Sebut sahaja ekzema pasti ibu yang pernah mengalami anak-anak dengan masalah ekzema mengakui akan kepayahannya. Semuanya terpaksa diambil kira, bukan hanya pemakanan sahaja bahkan aspek lain, pemakaian fabrik dan sebagainya perlu diambil kira.
Atasi kesulitan dan kesakitan tangan anak yang mengalami masalah ini dengan balutan pada tangan. Bukan hanya kanak-kanak, bahkan balutan ini juga boleh turut sama dilakukan kepada orang dewasa. Ini yang dikongsikan oleh Dermatalogist, Dr Kartini Rahim untuk panduan mak ayah.
Hari ini saya nak memberi tip-tip bagaimana saya buat balutan basah dan kering untuk jari tangan yang berekzema, pecah dan kering.
Teknik ini mesti dibuat tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya selama sebulan untuk hasil yang baik.
Nota: Kaedah ini TIDAK sesuai jika kulit berair, ada jangkitan kuman dan jenis belon-belon air (pompholyx).
Wet wrap
Saya suka gunakan tubifast yang dibasahkan untuk bungkus tangan dan jari. ‘Twist’ di hujung dan tarik semula untuk balutan diatasnya. Pelembap yang berminyak mesti disapu dahulu, dan steroid kekuatan pertengahan- tinggi jika perlu.
Biarkan tangan dibalut sehingga kain kering, dan ulang proses ini semula tiap-tiap hari sehingga semuanya reda.
Rehatkan tangan secukupnya!
Cara ini:
1. Meninggikan kelembapan kulit dengan intensif
2. Mengurangkan tabiat menggosok, menggaru dan mengopek kulit.
3. Merehatkan kulit yang sensitif dari terkena air, barangan tajam dan kasar, dan sebagainya.
Dry wrap
Teknik ini boleh dimulakan SELEPAS berjaya mengawal ekzema dengan cara wet wrap.
Saya suka gunakan cohesive elastic bandage untuk memudahkan pekerjaan seharian, sambil menggunakan ubat sapuan ya ada.
Cara lain ialah menggunakan finger sleeves (lihat gambar) yang membolehkan kita masih boleh menyentuh dan berinteraksi dgn touch screen di gadget.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI