“Tangan Ibu Penuh Barang Tak Dapat Pimpin Anak”. Kanak-Kanak Nyaris Diculik Di Bazar Ramadan

Share

Kesesakan di lokasi yang sibuk menjadi kesempatan para penjenayah melakukan misi mereka. Apa yang diceritakan lelaki ini perlu diambil serius, ibu ayah mesti lebih berwaspada membawa anak ke kawasan yang sesak seperti bazar Ramadan.

Perkongsian lelaki ini wajar dijadikan pengajaran oleh para ibu bapa tatkala ke lokasi yang sesak dan padat seperti bazar Ramadan. Kecuaian sesaat boleh mengundang duka buat selama-lamanya. Pentingnya untuk memegang tangan anak sepanjang masa kerana mungkin ada yang ‘memerhati’,  menunggu peluang menculik si kecil!

Foto: The Star

TOLONG PERHATIKAN & PEGANG ANAK SEBAIKNYA

Salam. Mintak pesan-pesankan lah kepada ibu bapa yang bawak anak pergi ke bazar ramadhan terutamanya yang bazarnya sesak, TOLONG perhatikan dan pegang anak anda sebaiknya..!

SEORANG IBU DUKUNG BAYI & ANAK PEREMPUAN IKUT DARI BELAKANG

Benda ni berlaku semalam di bazar ramadhan depan mata saya sendiri. Agak menakutkan jugak benda camni. Keadaan bazar memang sesak, padat terutamanya dlm waktu hampir berbuka, dan masa tu saya sedang bersesak nk beli juadah, depan saya ada sorang akak ngn baby (berdukung) dan anak pompuan sorang ikut belakang dia.

TANGAN PENUH, SATU DUKUNG BABY, SATU LAGI BAWA MAKANAN

Akak ni tangan dia da penuh satu berdukung, satu lagi bwk makanan jadi tak dapat pegang tangan ank dia sorg lagi.



TIBA-TIBA TANGAN ANAK ITU DITARIK SEORANG LELAKI

So jalan la slow2 hadap jem dlm bazar ni pastu bila sampai kat persimpangan dlm bazar tu, waktu ni yang scary ni. Ada la sorang brader ni tiba-tiba potong line depan saya, then terus tarik anak pompuan akak tu nak bwk budak tu masuk simpang lain.

Gambar hiasan: Astro Awani

NASIB BAIK TERLANGGAR ORANG, KALAU TIDAK….

Nak kira bernasib baik akak tu, brader tu terlanggar orang masa nk tarik budak tu, pastu akak tu pusing blakang, trus brader tu lepas budak tu then mencelah laju2 blah ikot simpang lain tu. Akk tu pandang blakng tgk ank dia xde, toleh ke tepi baru ada. Tapi akak tu x tahu pon ank dia kena tarik, cume dia pusing blakng wktu brader tu tlanggar org, bkn mase anak dia ditarik.

BAYANGKAN KALAU SAYA HANYA PANDANG KE DEPAN & LELAKI ITU TIDAK TERLANGGGAR ORANG

Nasib masa tu saya tgh pandang depan, so saya prasan la cuma saya jadi beku jap nk proses situasi tu. Tapi buatnya saya tgh syok pandang mknn di bazar mmg takkan sedar la kalo bnde ni jadi. Kalo incase x blanggar tu, mmg saya akan cuba tolong budk tu tapi nasib baik sgt la tak sempat pape lagi budak tu dah selamat.

Gambar hiasan: Astro Awani

BERLAKU DENGAN PANTAS. NAMPAK SEPERTI SUDAH LAMA DIPERHATIKAN

Benda ni jadi laju gila, sampai simpang trus tarik msuk simpang tepi, si mak jalan trus tak tahu pape jadi. Nampak macam brader ni da lama perati akak tu, tggu masa je nak buat kerja. Saya pun tak pasti lah apa yang berlaku, dah cuba bersangka baik tapi tetap rasa memang cubaan culik budak. Tuhan sahaja yang tahu niat manusia.

HATI-HATI DALAM SESAK, KEADAAN SEKELILING BUAT KITA TIDAK PEKA

Makanya berhati-hatilah, dalam keadaan bersesak orang dalam bazar dengan panasnya kadang kita jadi x peka. Semoga kita semua terhindar dari perkara buruk & perbuatan aniaya. InsyaAllah.

Sumber: Muhammad Faiz Haziq



Pa&Ma kini kembali untuk musim keempat. Setiap Selasa jam 12 tengah hari bersama pengacara anda Syahira Rahman dan Fad hanya di slot Dewi disaluran Astro Prima 105 dan Astro Prima HD 121. Pada Selasa ini, 14 Mei 2019, ikuti perkongsian daripada pakar & ibu berkenaan tajuk “Kehamilan & Kanser” yang akan ke udara jam 12 tengah hari & ulangan 9 malam di Astro Prima & Astro Prima HD.

Published by
Azma ML