTOL, TANPA SEDAR KUMAN INI BOLEH MELEKAT SEMULA PADA BOTOL.
Kita tak nampak ni !
Kesian anak kecil boleh jadi loya, deman, muntah dan cirit birit kalau kuman E-Coli ni menyerang perut mereka.
Memang bernasib baik betul tak jadi apa-apa pada anak selama ni. Kena tukar sebelum terjadi apa-apa, menyesal tak guna nanti.
Di rumah tiada pencuci lebih jadi sementara nak pergi beli yang baru saya ambil langkah-langkah pencegahan ini yang Dr. Saidatul kongsikan.
Rendam/rebus span dengan air panas selama 5 minit. Boleh juga hangatkan di dalam microwave pada suhu terpanas selama 2 minit.
Nota (ini hasil carian di google): Suhu kepanasan untuk membunuh kuman di sarankan pada 100 darjah celsius dan ke atas.
Ini langkah pencegahan sementara sahaja. Seelok-eloknya 3 minggu sekali tukar yang baru.
Kalau berkaitan kesihatan anak-anak ni ibubapa kena selalu sangka buruk jangan melengah, sebab bila dah berlaku sesuatu nanti sangat buruk akibatkan pada anak dan diri ibubapa sendiri.
Saya gunakan 2 berus botol, satu untuk kegunaan harian di rumah dan 1 lagi khas untuk travel sahaja. Berus botol untuk dibawa travel & berus untuk straw (jarang guna) saya bersihkan bila perlu sahaja (lepas selesai guna & sebelum simpan). Walaupun dibersihkan, berus botol tetap kena tukar bila sampai masanya. Saya gunakan berus botol jenis tak berspan & tukar berus baru bila berus semakin mengembang.
Bahan-bahan yang diperlukan:
Air panas menggelegak Sedikit sabun pencuci botol Cuka* (optional) Bekas untuk merendam berus Berus gigi baru (saya gunakan berus gigi murah² yang dibeli khas untuk bersihkan berus botol sahaja)
Cara membersihkan berus botol (termasuk juga berus gigi):
1. Masukkan air panas menggelegak ke dalam bekas yang bersesuaian. (pastikan berus terendam sepenuhnya)
Sukat & tandakan je 5 bahagian air & 1 bahagian cuka. Lain kali tak perlu nak sukat dah.
2. Tambahkan sedikit cuka. (saya gunakan 1 bahagian cuka & 5 bahagian air).
Guna berus gigi yang baru untuk bersihkan dicelah-celah berus.
5. Gunakan berus gigi yang baru, gosok dibahagian pangkal & dicelah-celah berus untuk tanggalkan kekotoran & segala mendapan.
Berus puting jangan dilupa.
6. Basuh bersih & keringkan.
Nota penting**
*Cuka bukan sahaja bertindak memudahkan kotoran tertanggal tapi juga boleh membasmi kuman
*Jika tiada cuka, boleh juga bersihkan berus botol gunakan air panas & pencuci botol sahaja
*Disarankan guna larutan cuka ni sekurang²nya sebulan sekali atau bagi mak² yang pertama kali bersihkan berus.
*Untuk berus gigi anak saya rendam berasingan. Bukan setakat berus gigi anak kecil, tapi berus gigi orang dewasa pun boleh guna cara ni (berus gigi perlu ditukar 3 bulan sekali)
Sampaikan pesanan penting ini kepada ibu bapa. Jika masih ada anak tang menyusu menggunakan botol, prihatinlah dengan bahaya kuman daripada berus pencuci botol.
Ketahui kebenaran sebenar tentang diet ibu menyusu — adakah makanan pedas, kopi atau brokoli benar-benar menjejaskan bayi? Pakar pediatrik menjelaskan mitos, fakta dan panduan selamat untuk ibu yang ingin menyusu dengan yakin.