Pengambilan vitamin pramatal ketika hamil sangat mustahak.Tapi ramai yang takut nak makan kerana katanya ibu boleh jadi gemuk, salah tu!

Pengambilan vitamin ini penting dan menjadi kemestian kepada bakal-bakal ibu pengambilan vitamin pranatal penting dan menjadi kemestian kepada bakal-bakal ibu. Wanita mengandung memerlukan nutrien yang lebih daripada biasa untuk memastikan keperluan ibu hamil dan janin dipenuhi.

Tanggapan Makan Vitamin Pranatal Boleh Buat Ibu Hamil Gemuk Itu Salah! Ambil, Jangan Culas Untuk Elak Masalah Perkembangan Janin

Supplemen yang bersesuaian di awal kandungan adalah asid folik bagi mengelakkan risiko spina bifida dan juga kecacatan tiub neural. Asid folik juga disarankan diambil seawal 3 bulan pra-kehamilan apabila seorang wanita merancang untuk hamil. Selain asid folik, multivitamin lengkap seperti Obimin salah satu supplemen yang penting untuk wanita hamil. Perlu diingatkan multivitamin yang sesuai untuk wanita mangandung adalah yang tidak mengandungi Vitamin A atau retinol.

 

VITAMIN PRANATAL

Amalan diet seimbang sememangnya amat mustahak dan wajib diamalkan ketika hamil. Namun pengambilan vitamin ketika hamil atau prenatal vitamin  ini juga penting untuk menampung nutrien penting yang diperlukan oleh si manja. Vitamin pranatal seperti asid folik, zat besi dan kalsium adalah antara vitamin tambahan yang lazimnya dibekalkan kepada bakal ibu oleh doktor mengikut keperluan kehamilan masing-masing. 

Tanggapan Makan Vitamin Pranatal Boleh Buat Ibu Hamil Gemuk Itu Salah! Ambil, Jangan Culas Untuk Elak Masalah Perkembangan Janin

 

IKLAN

ASID FOLIK PENTING UNTUK PERKEMBANGAN JANIN
Asid folik adalah salah satu vitamin pranatal dicadangkan pengambilannya tiga bulan sebelum hamil dan diteruskan semasa dan selepas hamil (ketika menyusu bayi).  Ia adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Dalam bentuk semulajadi dinamakan folat, ia terkandung banyak dalam sayuran berdaun hijau, buah-buahan dan kekacang.

Asid folik membantu mengelakkan bayi dalam kandungan mengalami kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida. Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Ketika ini adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada kuantiti yang ditetapkan.

IA TIDAK MENYEBABKAN KEGEMUKAN & BAYI BESAR!

Wanita hamil melalui proses perubahan fizikal dan hormon yang kadang kala menyebabkan perubahan dari ketahanan fizikal dan emosi. Pengambilan vitamin pranatal adalah hanya sebagai pelengkap kepada diet seimbang yang sangat penting untuk wanita hamil. Tanggapan pengambilan vitamin hanya menggemukkan dan menyebabkan saiz bayi besar apabila dilahirkan adalah salah! Jangan pula ada yang culas mengambilnya!

HATI-HATI, BUKAN SEMUA SUPLEMEN VITAMIN BOLEH DIAMBIIL IBU HAMIL!

IKLAN

Biar pun tubuh wanita hamil memerlukan pelbagai zat tambahan untuk menampung perkembangan janin, namun terdapat beberapa jenis supplemen yang dilarang dan tidak digalakkan pengambilannya sepanjang tempoh kehamilan.

Antara vitamin dan suplemen yang berbahaya tersebut ialah vitamin A  atau retinol kerana ia kemungkinan menyebabkan kecacatan kekal pada bayi dan juga keracunan hati. GLA  atau Gamma Linolecic Acid yang biasa terdapat dari sumber Evening Primrose Oil dan Borage Oil juga tidak boleh diambil kerana dikhautiri akan mengakibatkan kecacatan dan merbahaya kepada kandungan.

Tanggapan Makan Vitamin Pranatal Boleh Buat Ibu Hamil Gemuk Itu Salah! Ambil, Jangan Culas Untuk Elak Masalah Perkembangan Janin

WAKTU PENGAMBILAN PALING SESUAI

Bagi memastikan penyerapan dan kesan yang optimum, pengambilan vitamin dan suplemen ini perlu diambil pada waktu tertentu. Kebanyakan suplemen dan vitamin digalakkan untuk diambil selapas makan pada waktu pagi.

IKLAN

Cara ini akan membantu penyerapan maksimum vitamin dan mendapat manfaat sebaiknya dari fungsi vitamin seperti meningkatkan kecergasan dan meningkatkan tenaga sepanjang hari. Manakala bagi zat besi pula, waktu pengambilan yang disarankan ialah sebelum makan kerana ia akan menyerap dengan berkesan ketika perut kosong.

Tanggapan Makan Vitamin Pranatal Boleh Buat Ibu Hamil Gemuk Itu Salah! Ambil, Jangan Culas Untuk Elak Masalah Perkembangan Janin

 

Pengambilan air dan diet seimbang kepada wanita hamil amat penting kepada ibu hamil. Pengambilan vitamin ini adalah penting ketika hamil untuk memastikan kesihatan wanita hamil dan kandungan berada pada tahap optimum.

Pengambilan makanan seimbang dan air yang cukup adalah kunci utama kepada kesihatan. Jangan bertindak sendiri, dapatkan nasihat dari pakar farmasi atau doktor sebelum mengambil supplemen atau vitamin dan dapatkan maklumat berkaitan secukupnya.

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI