Dalam memastikan anak kita berada dalam keadaan sihat, langkah pencegahan dan rawatan awal harus diberi perhatian. Tapi bagaimana untuk kita mengetahuinya?

Anak yang masih diperingkat bayi dan kanak-kanak tidak tahu untuk menceritakan kesakitan yang dialami. Ibu bapalah yang harus peka dengan perubahan anak. Tindakan cepat ibu bapa dapat membantu anak.

Malah apabila anak tidak sihat, ibu bapa yang akan risau. Jadi terdapat lima cara untuk anak mengesan kelainan pada anak apabila dia mula menunjukkan ketidakselesaan apabila sakit.

Menangis

Menangis antara cara yang paling mudah untuk bayi atau kanak-kanak memberitahu ibu bapanya sama ada dia tidak selesa, lapar atau mahu tidur. Sekiranya anak kerap menangis, anda perlu peka dan ambil perhatian. Mungkin ada yang tidak kena pada diri anak anda. Jangan anggap tangisan adalah perkara biasa jika ia berlarutan.

Tanda Ini Menunjukkan Anak Anda Tak Sihat. Tindakan Cepat Boleh Menyelamatkannya

Ads

Kurang aktif

Boleh dikatakan bayi dan kanak-kanak memang aktif. Bagi bayi paling tidak mereka akan menggerakan tangan dan kaki. Manakala untuk kanak-kanak mereka akan berlari, melompat atau menyepahkan mainan yang ada.

Jika ibu bapa melihat aktiviti yang anak lakukan tidak seperti biasa, anda boleh tahu anak mungkin tidak sihat. Contohnya dia akan baring dan tidur. Cepat-cepat bertindak. Mungkin dia dah mula demam.

Ads

Kurang selera makan

Tanda lain anak kita tidak sihat adalah bila kurang selera makan. Perkara ini pun ibu bapa kena tahu juga. Mungkin kebiasaannya anak makan dan menyusu dengan kerap tetapi apabila dah mula tidak sihat, secara automatik selera makan dah tak ada.

Tolong perhatikan perubahan ini kerana kekurangan air juga boleh menyebabkan anak semakin lemah dan tak bermaya.

Ads

Kerap tidur

Anak yang tak sihat mereka akan kerap tidur berbanding biasa. Kalau kebiasaannya sehari tiga kali tidur tetapi apabila tak sihat lagi lama dan kerap. Kena selalu pantau keadaan ini jika nampak tiada perubahan. Contoh biasanya kalau anak demam lebih tiga hari doktor akan buat ujian darah untuk pemeriksaan lanjut. Jadi jika demam anak terlalu lama elok rujuk ke hospital. Bimbang pelbagai masalah lain yang berlaku. Tindakan pantas ibu bapa dapat menyelamatkan nyawa anak.

Lemah sepanjang hari

Nampak lemah sepanjang hari walaupun diberi makan ubat atau selepas makan harus diberi perhatian. Jika keadaan ini berlarutan, dapatkan nasihat doktor dengan segera. Jangan ada sikap tunggu dan lihat atas alasan dah bawa anak ke klinik sebelum ini.

Perkongsian ini sebagai peringatan untuk semua ibu bapa. Usaha yang terbaik demi kesihatan keluarga semoga dijauhkan sari pelbagai penyakit bahaya.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI