Tangguh Pembukaan Sektor Ekonomi, Fasa Ketiga PKP Bakal Alami Tempoh Genting!

Share

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bakal memasuki fasa ketiga bermula 15 April ini dilihat sebagai satu fasa yang genting. Begitu kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu sidang media.

Malah katanya lagi, bagi melalui fasa yang genting ini, segala usaha perlu diambil bagi memastikan rantaian wabak pandemik koronavirus atau Covid-19 di negara ini dapat diputuskan dengan segera.

Pembukaan beberapa sektor ekonomi seperti yang dikeluarkan semalam sebenarnya akan turut memberi kesan kepada tempoh genting ini. Rakyat perlu bertindak bijak dalam memilih samada untuk terus menjalankan perniagaan atau terus kekal berada di rumah.

Kata Datuk Dr Noor Hisham Abdullah lagi, perbincangan yang teliti perlu dirancang dan ini termasuklah menasihatkan kerajaan agar menangguhkan pembukaan beberapa sektor ekonomi tetapi dalam masa sama membuat perancangan dengan teliti mengenai beberapa perkara.

Malah katanya lagi, bagi membendung wabak ini daripada terus berlanjutan, perancangan secara berperingkat perlu dilakukan supaya apa yang dilaksanakan dalam tempoh PKP ini dapat diteruskan meskipun ia tamat kelak.

“Kita kena lihat untuk kita bermula dengan cara berperingkat-peringkat, kita tidak boleh kembali terus. Contohnya, habis saja fasa tiga kita terus seperti cara biasa. Mungkin kita akan rancang dengan lebih teliti lagi untuk mengelakkan perhimpunan sama ada di stesen bas, di stadium dan sebagainya.

 

“Sebagai contoh, mungkin kita mulakan dengan perkara yang menjadi keutamaan dan selepas itu secara perlahan memulakan sesi persekolahan.
Sekolah mungkin kita boleh fokuskan untuk Tingkatan Lima dan Enam Atas yang akan hadapi peperiksaan awam,” katanya lagi.

Artikel berkaitan: KKM Cadang Tangguh Sementara Operasi Kedai Gunting Rambut Termasuk Cadangan Bawa Pulang Pelajar Ipt Untuk Kawal Penularan Kes Covid-19

Sumber: Sinar Harian

Published by
SRM